"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'.
Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."
Sebelum subuh pagi tadi saya tiba di uia. Dan terus keluar kira-kira jam 8 pagi ke "konvensyen pemikiran hassan al-banna dalam melakar agenda bangsa" yang bertempat di uniten, kampus putrajaya. Husna yang ajak sebenarnya, mak dia hantar sampai sana, alhamdulillah. Lepas konvensyen husna terus balik ke uia kuantan. Saya, balik uia gombak la.
Cepat je dah habis mid-break seminggu. Tapi balik rumah 3 hari je pun...=_='
Sebelum balik hari tu saya dengan wani pergi ke uia kuantan. Dah balik rumah baru bagitau mak, huhu... Saja ziarah sahabat-sahabat kat sana. Seronoknya dapat jumpa diorang semua. Dan jumpa "anak sedara", siapa lagi kalau bukan iffah. ;)
Sempat la jalan-jalan kat sana. Semua kelas full, so saya dengan wani pandai-pandai bawak diri jelah. Pagi tu masuk library dulu, then masuk lab kuliyyah of dentistry (kod), tengok budak-budak ni buat gigi palsu. Zai yang bawak, lepas tu ba' suruh masuk pulak. Masa tu lunch hour, lecturer tak ada. Tengok klinik diorang jugak. Macam pelawat pulak, hehe. Jumpa zai, siti, ba', nija, amalina A, amalina I yang tengah pregnant (twin), tapi laju je tengok dia jalan. Sayangnya tak ambil gambar dengan semua.
Lepas tu pergi kuliyyah of medicine (kom) pulak. Masuk dalam seminar, budak-budak medic tengah buat presentation, lecturer pun ada dalam tu. Selamba je saya masuk, orang pandang pun buat tak tau je. Fatimah la beriya-iya ajak masuk, segan jugak sebenarnya, tapi takpelah bukannya nampak muka pun. =p
Ramai je orang-orang yang dikenali dalam kom, sebab dulu belajar kat cfs uia pj sama-sama, tak sempat pergi cfs uia nilai. Sahabat-sahabat fasi study circle pun ada. Jadinya, ramai jugak la kawan-kawan saya kat situ (medic). Jumpa fatimah, yanie, nurul, hanisah, dayah, wardah, ada lagi la...tak ingat nama...
Dah petang baru makan, pergi cafe talhah dengan fatimah & yanie. Fatimah belanja aiskrim, bestnya...lain kali boleh la belanja lagi ye. ^_~
Malam tu budak-budak dentistry ada agd, budak-budak medic pulak ada kelas tasmi'. Suruh nurul bawak iffah pergi sana, dapat la jumpa si comel tu. Dah besar dah dia.
Cadangnya nak bermalam kat bilik zai, last-last tidur kat bilik fatimah. Tak kisah je mana-mana pun.
The next day, keluar kejap dengan zai, pergi beli tiket. Zai ada masa free tengahari tu, kelas dia sampai petang sebenarnya. Tq dik, jadi driver. ^_^ Then jumpa hajar dengan wani pharmacy kat cafe, diorang still ada exam, alhamdulillah sempat jugak jumpa diorang. Sebelum maghrib stay kat bilik hanim & nija. Sempat try kot+baju klinik hanim sekali. (baju klinik ke? hentam jelah) =p
Malam ada liqa' pulak, sempat la masuk kejap dengar ceramah. Si comel tu pun nurul bawak jugak, tapi memang tak boleh duduk diam budak tu, huhu...
2 hari je kat sana.Sedih pulak nak balik, tapi nak kena balik jugak. Syukran zai & hanim hantar jie malam tu. At least terubat jugak rindu dapat jumpa sahabat-sahabat & mendapat suntikan semangat bila menatap wajah-wajah antunna. Doakan diri ini moga selalu diberi kekuatan untuk terus melangkah.{]=)
Roh ukhuwwah menggetarkan hati dan perasaan.
Hati-hati bersatu atas dasar yang satu, terikat dengan ikatan aqidah, ikatan yang paling kukuh dan mahal.
Bila hati telah terpaut dan jiwa telah terpadu, maka persaudaraan yang wujud terus berjalan,
bersih, dan penuh rasa kasih.
