Saya ke um dengan beberapa orang kawan, ada program di sana. Lepas maghrib, kami perlu terus bergegas ke dewan. Masa speaker tengah bagi ceramah saya keluar untuk solat isya’, sebab nak balik kejap lagi. Mahirah dan atikah dah solat dulu, kami keluar gilir-gilir.
Saya keluar dewan, tunggu adiela dan najihah untuk ke surau sama-sama. Tengah berdiri kat luar tu, tiba-tiba ada seorang lelaki tegur. Student kat situ, saya agak. Dia bagi salam.
“Awak sape?” tanyanya.
“Saya sape? Saya peserta.” Sambil memandang ke arahnya.
“Dari mana?”
“Uia.” Jawab saya sepatah.
Oh, uia.. Selamat datang ke um..” Nampak macam nak cakap sesuatu, bukan sekadar tegur saja-saja.
“Awak ajk ke?” saya bertanya kembali.
“A ah. Berapa lama ye perjalanan dari uia ke sini?”
“Kitorang datang tadi dalam setengah jam. Naik kereta sendiri la.” Saya jawab apa yang dia tanya. Mungkin sekadar ingin tahu.
Then dia tanya nama, amik course ape, tahun berapa, datang berapa ramai, apa lagi entah, banyak la pulak soalannya. After that, he asked me, “Boleh kita adakan sedikit perbincangan?”
“Perbincangan?” macam serius je bunyinya.
“Ok.” Itu je yang saya respon. Dalam hati tertanya-tanya jugak, perbincangan apa la pulak malam-malam kat luar dewan ni. Ceramah belum habis lagi masa tu. Dahla nak cepat, nak solat, then balik.
“Minta maaf la saya cakap pasal ni. Saya nak tanya, kenapa awak pakai purdah?” direct terus, straight to the point.
“Kenapa saya pakai? Kenapa awak tanya soalan tu?” saya membalas dengan soalan. Kemudian menyambung,
“Saya pun tak tau awak orang yang ke berapa tanya soalan ni kat saya, dah ramai sangat dah yang tanya. Lagi-lagi lelaki.” Kenapa la orang suka tanya soalan macam ni ye? Perlu ke ada sebab untuk saya pakai purdah ni? I mean, perlu ke saya inform kat orang the reason why I’m wearing this niqab. That’s my right to wear it or not. That what was I think.
“Awak tanya ni sebab memang awak nak tanya kea tau mewakili mana-mana pihak?” musykil pulak saya masa tu.
“Tak, memang saya sendiri nak tau.”
Belum sempat saya jawab, ada seorang kakak datang, senior sekolah saya dulu, dia jadi ajk jugak. Tanya khabar dengan kakak tu kejap. Adiela pun dah keluar masa tu. Student lelaki tadi cakap kat kakak tu, “Boleh tak akak tinggalkan kitorang jap? Saya ada something nak cakap dengan dia ni.” Sambil senyum.
“Kenapa? Dia cakap apa dengan awak?” kakak tu pandang saya. Saya tak jawab soalan senior saya, sebaliknya saya tanya balik lelaki tadi tu.
“Bagi awak extreme sangat ke orang yang pakai purdah ni?” saya bertanya jujur.
“Ya.” Dia mengangguk, berterus-terang. Ok fine saya boleh terima.
Kakak senior saya yang dah nak melangkah terus berhenti.
“Akak terasa tau awak cakap macam tu, sebab akak pun pernah pakai purdah.” Lepas tu perbualan antara kami je. Nasib baik adiela datang, kira teman jugak tu. Takde la saya dengan dia dua orang je kat situ.
“Sebab peribadi.” Saya cakap macam tu je. Tapi Nampak macam dia menunggu kata-kata seterusnya dari saya.
“Kalau saya cakap, sebab saya nak pakai, boleh terima jawapan tu?” saya menduga.
“Yela, tapi kenapa?” tak puas hati lagi nampaknya, nak tau jugak.
“Sebab saya nak pakai la.”
“Tapi mesti ada sebab kan, kenapa awak pakai. Saya tengok, kat sini pun…takdela ramai…yang pakai…” macam ragu-ragu je nak cakap.
