Followers

Tuesday, October 26, 2010

Kurang stabil...kuatkan semangat!

En.Stress, sila pergi main jauh-jauh. Jangan kacau saya sebab saya dah nak exam beberapa hari lagi. Boleh tak cakap macam tu? Huhu... 

Masa ni jugakla tension tu nak datang. Sudah-sudahlah dengan assignment dan presentation yang dah berlalu tu. (Alhamdulillah semuanya sudah selesai) Sekarang ni, bertenang. Fokus. Saya cuba, tapi...susahnya. Emosi tak berapa stabil sejak beberapa hari ni menyebabkan saya rasa down. Rasa macam nak menangis je. I'm crying! T_T Cuba untuk pujuk diri dan sabarkan hati. Kuatkan semangat!


Saya suka baca blog sahabat-sahabat yang lain. Kadang-kadang, di sebalik kisah yang dikongsi, terselit peringatan untuk diri. Membaca tulisan seorang sahabat merangkap adik saya, izyan, "If you see someone without a smile, give them yours. aku cuba tersenyum dengan harapan kalian tersenyum, aku cuba ketawa dengan harapan kalian ketawa. Tapi, maaf kadang2 aku termenangis menyebabkan kalian menangis. Kawan2ku, ini bukan pengakhir segalanya, ini hanyalah titik pemula. insyaAllah, kita boleh lakukannya!" K.jie suka ayat yan yang ni, izin share ye. :)
 

Adakalanya kita lemah, tapi perlu kuat untuk orang lain kuat. Saban malam bertemankan bacaan al-Qur'an alunan Syeikh Saad al-Ghamidi. Makanya, laptop dibiarkan terpasang sehingga pagi. Ingin mencari sedikit ketenangan jiwa di tengah-tengah kecelaruan minda dan keserabutan emosi.


 ~terima kasih untuk ini, makan coklat juga membantu saya untuk reduce stress..huhu~

Pesan pada diri, sabar ye Jie... Be strong!

4 comments:

fiqhullughah said...

salam k.jie..kuatkan semangat ya!..yeah k.jie bole,sbb kak jie hebat,sbb org lain xdpt ujian yg k.jie dapat..hee

sufygirl said...

sabar ye, jie..hehe
tq, dik! ;)

batrisya qistina said...

nak stabil?mudah je.tidur jgn bangun ;p

=))

sufygirl said...

tidur jangan bangun tu maknanya kena tunggu masa DIA panggil..tidur selama-lamanya...(muhasabah)