Berdoalah agar kita sentiasa dikurnia nikmat kemanisan berukhuwwah.
Agar kita sentiasa berpijak pada simpulan aqidah, pengikat yang utuh dan abadi.
Sebagai anak Amerika yang lahir di kota besar Amerika Syarikat, aku membesar seperti gadis-gadis lain yang terbiasa dengan kehidupan glamour kota besar. Kemudian aku berpindah ke Florida, di pantai Selatan Miami, sebuah tempat popular untuk mencari kehidupan glamour.
Tentulah ketika itu aku juga melakukan apa-apa yang sering dilakukan oleh gadis-gadis Barat. Aku hanya prihatin pada penampilan fizikal dan daya tarikanku serta mengukur nilai reputasiku berdasarkan banyaknya perhatian orang lain padaku.
Aku berolah raga secara rutin hingga menjadi pelatih peribadi di sebuah perumahan mewah di pinggir laut. Aku menjadi pengunjung setia pantai yang “suka mempamerkan tubuh” serta berjaya mencapai taraf hidup yang penuh bergaya dan ada kelas.
Tahun demi tahun berlalu, kufahami bahawa ukuran nilai kepuasan diri dan kebahagiaanku terletak pada semakin tinggi aku menggunakan daya tarik kewanitaanku. Saat itu, aku benar-benar menjadi hamba fesyen-fesyen terkini. Sesungguhnya aku telah ‘menjadi tawanan’ kepada kehendakku sendiri.
Di celah-celah kekosongan hidup antara kepuasan diri dan gaya hidup yang makin melebar, maka aku mencari perlindungan dengan sebuah pelarian. Aku mengambil arak dan pesta-pesta, mengikuti meditasi, menjadi aktivis, belajar kepercayaan-kepercayaan lain dengan tujuan agar di celah-celah kekosongan itu terisi dengan pelbagai aktiviti.
Namun, akhirnya aku sedar bahawa semua itu bagaikan ubat pelali sahaja, yang mana sakitnya kembali berulang dibandingkan pengubatan yang benar-benar berkesan.
Kemudian berlaku peristiwa 11 September 2001. Sebagai saksi atas serangan berterusan terhadap Islam, pada nilai-nilai dan budaya Islam serta wujudnya pengisytiharan negatif mengenai “Perang Salib Baru”, aku terpanggil untuk mula memerhati satu ajaran bernama Islam.
Ketika itu aku mengaitkan semua yang berbau Islam dengan wanita-wanita yang berbaju seperti “khemah”, tukang pukul isteri, harem dan dunia pengganas.
Sebagai aktivis pembebasan wanita dan seorang yang mahukan dunia yang lebih baik untuk semua, jalanku bertembung dengan jalan aktivis lainnya yang telah memimpin reformasi dan keadilan untuk semua tanpa pilih bulu.
Setelah itu, aku turut bergabung di dalam kempen sahabat-sahabat baruku yang ketika itu, salah satunya adalah reformasi pilihanraya dan hak-hak awam.
Sekarang kegiatan harianku sangat berbeza. Daripada mendukung keadilan secara “berpilih”, aku belajar bahawa yang ideal seperti keadilan, kebebasan dan penghargaan benar-benar bermakna dan bersifat universal.
Untuk pertama kalinya, aku insaf, sesungguhnya semua orang dicipta Allah adalah setaraf. Namun yang paling penting, aku belajar bahawa hanya perlu keyakinan untuk melihat dunia yang satu dan untuk melihat penyatuan dan ciptaan.
Bertemu al-Quran
Suatu hari, aku membelek sebuah buku yang dianggap negatif di Barat, al-Quran yang suci. Baru tadi aku tertarik pada gaya dan pendekatan al-Quran. Kemudian minatku tambah mendalam pada pandangannya tentang kewujudan makhluk, kehidupan, penciptaan dan hubungan antara Pencipta dan ciptaanNya.
Aku rasa al-Quran dapat menjadi sumber pembuka wawasan dan pengetahuan untuk hati dan jiwa tanpa perlu penterjemah atau paderi.
