Berkaitan hati, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Di dalam diri manusia ada seketul daging, apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak, itulah dia HATI.”
“Di dalam diri manusia ada seketul daging, apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak, itulah dia HATI.”
Seorang sahabat merangkap adik dan ex-roommate saya mengadu tentang masalahnya, tapi kami cuma berbual di alam maya je. Jarang jumpa dia sekarang, masing-masing sibuk.
“K.jie, macam mana nak hilangkan rasa sakit hati kat seseorang?” Dia memulakan perbualan.
“Hm, doakan orang tu, jangan simpan perasaan benci, jangan ada dendam.” Saya menjawab ringkas. Langsung tidak bertanya siapa orang yang dimaksudkannya. Mungkin dia juga tidak berniat untuk menceritakannya, getus hati saya.
“Kalau still ada rasa sakit hati lagi?” dia masih menanti jawapan seterusnya dari saya.
“Jangan layan perasaan tu. Amarah daripada syaitan, suka laga-lagakan manusia. Ingat balik kebaikan yang dia pernah buat kat kita. Lupakan salah dia.” Saya cuba menasihatinya.
“Kenapa la saya rasa macam ni. Menyampah sangat, benci. Walaupun saya tahu benda tu salah saya, tapi saya rasa nak marah bila dia tegur. Saya rasa tak boleh terima.” Apa yang terbuku di hatinya diluahkan.
“Sebab tu kena check balik diri kita. Tak boleh terima teguran orang, maknanya kita masih ada rasa ego, rasa diri kita ni bagus, baik sangat, tak boleh orang tegur sikit. Cuba fikir balik, hebat sangat ke kita ni sampai orang tak boleh nak tegur langsung? Even orang tu buat salah kat kita sekalipun, hebat sangat ke kita ni sampai tak boleh nak maafkan dia?” saya meninggalkan persoalan untuk dia berfikir.
“Teruk kan saya ni?” terbit soalan bernada kesal.
“Taklah, akak tak rasa macam tu pun, tak terlintas pun dalam fikiran akak. Biasalah manusia, akak dulu pun macam tu jugak. Orang tegur sikit terasa hati, orang tegur sikit rasa macam nak melenting. Susah nak ubah terus, tapi boleh cuba perlahan-lahan. Perlukan mujahadah.”
“Kalau tak jadi jugak?” soalan itu dilontarkannya.
“Macam akak cakap tadi, jangan layan sangat perasaan tu. Doakan Allah bagi kebaikan untuk kita, untuk dia jugak. Minta Allah hilangkan perasaan tu, gantikan dengan perasaan kasih sayang sesama manusia. Untuk apa kita membenci? Tak ada untungnya, jiwa kita sendiri yang terseksa. Nak hilangkan terus memang tak mudah, tapi usaha untuk mujahadah, minta Allah bantu kita.” Saya memberi jawapan berdasarkan pengalaman sendiri.
“Insyaallah, kak. Saya cuba.”
“Fikir dari sudut yang positif. Mungkin dia memang ikhlas nak tegur, untuk kebaikan kita. Bukan semua orang suka kat kita. Kalau dia tak tegur, mana tau kita jadi lebih teruk lagi. Apa yang dia tegur tu, kita boleh baiki, jadi lebih baik. Akak bukan cakap saja-saja, akak cakap ni pun untuk diri akak jugak.Sama-sama kita muhasabah balik.”
“Em…Terima kasih, kak.”
Seperkara lagi, saya dapati ada yang mudah kecil hati, even dengan benda yang remeh-temeh. Cepat merajuk, suka bawa diri, dan menanti untuk dipujuk. Hm, saya dulu pun macam tu jugak, alhamdulillah dah boleh ubah sedikit demi sedikit. Mudaratnya lebih banyak berbanding manfaat. Ada orang memang sangat mudah tersentuh, terutamanya perempuan, perasaannya lebih halus, tapi jangan jadi terlalu sensitif. Kadang-kadang kita rasa seperti dipinggirkan, tidak diperlukan. Cuba fikir balik, adakah kita benar-benar disisihkan, atau kita yang menyisihkan diri?
Cubalah berusaha untuk berlapang dada dan berbaik sangka. Jangan biarkan perasaan benci itu bernanah. Usah biarkan dendam itu membarah. Biasakan ungkapan maaf, lazimkan diri untuk memaafkan.Tiada apa yang rugi. Insyaallah hati kita juga akan menjadi lebih tenang.



No comments:
Post a Comment