Followers

Wednesday, October 27, 2010

Sebuah puisi, hadiah untuk diri. :)


"Assalamualaikum." ditegur oleh seorang adik melalui facebook.

"Waalaikumussalam. Ye, dik." saya membalas.

"Akak lahir tahun berapa ye?" tiba-tiba ditanya dengan soalan ini.
"Lagi tua dari sufi. Kenapa? Nak bagi hadiah birthday ke? :P "


"Nak hadiah? Ana nak bagi ni."


Selamat hari lahir.
Semoga sentiasa thabat dalam perjuangan dan senyuman insyaAllah.

Hari ini pantai, dan esok tetap pantai.
Kau jengukkan wajahmu senang,
Terlukis namamu,
Tenang.

Setiap ruang berlalu, rindu.
Kau didik dirimu, malu.
Kau tanya padamu kalbu.
Sampai bila?
Dalam senyum, kau berlagu.
Sampai jumpa Tuhanku.

Menitip susunan sunnah.
Kau bangun menggenggam amanah.
Ditanya bukahkah susah?
Tak mengapa, kerana diriku Nazirah.

Akak tak pandai menulis, apatah lagi berpuisi. 
Terima kasih untuk bait-bait yang indah ini. 
Syukran ye, majdi. ^_^

1 comment:

light 0F happiness said...

salam akak, indah sungguh puisi ini :)