Akhirnya aku sampai kepada masa yang sangat penting yang mengubah kehidupanku seterusnya. Pemahaman aktivis yang baru kurasakan untuk kepuasan diri baru-baru ini, jelas tidak bermakna apa-apa dibandingkan dengan keyakinan yang disebut Islam, yang membawa aku hidup damai sebagai muslim yang bermanfaat.
Bahagia dengan Hijab
Aku membeli sehelai gaun panjang yang cantik dan penutup kepala, mirip gaya pakaian muslimah. Dengannya aku berjalan di jalan dan kawasan tetangga yang sama, yang mana beberapa hari sebelumnya aku masih mengenakan seluar pendek, bikini atau gaya pakaian Barat yang berkelas.
Walaupun masyarakat, wajah dan gedung-gedung semuanya tetap sama, ada satu perkara yang sangat berbeza, kerana untuk pertama kalinya, aku berasa suatu kedamaian yang sangat berbeza berbanding yang dahulu.
Aku merasa seolah-olah semua rantai telah terputus dan akhirnya aku benar-benar merasa bebas. Sangat menyenangkan, kadang-kadang sedikit lucu melihat wajah hairan sesetengah orang terhadap penampilan baruku.
Tiba-tiba sahaja beban itu terangkat dari bahuku. Aku tidak lagi menghabiskan masaku untuk berbelanja, membeli kosmetik, ke salon dan melatih diri untuk penampilanku. Akhirnya aku bebas.
Dari semua tempat itu, aku menemui Islam tepat di pusat dari tempat yang disebut orang sebagai “pusat skandal di bumi”, yang membuatkan semua itu menjadikannya penuh cinta dan istimewa.
Walaupun bahagia dengan hijab, aku menjadi ingin tahu mengenai niqab (purdah/cadar) kerana melihat ramai muslimah yang mengenakannya. Aku bertanya suamiku yang juga muslim, yang menikah denganku setelah aku menjadi muslimah, apakah aku boleh mengenakan niqab atau cukup dengan hijabku sekarang yang sudah kukenakan?
Dengan selamba suamiku mengatakan dia percaya bahawa hijab adalah satu kewajiban, namun tidak dengan niqab. Ketika itu, hijabku terdiri dari penutup kepala yang menutup seluruh rambutku kecuali wajah dan gaun hitam panjang yang longgar. Ia disebut abaya(jubah) yang menutupi tubuh dari leher hingga kaki.
Memakai purdah
Satu setengah tahun berlalu, aku memberitahu suamiku bahawa aku mahu memakai purdah. Alasanku kali ini ialah aku merasa lebih “menyenangkan” Allah Yang Maha Mencipta, dan akan meningkatkan rasa damai dalam diri bila berpakaian lebih tertutup.
Dia menyokong keputusanku dan membawaku membeli “isdaal”, sejenis gaun hitam longgar yang menutup dari kepala hingga kaki dan niqab yang menutup seluruh kepalaku termasuk wajah kecuali mata.
Cabaran Hijab dan Niqab
Tidak lama kemudian, media mula menyiarkan berita tentang ahli politik, pembesar gereja, pendokong kebebasan, aktivis Hak Asasi Manusia (HAM) palsu yang berkali-kali mengkritik pedas tentang hijab, apatah lagi niqab. Bagi orang lain ia kelihatan sangat kejam terhadap wanita. Juga dianggap gangguan dalam pergaulan dan baru-baru ini seorang pegawai Mesir mengatakan bahawa perkara itu sebagai “tanda-tanda kemunduran”.
Aku melihat kenyataan itu sangat munafik. Beberapa pemerintah dan kumpulan pembela HAM palsu yang tergesa-gesa cuba membela hak wanita, sedangkan pemerintah beberapa negara lain memaksa penggunaan peraturan berpakaian tertentu bagi wanita.
Meskipun begitu “Pejuang Kebebasan” memandang dari posisi lain ketika wanita kehilangan hak-haknya untuk berkerja dan belajar hanya kerana memilih menggunakan haknya mengenakan hijab atau niqab.
Namun sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang mengenakan hijab atau niqab untuk keluar berkerja dan mendapatkan pendidikan di sekolah dan universiti. Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia, Morocco dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis, Belanda dan Inggeris.