“Memang takde pun, saya sorang je yang pakai.” Saya memotong.
“Purdah ni tak wajib pun, saya berpegang pada hukum harus je. Masa makan tadi pun saya buka.” Tapi tengok la kawasan tu ada lelaki tak, makan pun kat tempat terlindung sikit.
“Ok lah, sebagai lelaki…ni saya cakap jujur, awak jangan salah faham dan fikir yang bukan-bukan pulak…” ujarnya.
“Tak, takpe je, awak cakap la, saya boleh terima. Takpe, saya dah biasa.” I can accept every single word he said. Lagipun dia cuma tanya pendapat saya, kenapa perempuan pakai purdah, spesifiknya saya la tu. Dan awal-awal tadi pun dia cakap ‘perbincangan’. So, inilah perbincangan yang dimaksudkan.
“Sebagai lelaki, kalau tengok perempuan dari sudut mana-mana pun cantik. Memang cantik, bukan pada muka je.” Dia menyambung.
“Betul. Maksud saya betul la macam tu, pandangan lelaki memang perempuan ni cantik. Sebab tu kena jaga. Tapi bukan bermakna saya ni cantik sampai orang nak pandang je, takdelah macam tu..memang tak pun. Perempuan kan senang jadi fitnah.”
“Ok, ok..saya faham. Tapi tu la kan, muka tak perlu tutup pun. Dan ramai je yang tak tutup, tak pakai purdah.” Ada lagi yang dia cakap, saya tak ingat.
“Sebab saya belajar. Saya pernah masuk pondok dulu.” Sebenarnya intention memang dah ada sebelum tu lagi. Cuma saya tak berapa jelas tentang tuntutannya ketika itu, tak faham banyak perkara. Sekarang saya cuba nak praktikkan apa yang saya belajar, faham dan amal.
Saya ni bukanlah baik mana pun, tak sempurna, biasa-biasa je, alim jauh sekali, tapi saya memang nak pakai. And I try to be better than me myself before. Banyak sangat-sangat benda yang perlu saya belajar dan perbaiki. Islah satu proses yang berterusan kan? Mudah-mudahan saya terhindar dari riya’ dan sebarang mazmumah yang lain. Na’uzubillahi minzalik.
Saya ni bukanlah baik mana pun, tak sempurna, biasa-biasa je, alim jauh sekali, tapi saya memang nak pakai. And I try to be better than me myself before. Banyak sangat-sangat benda yang perlu saya belajar dan perbaiki. Islah satu proses yang berterusan kan? Mudah-mudahan saya terhindar dari riya’ dan sebarang mazmumah yang lain. Na’uzubillahi minzalik.
Kalau nak cerita semua memang panjang. Saya timbulkan jugak isu purdah kat al-azhar tu. I told him that I’m wearing this not just because I feel like to wear it, bukan saja-saja. But, I find out the hukum, the reason, ask the people’s views, read the books and any other articles, and the most important thing that, I’ve made a decision to wear it through istikharah. I feel safe, I feel secure when I’m wearing it.
Ada lagi beberapa perkara yang saya jelaskan, pro dan kontra, apa yang ustaz pernah ajar dan bagitau tentang purdah. Tapi memang ringkas sangat je. Takde dalil dan hujah-hujah yang konkrit, sekadar statement dan pandangan, apa yang saya tau. Lepas tu dia tanya pendapat adiela pulak. She voices out her opinion, and our conversation do take some time. But seems we are really in hurry, terpaksa la stop kat situ.
“Sorry, but I need to cut it off, we have to go now. Kitorang nak solat, jap lagi nak balik dah.” Adiela terpaksa menghentikan conversation kami. Memang kejar masa waktu tu.
“Balik? Cepatnya?” Takpelah, maaf ye ambil masa dan tanya soalan macam ni. Anggap je saya ni macam kawan, sekadar nak tahu je. Apa-apa pun, terima kasih ye.”
“Ok, takpe. Terima kasih jugak.” Kami terus berlalu.

