Adakalanya saya rasa letih dengan hidup ini. Sebab saya manusia biasa. Ada masa kuat, ada masa lemah. Ada ketika saya tewas dan jatuh. Tapi saya sedar saya perlu ‘bangun’ kerana perjalanan saya masih jauh.
"Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri, usianya amatlah pendek, bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika disapa SAKARATULMAUT... Akan tetapi bagi yang hidup untuk PERJUANGAN, usianya panjang...sepanjang PERJUANGAN itu. Bermula dari hari ALLAH mencipta Adam, berakhir tatkala Dia musnahkan alam!" (As-Syahid Syed Qutb)
Di saat diri ini diuji dengan masalah, di saat saya rasa hampir berputus asa, Dia tak pernah tinggalkan saya sendirian. Sebab Dia sentiasa ada.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,”Sesiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Tuhan, maka ia pasti diberi ujian”.
Dan, “Cubaan itu selalu menimpa seorang mukmin sama ada lelaki mahupun perempuan, pada dirinya, pada anaknya dan hartanya, sehinggalah dia berjumpa dengan Tuhan. Walaupun dia tidak ada kesalahan.”
Saya tak boleh pentingkan diri sendiri, saya tak boleh fikirkan perasaan sendiri, saya tak boleh utamakan diri sendiri. Kerana kita bukan hidup berseorangan, kerana hidup ini perlu berkongsi, perlu memberi.
Kata kak wani, “Biarlah orang nak fikir apa, nak anggap apa, yang penting kita baik dengan semua orang. Itu je prinsip akak.”
Ya, berusaha untuk menjaga hati orang. Walaupun orang tak jaga hati kita. Usahalah. Tapi, mampukah saya untuk jaga hati semua orang?
“Kak, macam mana kita nak sabar dan sabar dan sabar dan terus sabar… tanpa rasa letih, tanpa rasa penat, tanpa rasa down, tanpa rasa putus asa…?” mata masih basah, hati masih gundah.
“Ingat Allah. Sabar kerana Allah. Dan terus bersangka baik.” Jawapan yang ringkas, membuatkan air mata saya semakin laju menuruni pipi. Adakah saya bersabar kerana Allah?
“Sebenarnya jie ni jenis suka menangis untuk lepaskan tension, geram, marah, sedih, serabut, dan sewaktu dengannya. Tapi, makin lama makin susah nak menangis, kenapa entah. Maybe hati ni dah berkarat kot, banyak dosa…yang sedar, yang tak sedar, yang sengaja, yang tak sengaja…kan?” apa yang terpendam saya luahkan.
“Mungkin Dia dah bagi ketabahan kat jie, untuk tidak terus menangis. Tapi menangis ni bagus sebagai terapi untuk tenangkan jiwa.” K.wani tetap k.wani, saya tau kata-katanya memang dari hati, nasihat dari kakak untuk seorang adik.
Saya sedar kepada siapa seharusnya saya mengadu, tapi saya juga perlukan ‘bahu untuk menangis’. Saya perlukan seseorang yang boleh bantu saya untuk pujuk diri, untuk beri semangat pada diri sendiri. Saya tahu siapa yang perlu saya cari sebenanrnya.
Kata beberapa orang sahabat:
-"if you know everything, you will forgive everyone.."
-saya takkan terasa hati dengan orang sebab saya tahu diri tak perfect
-akak dah bosan layan perasaan sedih macam ni
-husnuzzon, itu yang terbaik.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah Ayat 216)
(Surah Al-Baqarah Ayat 216)
Sekadar meluahkan perasaan dan memujuk diri untuk bersabar. Huhu…
~Terima kasih untuk semua yang prihatin
Astaghfirullah…
Astaghfirullah…
Astaghfirullah…

4 comments:
Bila sahabat-sahabat sedih & berkongsi dengan akak perasaan tu, akak selalu teringat lagu yang kak Akram Hareere tujukan pada akak masa akak mengadu masalah akak padanya suatu masa dulu. Lagu 'Menangislah di Bahuku' dendangan kumpulan Firdaus. Jie kena kuat ye. Jie sentiasa ada sahabat-sahabat untuk Jie berkongsi. Dan Allah sentiasa mendengar.
ALLAH bersama sama orang yang sabar..
to syauqah-el-wardah,
terima ksh byk, kak..
walaupun xmenangis di bahu akak, walaupun sekadar menangis dpan laptop, tp jie hargai sbb akak sudi mdengar (mbaca) luahan ht jie..huhu
saaayang akak lillahi ta'ala..^^,
tiap2 org yg mmpnyai hati yg lmbut,pasti mudah mnangis..e2 mnnjukkn bhwa hatinye msih lg terbuka utk mnerima hidayah Allah..
smoga akk tabah dlm mhdapinye.. (^_^)
Post a Comment