Memperjuangkan Hak Wanita
Ketika ini, aku masih seorang aktivis wanita, tetapi kali ini sebagai aktivis muslimah, yang menyeru para muslimah untuk mengambil tanggungjawab mereka memberi sokongan setakat mampu kepada suami agar menjadi muslim yang baik, membesarkan anak-anak mereka agar menjadi muslim yang jujur dan bertanggungjawab, sehingga mungkin akan menjadi cahaya kepada kemanusiaan.
Untuk menyebarkan kebaikan dan menjauhkan kejahatan, untuk berbincang tentang kebenaran dan kebajikan serta melawan semua kemungkaran, aku berasa patut memperjuangkan hak-hak kita untuk mengenakan niqan atau hijab demi menyenangkan Yang Maha Mencipta, apapun yang kita pilih.
Penting juga berkongsi pengalaman memakai niqab atau hijab kepada kawan wanita yang mungkin belum pernah berpeluang untuk memahami kenapa perlunya mengenakan niqab atau hijab bagi kita dan rasional kita, sehingga dengan penuh cinta kita memeluknya.
Sebahagian besar wanita yang kuketahui mengenakan niqab adalah muallaf Barat. Sebahagian dari mereka belum menikah. Yang lain mengenakan niqab tanpa sokongan penuh dari keluarga mahupun masyarakat sekelilingnya.
Apa yang kita perlu fahami ialah mengenakan purdah adalah pilihan peribadi dan tidak seorang pun boleh menyerah atas pilihan peribadinya sendiri.
Mahu atau tidak, kaum wanita dihujani dengan gaya “berpakaian minima sehingga tanpa pakaian langsung” secara virtual dalam setiap bentuk komunikasi di manapun di dunia ini.
Sebagai seorang bekas non-muslim, aku menuntut hak-hak wanita untuk sama-sama mengetahui mengenai hijab, kebaikan-kebaikannya, kedamaian dan kebahagiaan yang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti yang telah terjadi padaku.
Dulu Bikini, Sekarang Niqabi
Dulu, bikini merupakan lambang kebebasanku, yang hakikatnya membebaskan aku dari aqidahku dan sebagai manusia normal.
Tiada apa-apa yang lebih menggembirakan aku kerana menanggalkan bikiniku di Pantai Selatan dan gaya hidup Barat yang gemerlapan itu untuk hidup damai dengan Penciptaku, serta menikmati hidup di antara teman-teman sesame manusia sebagai peribadi yang layak menerimanya. Hal itu merupakan alasanku untuk memilih memakai niqab dan bersedia mati membela hakku yang tidak mungkin dicabut untuk memakainya
Allahuakbar!!
Hari ini, niqab adalah symbol baru pembebasan wanita untuk mengenali siapa dirinya, apa tujuannya dan bagaimana bentuk hubungan yang dipilihnya agar dapat bersama Penciptanya.
Kepada wanita yang bersetuju dengan anggapan salah mengenai hijab, aku boleh berkata: Engkau tidak mengetahui apa yang telah dilaluimu adalah sesuatu yang merugikan dirimu sendiri…
Kepada “penguasa peradaban” yang rasuah dan sentiasa di dalam keadaan rugi, juga kepada para aktivis palsu, aku mahu berkata: Teruskanlah……..
Setiap kata-kata akan diuji. Kadang-kadang saya jadi takut, takut untuk menasihati, sedang kejahilan masih membelenggu diri. Mana mungkin hati yang malap mampu memberi sinar iman kepada hati yang lain? Mana mungkin hati yang gersang mampu menyiram benih ketaqwaan kepada hati yang lain? Terasa hati ini masih kontang dan lesu. Jauh dari-Nya. Terlalu sedikit cintaku untuk-Mu, astaghfirullah…
Aku masih belum mampu untuk mencintai-Mu sepenuh hati…
Namun aku cuba untuk mencintai-Mu semampuku…
Perkenankanlah Ya Allah…
Setiap hari titik-titik hitam semakin bertambah. Maksiat masih melekat, mazmumah masih berkarat. Bersihkah hati yang sebegini? Untuk mendidik hati sendiri pun saya masih terkapai-kapai, bagaimana mahu mendidik hati orang lain?