24 comments:
salam akk..semoga akk dpt isiqamah dgn niqab ni..lau nk ikut kn ckp org,sume xkene dgn diri kte..dgn ilmu yg ad wlupun cket,kte boleh b'amal krna kita ykin dgn ilmu yg kte dpt 2.. insya Allah..
w'salam, dik..
doakan akak mampu istiqamah, ameen..
mungkin pada pandangan that guy, i was extreme when i covered my face, tp saya xrasa macam tu pn..
& i'm not wearing black, tudung hitam pun saya tak pakai, saya pakai kaler cerah je.
well, it's quite extreme according to him, tak tau la kenapa. tak sempat nak sembang panjang, boleh la jawab beberapa perkara tu.
"dgn ilmu yg ad wlupun cket,kte boleh b'amal krna kita ykin dgn ilmu yg kte dpt 2"
~Thanks, dik. =)
Salam ukhti,
seindah hiasan adalah wanita solehah,
andai diibaratkan sebagai barang perhiasan, tentulah kita mahu sesuatu yg masih belum disentuh oleh sesiapa, malah kita pasti mahukan sesuatu yg tidak pernah orang lihat..
begitulah wanita solehah, dirinya bukan untuk dilihat sembarangan orang, bukan dipamer ditepian jalan, tetapi nun jauh didasar lautan, umpama sebutir mutiara, semakin dalam ia, semakin mahal harganya.. hargailah nilai dan maruah seorang wanita.
Dinkahi wanita itu kerana 4, harta, paras rupa, keturunan dan agama. Maka barangsiapa yg memilih kerana agamanya, maka selamat dan berbahagialah ia didunia dan akhirat.
Islam bukan agama yg extreme, niqob sbgai pelindung bagi wanita dari mata2 yang didalam hatiya ada penyakit..
Islam tidak mewajibkan sesorang untuk berniqob, malah ia adalah diharuskan, terpulang kepada individu untuk memilih samaada pakai atau tidak.
Label extreme ini dijaja oleh barat dan kafir laknatullah yang mahu mengekploitasi kecantikan wanita. Kononnya kita tidak maju andai tidak membuka pakaian yang menutup aurat.
Kita lihat harini, mengapa atlet2 wanita memakai pakaian yg sekerat, tetapi atlet lelaki elok pula pakaian mereka bertutup penuh?
Ini salah satu bentuk penghinaan kpd wanita, tapi ramai yg tidak menyedari..
sekadar renungan bersama, maaf ayat tak tersusun, sekadar sepintas lalu..
semoga ukhti terus istiqamah.
lelaki yg baik untuk wanita yg baik.. wallahua'lam.
salam jie...
erm..mmg kdg2 org xley trima ble kita nk brubah kan...
xpe, jie jgn risau..
Allah kan ada.. bia la org yg xphm tue..
yg penting, Allah phm n tau niat jie..
teruskan pilihan yg jie buat tue,.
xsalah pon.. its ur right dear..
yana sentiasa sokong jie... =)
to aminmenulis,
slm, akh..
jazakallah atas pandangan nta tu. kawan k.tikah kn?
ana dah fikir panjang sebelum start pakai dulu. apa-apa yang kita buat pun mesti ada pro & kontra, ada orang boleh terima, but not all of them can accept what have we done, ana faham.
maybe that guy only curious why i'm wearing the niqab while the others tak pakai pun- still dalam program masa tu. ramai lagi student dari kampus lain.
puitis ayat yang atas2 tu, huhu..
ayway, thanks for ur comment. =)
doakan ana, insyaallah..
Alhamdulillah, teruskan & istiqamahlah..semoga sentiasa thabat pada jalan Allah..Rasulullah s.a.w pernah bersabda yg mafhumnya:" sesiapa yg membuat sesuatu sunnah yang baik di dalam islam dan ada orang yang membuat sepertinya, maka dia mendapat ganjaran bagi perbuatan tersebut ".
so teruskan istiqamah dan jangan sesekali mengalah disebabkan jrang orang yang melakukannya...maka beruntunglah orang2 yang Gharib ( pelik ).
to miss_eliana,
w'slm sahabatku,
thanks a lot my dear..
wah terharunya, kata2 yg bermakna utk jie..^_~
salam ukhti...
Alhamdulillah..
Saya berasa bersemangat dgn keunggulan dan prinsip khidupan anda...
