Followers

Tuesday, October 5, 2010

Hari lahir & coklat..^_~

Lama tak update. Sibuk dengan coklat. Hari-hari makan coklat..:P

Alhamdulillah berakhir sudah "The IIUM Chocolate Fair" yang berlangsung selama empat hari, bertempat di kaed gallery. 1-4 Oktober 2010. Bila setiap hari asyik terperuk di kaed gallery, dah rasa macam student kaed pulak. Nak join program lain pun tak boleh, perlu sentiasa berada di sana. Makan kat sana, solat kat sana. Keluar pagi, balik pun pagi jugak. Program habis petang, tapi dah tengah-tengah malam baru balik. Sampai bilik tak boleh buat apa dah, terus collapse. Huhu...



Walaupun pada awalnya kami mengalami beberapa masalah, pelbagai masalah sebenarnya, sangatlah pressure...Tapi alhamdulillah program dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar atas sokongan dan kerjasama dari komiti-komiti yang terlibat. Stress ramai-ramai takpe, stress sorang2 tu yang bahaya...hehe...


Jadi komiti kat chocolate fair tapi langsung tak beli coklat. 1st day dah ada orang belanja, lepas tu makan tester, rasa semua coklat yang ada kat situ. Ingatkan nak beli masa last day, tapi tak jadi beli jugak. 


Memandangkan birthday saya jatuh pada hari last, maka ramailah yang wish dan bagi hadiah coklat. Mentang-mentanglah komiti chocolate fair, semua orang pun nak bagi coklat ye. Tapi takpe, i love chocolates. Rasanya minggu depan baru boleh habiskan ni, stok banyak lagi. Tahun ni la hadiah birthday paling banyak dapat coklat. Bersejarah sungguh. ^_^


Terima kasih untuk adik-adik dari pub & pro sebab buat surprise untuk akak, nyanyi ramai-ramai. Malu je, nasib baik dah bertutup muka. Terharu dengan kamu semua. Ingatlah masa-masa pressure kita bersama ye. :P 

Thanks untuk semua yang wish melalui mesej, facebook, face to face, mana-mana jelah..

Lagi, dapat sebiji kek, dapat sekuntum bunga, dapat sebuah buku jugak. Ada la jugak hadiah lain selain coklat tu. Adli hadiahkan buku "Diari Sufi". Jazakallah dik, nasib baik akak belum ada lagi buku tu, memang ingat nak beli pun. Terima kasih untuk adik-adik dan sahabat-sahabat yang bagi coklat yang comel-comel...nisa', if, habsah, hanan, anas, a an, ahmad, ina, dan yang tak tersebut di sini. Syukran kathir. (^^,)


Ramai yang tak pernah kenal pun sebelum ni, baru je kenal masa program. Bila dah bekerja bersama ni cepat je jadi rapat, lagi-lagi time kelam-kabut, time ada tekanan, time kena marah. Sama-sama tension, sama-sama penat, sama-sama tak cukup tidur. Precious moment. Sampai anas cakap 'rindu nak berjaga malam kat kaed gallery'. Bagus betul adik akak ni. 


Lepas ni boleh la buat kerja part-time kat situ ye dik, hehe... Tak nak cerita panjang dah, sekadar update. Semoga ukhuwwah ini akan terus berkekalan, insyaallah. :)

3 comments:

munadhia said...

salam.hepi befday kak ji, yan trlupa. maaf sgt2... btw, kalu sronok bjaga kt kaed galeri, ckp kt anas mai la jdi dak kaed. hehe, hari2 bleh brmalam d sini. =) now pc yan d kaed, sbb tu 24 jam kt asek bertemu je. hehe~ k la, ad klas.salam.=)

btw, tahniah smua, pesta coklat jarang2 gi walaupun dok d kaed, tp, slalu ushar dr atas. ;p

mohamad said...

Saya mahu membaca...tetapi diganggu kartun yang duk kat bucu belah kiri.

"gemerlapkan hatimu dengan cinta Allah dan Rasulullah"

Ape2 pun..tahniah

morsmode said...

huhu, hari tu ingat nak pergi coklat fair, tapi tak dapat.

btw, the choc looks nice!



-kanakkanak cfs-