Kotornya hatiku…
Rapuhnya jiwaku…
Lemahnya diriku…
Saya berfikir dan berfikir. Adakah ini ujian untukku? Untuk menguji iman dan sejauh mana pelaksanaan yang diucap oleh lisan. Lidah mampu melafaz, tapi untuk melaksanakan tidak mudah.
Maafkan andai ada hak-hak yang terabai…
Maafkan andai ada hak-hak yang tak mampu kutunaikan…
Maafkan andai ada kata-kata yang menghiris perasaan…
Kerana ku tak sempurna…
Diri ini penuh khilaf dan dosa…
Hati manusia berada dalam genggaman Allah. Saya tidak mampu untuk menyentuh hati manusia, kerana hati saya juga milik-Nya. Namun saya sedar, yang penting usaha untuk menyedarkan, bukan memberi hidayah. Hidayah itu milik Allah, bukan milik manusia. Kata-kata yang terbit dari hati akan mengalir terus ke hati, biiznillah. Cubalah pujuk diri untuk tidak berasa letih dalam beramal, dalam memberi nasihat, dalam mendidik sahabat-sahabat. Kuncinya, sabar. (kupujuk jua hati dan jiwa ini untuk terus bersabar)
Sabar…agar diri terus tabah…
Sabar…agar emosi terus ‘gagah’… Sabar...walau terasa lelah dan payah... Sabar...untuk tidak mengalah...
Dan sabar…untuk segala-galanya…
Sedang saya membelek majalah solusi kesayangan, hati saya terpaut dengan satu ayat, “Allah sering mempertemukan kita dengan manusia yang tidak kita duga untuk memberi pelajaran dan hikmah kepada kita...”
Ya, Dia memberi teguran secara tidak langsung melalui orang sekeliling. Ujian-Nya datang melalui pelbagai bentuk, saya sedar hakikat itu. Tidak sedikit ujian-Nya singgah di perjalanan hidup ini, cuma terpulang pada diri sendiri untuk melihat dengan pandangan mata hati berbekalkan iman atau sebaliknya. Kerap kali saya tewas dan tersungkur. Setiap kali itu juga saya cuba bangkit semula.
Ujian itu bukan untuk melemahkan, tetapi menguatkan. Dia menguji hamba-Nya sebagai tanda kasih sayang-Nya. Husnuzzon. Berbaik sangkalah dengan Allah.
Cubalah selongkar hikmah di sebalik setiap musibah yang menimpa, jangan mudah berasa lemah dan putus asa. Saban hari kita berhadapan dengan pelbagai watak dan kerenah manusia. Banyak rahsia ilahi yang tidak mampu kita singkap, tetapi ambillah pelajaran melalui orang-orang yang kita temui. Agar kita mampu mengutip ibrah dan menyebarkannya kepada orang lain.
Walau diri ini lemah, saya cuba ‘menggali’ kekuatan, agar orang lain mampu bersandar. Biarlah air mata ini hanya tumpah di sejadah saat berteleku di hadapan-Nya. Rahsia hati, hanya Allah yang tahu.
Izinkan aku beteduh di bawah arasy-Mu nanti ya rabbi…
p/s: Masih sedang cuba mencari makna diri dan mem'baiki' hati...
Menyiram benih-benih kesabaran, agar subur pohon-pohon ketabahan dan kekuatan.
Agar tidak layu dimamah amarah dan mazmumah.
Nafas ini hanya sementara, nafas ini adalah satu amanah...
Mudah-mudahan jiwa ini tidak lagi goyah dan rapuh, untuk mengharungi hidup yang sememangnya lelah!
Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
sufygirl: Semoga hati ini tenang setenang awan yang memutih, semoga hati ini damai sedamai langit yang membiru. Dan semoga kalimah zikir sentiasa mengalir di kalbuku. Buat sahabat-sahabat seperjuangan, bantulah diri ini supaya terus kuat dan istiqamah. Peliharalah ukhuwwah kami ya Allah...ameen...
Adakalanya saya rasa letih dengan hidup ini. Sebab saya manusia biasa. Ada masa kuat, ada masa lemah. Ada ketika saya tewas dan jatuh. Tapi saya sedar saya perlu ‘bangun’ kerana perjalanan saya masih jauh.
"Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri, usianya amatlah pendek, bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika disapa SAKARATULMAUT... Akan tetapi bagi yang hidup untuk PERJUANGAN, usianya panjang...sepanjang PERJUANGAN itu. Bermula dari hari ALLAH mencipta Adam, berakhir tatkala Dia musnahkan alam!"(As-Syahid Syed Qutb)
Di saat diri ini diuji dengan masalah, di saat saya rasa hampir berputus asa, Dia tak pernah tinggalkan saya sendirian. Sebab Dia sentiasa ada.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,”Sesiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Tuhan, maka ia pasti diberi ujian”.
Dan,“Cubaan itu selalu menimpa seorang mukmin sama ada lelaki mahupun perempuan, pada dirinya, pada anaknya dan hartanya, sehinggalah dia berjumpa dengan Tuhan. Walaupun dia tidak ada kesalahan.”
Saya tak boleh pentingkan diri sendiri, saya tak boleh fikirkan perasaan sendiri, saya tak boleh utamakan diri sendiri. Kerana kita bukan hidup berseorangan, kerana hidup ini perlu berkongsi, perlu memberi.
Kata kak wani, “Biarlah orang nak fikir apa, nak anggap apa, yang penting kita baik dengan semua orang. Itu je prinsip akak.”
Ya, berusaha untuk menjaga hati orang. Walaupun orang tak jaga hati kita. Usahalah. Tapi, mampukah saya untuk jaga hati semua orang?
“Kak, macam mana kita nak sabar dan sabar dan sabar dan terus sabar… tanpa rasa letih, tanpa rasa penat, tanpa rasa down, tanpa rasa putus asa…?” mata masih basah, hati masih gundah.
“Ingat Allah. Sabar kerana Allah. Dan terus bersangka baik.” Jawapan yang ringkas, membuatkan air mata saya semakin laju menuruni pipi. Adakah saya bersabar kerana Allah?
“Sebenarnya jie ni jenis suka menangis untuk lepaskan tension, geram, marah, sedih, serabut, dan sewaktu dengannya. Tapi, makin lama makin susah nak menangis, kenapa entah. Maybe hati ni dah berkarat kot, banyak dosa…yang sedar, yang tak sedar, yang sengaja, yang tak sengaja…kan?” apa yang terpendam saya luahkan.
“Mungkin Dia dah bagi ketabahan kat jie, untuk tidak terus menangis. Tapi menangis ni bagus sebagai terapi untuk tenangkan jiwa.” K.wani tetap k.wani, saya tau kata-katanya memang dari hati, nasihat dari kakak untuk seorang adik.
Saya sedar kepada siapa seharusnya saya mengadu, tapi saya juga perlukan ‘bahu untuk menangis’. Saya perlukan seseorang yang boleh bantu saya untuk pujuk diri, untuk beri semangat pada diri sendiri. Saya tahu siapa yang perlu saya cari sebenanrnya.
Kata beberapa orang sahabat:
-"if you know everything, you will forgive everyone.."
-saya takkan terasa hati dengan orang sebab saya tahu diri tak perfect
-akak dah bosan layan perasaan sedih macam ni
-husnuzzon, itu yang terbaik.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah Ayat 216)
Sekadar meluahkan perasaan dan memujuk diri untuk bersabar. Huhu…
Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita. Kehadiran insan ajaib itulah telah memuliakan kita pada saat ini.
Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.
Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.
Bilamana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bilamana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan, berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah:
أدع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن
Tahukah dikau mawarku?
Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah masyarakat dan jemaah Islam pertama, jamaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah, kota kelahiran Baginda sendiri.
Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik ummat ini. Mereka tak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah dan kebaikan terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.
Mengertilah duhai mawar mujahidah,
Jalan dakwah dan kebaikan inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliyyah dan kehinaan dari akar umbi. Sabda Rasulullah s.a.w:
ألا إن الإسلام دائرة فدورا مع الإسلام حيت دار.الا إن السلطان والقرأن سيفترقان فلا تفارقوا الكتاب
‘Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.’
