Followers

Monday, November 1, 2010

Sayang kamu! (♥◕‿◕♥)

Ingin kupersembahkan bait-bait ini buat tatapan sahabatku...
Yang pernah bersama dalam suka dan duka,
Yang pernah berkongsi tangis dan tawa,
Yang pernah jatuh bangun bersama.

Terima kasih Ya Allah, kerana menghadirkan insan-insan ini dalam perjalanan hidupku untuk meraih cinta-Mu! 

♪♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫

 

Wahai sahabat2ku tersayang... 
Ukhuwwah adalah janji yang dilafazkan dalam hati...
Tak bersuara, tak tertulis, tak terputus walaupun berjauhan...
Tak berubah walaupun masa berlalu...
Bersabarlah dalam meniti putih hitam ranjau kehidupan...
Doaku sentiasa agar dirimu diperteguh hati dan jiwa sebagai wanita yang tabah dalam perjalanan merebut redha-Nya... 
Rindu itu anugerah-Nya...
Moga dengan nikmat rindu itu membawa kita semakin dekat dengan-Nya... 

**********************************************************
  
Kupohon pada-Mu Ya Allah...
Moga ukhuwwah kami teguh buat selama-lamanya... 
Kerana dia sahabatku, kerana pada jalan-Mu kami bertemu...
Kerana hati kami bertaut ketika memadu kasih dan sayang-Mu...
Kupohon, lindungilah dia dengan maghfirah-Mu...
Agar kekuatannya terletak pada taqwa dan iman, bukan pada nafsu... 
Agar jiwanya tak mudah dimamah bisikan syaitan, agar tak dipahat jamuan hiasan duniawi yang pastinya palsu dan merugikan... 
Kupohon agar hatinya bersarang rindu untuk bertemu pencipta-Nya hingga saat kami bertemu di sana... 
Ameen…

6 comments:

munadhia said...

salam.kak ji, bila masa gmbr ni...btw, mau2. ;p

sufygirl said...

ws, syg..

1st day awal2 sem dulu, time kte sambut birthday ramai2..lalala~

boleh2, ada baaaaanyak lg ngan k.jie..^_~

lailafillah said...

kak..awat nye laila xde. ni gambar bile? ish..jeles ni ambik gambar tak gitau and tak ajak..gawat2..mau ku serang mereka2 ini..uhu

sufygirl said...

ntah, nape laila takde ms ni ye?
ooo nak serang ey? sila2..:P

fiqhullughah said...

Sayang kamu juga..walaupun xde gambar dlm ni..hehe..

sufygirl said...

takpe..sayang rahmah jg! ;)