Teguh menegakkan syiar Islam walaupun diperlekehkan sesetengah pihak...
Namun.. apa yg menyedihkan...
Berapa ramai lg mampu jadi spt ukhti...? Hati org mmg keras umpama batu...
Namun saya percaye hati manusia mudah juge berubh..
"anak sungaikn bolehkn berubah, ini pula hati org... siapa yg tahu.."
Moga2, ramai yg akn turuti jejak langkah anda...
Teruskan sahabat...
Semoga Allah merahmati kamu...
Wassalam...
salam k.jie..
tahniah! teruskan istiqamah dgn niqab..sya ada nk bncg dgn akak lg psl niqab ni. tapi, ms tak izinkn..agk bz skit skrg.
k, doakn sya jgk..miss u dear=)
to ibnu mohamad,
ameen...
to afiq,
pengalaman jugak tu, bila orang tanya direct terus, lelaki pulak tu.
selama ni classmate & lecturer tak pernah persoalkan pun kenapa saya pakai, tak pernah tanya or tegur.
kat alam maya ni ramai la yang tanya.
saya cuma jawab apa yang termampu je. bukan bermakna saya ni kuat ke bagus sangat ke ape, kita tak boleh menilai hati orang berdasarkan luaran je, kan? tapi husnuzzon tu lebih baik.
saya pun tak tau sampai bila dapat istiqamah, dan mampukah saya untuk istiqamah..wallahu a'lam.
cuma doa & terus doa, tu je.
pape pun, syukran 'alaik.
to iman sayyidah,
w'slm adikku sayang..^_~
k.jie tak kuat lagi ni, sya & sahabat2 lain kena support k.jie.
mungkin kalau sya dengar pengalaman pisha lagi rasa semangat kot, kena tetap pendirian, yang penting kena faham tujuan kita pakai.
bak kata naim (penyokong kuat sya tu, hehe) kita kena kuat untuk orang lain kuat..{]=)
insyaallah ada masa nanti kita bincang. lebih baik kalau dapat kaji betul2 dan tanya pendapat orang yang lebih faqih dan alim.
rasa macam nak muzakarah balik dengan ust rahim, huhu..
ok k.jie..bereh..cuti ni jom kita ngaji pondok lagi nak?=)
to iman sayyidah,
jom! hehe..
ingat nak gi jugak, tapi xde geng..
k.jie xpe, dekat je, setengah dah boleh sampai, kalau sya 8 jam baru sampai..=p
Salam buat sahabat saya dan yg lain2 yg sentiasa diuji oleh Allah .Luahan awak ni buat saya terharu .Lesson no 1 ,jgn beri kesempatan pada lelaki yg kita tk kenal brbicara dengan kita secara bersendirinan . Extreme dlm Islam iaitu buat sesuatu yang islam tak tuntut .Kesederhanaan itu iaitu apa2 yang dilakukan oleh Nabi dan isteri2nya .Betul kata saudara Amin extreme ini ditaja oleh puak yahudi . Percayalah lebih kuat iman kita kepada Allah & lebih kuat kita nak berubah , maka Iblis akan bersungguh2 memrintahkan tentera2nya untuk menjatuhkan kita .Kalau kita mengalah ,itu menunjukkan bahawa kita beri kemenangan yg mudah bg Iblis .Wahai sahabat saya Jie Nazirah ingat bahawasanya ketika siti Fatimah hendak lalu siratol mustaqim ,maka Allah taala perintahkan semua makhluk tunduk supaya tidak dapat melihat wajahnya kesan daripada sentiasa menutup wajahnya dari dipandang oleh lelaki ajnabi ketika hayatnya. lagi pula beliau amanahkan suaminya supaya apabila hendak menanamnya ketika waktu malam dan hanya dihadiri oleh keluarga yg terdekat supaya tiada siapa yg nampak bentuk tubuh badannya yg dikafan.Lihat bagaimana Allah taala muliakan di Akhirat!! Dunia ini darul bala' ya'ni negeri ujian .Banyak2 mohon pada Allah supaya memberi kekuatan pada Nazirah untuk menepis tomahan atau kejengkelan org2 terhadap diri nazirah .Insyaallah Allah taala akan sentiasa bersama Nazirah ,saya dan semua umat Islam keseluruhannya .