Duhai si mawar mujahidah calon bidadari Jannah…
Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri; iaitulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi. Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati. Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana , ada perbezaan antara keduanya di alam abadi. Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi.
Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk mengadap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redha Allah? Sungguh, manusia lupa saat perjumpaan itu!
Dan kini hai mawar,
Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya. Oh, adakah kau masih teguh dengan prinsip muslimahmu aduhai si mawar berduri?
Kuingatkan diriku jua kerana aku juga dari kaummu wahai mawar,
Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah!
Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada dalam kebenaran, di atas jalan-Mu. Jangan sesekali Kau menapis kami dari rahmat dan jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin…
This is my books collection. Saja post kat sini. Saya pun tak pasti berapa buah semuanya, tapi ada lagi yang kawan-kawan pinjam. Buku "Syeikh Ahmad Yassin", "Rabi'atul Adawiyah & Cinta", "Bio-Mekanik Solat", "Travelog Dakwah", rasa-rasanya banyak lagi kot, huhu... Tapi yang orang pinjam tu memang saya dah habis baca, alhamdulillah.
Buku-buku ni kebanyakannya dibeli sendiri, tapi ada juga yang orang bagi. Terima kasih kepada sesiapa yang pernah hadiahkan buku tu. ^^,
~Reading in progress~
~Setelah beberapa tahun...;) ~
Buku-buku ni ada kat rumah (zaman sekolah pun ada, termasuk matrik)
Buku-buku yang bersaiz comel..(^_~)
Koleksi solusi, tapi tak semua edisi yang ada. Love this magazine very much. ^_^
Berkaitan hati, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Di dalam diri manusia ada seketul daging, apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak, itulah dia HATI.”
Seorang sahabat merangkap adik dan ex-roommate saya mengadu tentang masalahnya, tapi kami cuma berbual di alam maya je. Jarang jumpa dia sekarang, masing-masing sibuk.
“K.jie, macam mana nak hilangkan rasa sakit hati kat seseorang?” Dia memulakan perbualan.
“Hm, doakan orang tu, jangan simpan perasaan benci, jangan ada dendam.” Saya menjawab ringkas. Langsung tidak bertanya siapa orang yang dimaksudkannya. Mungkin dia juga tidak berniat untuk menceritakannya, getus hati saya.
“Kalau still ada rasa sakit hati lagi?” dia masih menanti jawapan seterusnya dari saya.
“Jangan layan perasaan tu. Amarah daripada syaitan, suka laga-lagakan manusia. Ingat balik kebaikan yang dia pernah buat kat kita. Lupakan salah dia.” Saya cuba menasihatinya.
“Kenapa la saya rasa macam ni. Menyampah sangat, benci. Walaupun saya tahu benda tu salah saya, tapi saya rasa nak marah bila dia tegur. Saya rasa tak boleh terima.” Apa yang terbuku di hatinya diluahkan.
“Sebab tu kena check balik diri kita. Tak boleh terima teguran orang, maknanya kita masih ada rasa ego, rasa diri kita ni bagus, baik sangat, tak boleh orang tegur sikit. Cuba fikir balik, hebat sangat ke kita ni sampai orang tak boleh nak tegur langsung? Even orang tu buat salah kat kita sekalipun, hebat sangat ke kita ni sampai tak boleh nak maafkan dia?” saya meninggalkan persoalan untuk dia berfikir.
“Teruk kan saya ni?” terbit soalan bernada kesal.
“Taklah, akak tak rasa macam tu pun, tak terlintas pun dalam fikiran akak. Biasalah manusia, akak dulu pun macam tu jugak. Orang tegur sikit terasa hati, orang tegur sikit rasa macam nak melenting. Susah nak ubah terus, tapi boleh cuba perlahan-lahan. Perlukan mujahadah.”
“Kalau tak jadi jugak?” soalan itu dilontarkannya.
“Macam akak cakap tadi, jangan layan sangat perasaan tu. Doakan Allah bagi kebaikan untuk kita, untuk dia jugak. Minta Allah hilangkan perasaan tu, gantikan dengan perasaan kasih sayang sesama manusia. Untuk apa kita membenci? Tak ada untungnya, jiwa kita sendiri yang terseksa. Nak hilangkan terus memang tak mudah, tapi usaha untuk mujahadah, minta Allah bantu kita.” Saya memberi jawapan berdasarkan pengalaman sendiri.