mga terus istiqamah sahabat..:)
salam kak jie..em kehidupan manusia sentiasa berhijrah..hijrah kita sekrg camner..hhijrah menuju kebaikan..berbeza dengan hijrah Rasulullah dahulu..berbeza..jd manusia ni memg byk jenisnyer..kita x leh salah kan ap jua pertanyaan nyer..sebb mana tahu dengan jawapn yg diberi oleh kak jie dapat buka pintu hati mereka yg selalu bertanya..??semua itu kuasa Allah..bersyukur lah..
salam alaik..salam perjuangan..
Insan yg teringin sgt2x berniqab
Salam...
manusia suka mempertikaikan apa yang benar...
by the way go go kak Jie...huhu
may allah bless u...=D
-WaniHarun-
To mr,
Slm ‘alaik.
Saya tak kisah pun dia nak cakap dengan saya. Lagipun tempat terbuka, even waktu malam, tapi still ada orang lalu, sebab tengah program. Muka dia muka baik je, huhu..
Tentang saidatina Fatimah, ustaz pernah bagitau pasal tu. Beliau mewasiatkan agar dikebumikan pada waktu malam dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan terlibat dalam proses pengurusan jenazah beliau. Memang benar, supaya orang lain takkan dapat lihat bentuk badannya.
Subhanallah, pertama kali saya dengar masa gi pondok tahun lepas..begitu sekali beliau menjaga maruah dirinya, even after she died.
-----------------------------------
To masyitah,
Nice knowing you, my dear. Doakan jie selalu..{]=)
-----------------------------------
To nurulhidayani,
W’slm, dik. That’s right. Tak salah faham pun tentang soalan dia tu, akak terima dengan hati yang terbuka. (even I was quite shocked at first, huhu) tapi agak terkilan sebab tak dapat bagi penjelasan yang lebih detail, mungkin banyak lagi yang dia nak tahu.
Kalau dapat bagi hujah yang lebih kukuh beserta dalil, mungkin akak dapat betulkan or ubah pandangan dia tu. Memang, harap2 dia tak fikir semua orang yang berpurdah ni extreme. Do I look extreme? I don’t think so, and I don’t feel so. Ada tempat yang boleh buka/perlu buka, akak akan buka.
Kat uia ni ramai foreigner, dan kebanyakan orang arab pakai semua hitam, dengan burqa’ sekali, Nampak mata je. Ada sekali akak cakap kat classmate, “k.jie teringin la nak pakai macam tu, semua hitam. Pakai burqa’ lagi selesa tau.”
Then she said, “Eh, tak payah la k.jie! Pakai macam ni cukup, dah ok dah.” Hehe… saja nak test dia sebenarnya. =p
-----------------------------------
To wani harun,
Thanks a lot... You know me better, right? ;)
Saya hairan kenapa ramai yg masih beranggapan menutup wajah adalah hukumnya harus sedangkan terang2 dlm hukum feqah hanya mazhab Hanafi saja tak wajib .Adapun Dalam mazhab syafei hukum yang mu`tamad adalah wajib .qaul dhoif menyatakan harus buka itupun sekiranya tak timbul fitnah . Saya rasa memang sungguh awak perlu pergi ke pondok lg muzakarah dengan Ustaz yg awak sebutkan tu .Insyaallah nanti jelas.
to mr,
saya ni memang tak cukup ilmu lagi, sekadar beramal dengan apa yang saya mampu, setakat yang saya faham.
mungkin awak lebih faqih.
adakah tidak memakai niqab/tidak menutup muka itu haram dan berdosa?
setahu saya, aurat wanita selain muka dan tapak tangan. mengikut pemahaman saya, muka xwajib ditutup. dan setahu saya, dr yusuf al-qardhawi juga mengatakan berniqab itu harus, bukan wajib. (betulkan jika saya silap)
mungkin awak boleh bagi penjelasan lanjut beserta dalil. tak salah berkongsi ilmu kan. =)
Sahabat ruju` pada kitab fathul wahab ,i'anah tolibin ,Baijuri dan banyak lagi. Jangan berkata syeikh itu kata ,ustaz saya kata ,dr tu kata .Saya rasa dalam blog Ust awak tu pun dah terangkan .takpe saya terangkan di sini .Aurat perempuan dalam semb. keseluruhan anggota melainkan dua tapak tangan dan muka .aurat pada lelaki yg mahramnya(tak halal nikah)antara pusat dan lutut ,begitu juga pada wanita muslimah yang amanah.walau begitu tutuplah supaya tak tercarik maruah .Adapun aurat antara peremp. kafir iaitu menutup seluruh badan melainkan anggota yang terbuka semasa buat kerja seperti kepala tangan dan kaki .Adapun aurat pada lelaki ajnabi iaitu seluruh badan.tidak disebut pun melainkan....dengan ma`na termasuk mata sekali cuma diuzurkan buka kerana nak lihat jalan .Ini atas qaul yg mu'tamad . Adapun qaul yg Dhaif maka diharuskan buka wajahnya itu pun sekira tak berlaku fitnah .Tak berlaku finah???Ingat kata Aisyah rhu sekiranya Rasulullah ada pada masa sekarang (ya'ni zaman aisyah rhu) sudah pasti ia akan mengharamkan wanita2 pergi ke masjid kerana banyak berlakunya finah .Itu zamannya .Zaman kita? Mengenai dosa awak lihat sendirilah hukum yg diatas.Tak layak saya nak kata dosa atau tidak sebab ada qaul dhaif tukan .Mengenai Yusof Qardhawi ,insyaallah apabila awak pergi ke pondok awak tanya mengenainya .Sebab ust awak ada sebuah naskhah yang dimana fatwanya banyak bersalahan dengan Feqah dan Tauhid yg saya minta maaf tak dapat saya tuliskan disini.Maaf ya kak jie saya bukan nak memperendahkan awak .Saya rasa satu tanggungjawab untuk menjawab soalan awak sebab awak pernah jadi pelajar Pasir tumboh kan .maaf kan saya sekali lagi
to mr,
terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar tu. =)
hm, macam mana awak boleh tau saya pernah belajar kat sana?
Salam jie,
baru sempat baca pasal benda ni. Macam yang sy pernah ckp dlu,saya respect setiap pndgn pasal bnda ni sebab ianya satu ijtihadiyyah. Tapi saya pelik la sikit sebab masa dalam mesej dulu awak cakap bila balik kelate awak tak pakai purdah. Itu ke yang dikatakan istiqamah dalam berpurdah? Kenapa perlu ada perbezaan tempat? kat KL pakai tapi kat Kelate tidak. sedangkan awak kata awak rasa selamat dengan berpurdah. Sepatutnya awak berpurdah kat mana-mana je awak pergi. Kenapa kadang-kadang orang yang berpurdah ni buka purdahnya kalau berhadapan dengan lelaki yang agak rapat dengannya tapi bukan muhrim dia.Itu persoalan yang agak mengelirukan saya tentang orang-orang yang berniqab ni. Apapun, all the best!!
Sebab sayalah guru yg mengajar awak. Ust Rahim
to mr,
ustaz kena kan saya lagi..
huhu..
sebenarnya lepas baca penjelasan ustaz tu, saya dah agak, ayat tu macam orang belajar kat pondok. saya rasa macam ustaz, tapi tak yakin, memang betul pun ustaz.
-----------------------------------
to zahidah,
w'slm sahabat..=)
gi um hari tu bukannya sempat jumpa pun. nanti datang la uia ye..hehe
tentang tu, saya ada sebab, tapi panjang sangat nak jelaskan kat sini. saya perlu hormat pndangan ahli keluarga saya jugak, esp my mum, kena jaga hati mak ayah, betul tak? saya cakap macam ni, ada sebabnya, tentang ikut tempat, istiqamah, pakai on off, maybe it's much much better if we can talk face to face.
bukan awak sorang je yang keliru pasal ni, ramai lagi. saya sendiri pun sedang cuba untuk memahaminya, & yang pasti, saya masih dalam proses belajar. =)
~seeking for knowledge..
seeking for mardhatillah...~
Post a Comment