“Insyaallah, kak. Saya cuba.”
“Fikir dari sudut yang positif. Mungkin dia memang ikhlas nak tegur, untuk kebaikan kita. Bukan semua orang suka kat kita. Kalau dia tak tegur, mana tau kita jadi lebih teruk lagi. Apa yang dia tegur tu, kita boleh baiki, jadi lebih baik. Akak bukan cakap saja-saja, akak cakap ni pun untuk diri akak jugak.Sama-sama kita muhasabah balik.”
“Em…Terima kasih, kak.”
Seperkara lagi, saya dapati ada yang mudah kecil hati, even dengan benda yang remeh-temeh. Cepat merajuk, suka bawa diri, dan menanti untuk dipujuk. Hm, saya dulu pun macam tu jugak, alhamdulillah dah boleh ubah sedikit demi sedikit. Mudaratnya lebih banyak berbanding manfaat. Ada orang memang sangat mudah tersentuh, terutamanya perempuan, perasaannya lebih halus, tapi jangan jadi terlalu sensitif. Kadang-kadang kita rasa seperti dipinggirkan, tidak diperlukan. Cuba fikir balik, adakah kita benar-benar disisihkan, atau kita yang menyisihkan diri?
Cubalah berusaha untuk berlapang dada dan berbaik sangka. Jangan biarkan perasaan benci itu bernanah. Usah biarkan dendam itu membarah. Biasakan ungkapan maaf, lazimkan diri untuk memaafkan.Tiada apa yang rugi. Insyaallah hati kita juga akan menjadi lebih tenang.
"Dalam berjuang, sikap berjauh hati perlu dibuang agar kita tidak merasa yang diri kita penting untuk ISLAM, tetapi sebenarnya ISLAM itulah yang penting untuk diri kita."
Masyarakat tidak bermoral pada hari ini, khususnya para pengikut dan penganjur kebudayaan barat, telah berusaha untuk mengembalikan zaman jahiliyah pada zaman ini. Mereka berusaha mereka pelbagai fesyen pakaian wanita yang terkeluar daripada landasan yang disyariatkan oleh Islam sehingga merangsangkan nafsu syahwat kaum lelaki. Kesan daripada fenomena ini maka tersebar wabak fahsya' dan mungkar sehingga tidak dapat dibendung lagi.
Islam adalah contoh agama yang terbaik untuk menjaga kesucian dan memelihara moral masyarakat, dengan cara melarang pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram. Kesan daripada pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram cenderung kepada godaan syaitan dan fitnah yang besar, terbukti pada masa masyarakat jahiliyah terdahulu dan masyarakat jahiliyah sekarang. Justeru itu Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al-Qur'an secara khusus agar para wanita memakai hijab, tidak bertabarruj, tidak mendedahkan aurat dan tetap tinggal di rumah.
Purdah atau hijab pada masa kini dipakai oleh sebahagian wanita muslimah, sebenarnya berfungsi sebagai jilbab sebagaimana kebiasaan wanita-wanita muslimah yang suci sejak zaman permulaan Islam. Namun ketentuan ini telah ditinggalkan oleh orang-orang yang telah dipengaruhi oleh pemikiran Barat. Untuk mencapai maksud tersebut, mereka (kaum orientalis) menterjemahkan Al-Qur'an dan Hadith menurut hawa nafsu mereka sendiri. Dengan demikian mereka menyesatkan diri mereka sendiri dan membawa orang lain kepada kesesatan.
Buku "Hijab Memelihara Kesucian Wanita Muslimah" ini mengupas hakikat kebenaran ayat-ayat Al-Qur'an dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Yang berkaitan dengan hal tersebut dengan mengemukakan pendapat dari beberapa ahli tafsir salafus soleh terkemuka, agar kita terhindar daripada tersalah faham dan terikut dengan pemikiran kaum orientalis yang menyesatkan.
sufygirl: salah satu koleksi buku yang dibeli semasa international bookfair di pwtc april tahun lepas.