Alhamdulillah berakhir sudah final exam untuk semester ini. Bolehlah bernafas dengan lega. Dan betulkan biological clock saya yang 'rosak'. Asyik tak menentu je waktu tidur. Memang jadi tak normal sikit sejak exam ni. :P
Hari ini berakhir dengan dua paper, pagi dan petang. Lepas habis exam pagi tadi, pergi HS cafe dengan fiza. Mulanya nak beli dan makan di masjid, tapi ada meja kosong tepi penjuru tangga (agak terlindung), jadi kami duduk situ je.
Lepas makan, sambung study. Terima kasih fiza, sebab jadi tutor tak rasmi k.jie tadi. Walaupun dah habis exam, tapi sanggup teman k.jie study, siap ajar pulak tu. Terharunya saya. :) Fiza balik bilik, saya ke masjid untuk solat zohor. Belek-belek nota sekejap sebelum ke main hall CAC.
Lepas makan, sambung study. Terima kasih fiza, sebab jadi tutor tak rasmi k.jie tadi. Walaupun dah habis exam, tapi sanggup teman k.jie study, siap ajar pulak tu. Terharunya saya. :) Fiza balik bilik, saya ke masjid untuk solat zohor. Belek-belek nota sekejap sebelum ke main hall CAC.
Leganya bila dah habis exam! Huhu... Lepas tu terserempak dengan wan, dia pun exam kat main hall. Then kami ke masjid untuk solat asar. Tiba-tiba je rasa sayu, dah mula rasa rindu kat masjid UIA. Kenapakah? Sebab akan meninggalkan UIA kot? Ada setahun lagi la kat sini.
Keluar dari masjid, pandang langit. Subhanallah, cantik! Apalagi, kami pun memulakan sesi fotografi. Guna handset je pun. Kalau boleh ber'DSLR' ni memang sangat best lah! ;)
Sambil tunggu wan pergi pulangkan buku kat library dan keluarkan duit, saya pun tangkap gambar lagi.UIA semakin sepi sebab ramai yang dah balik. Nampak lengang je. Sunyi. Lagi lah selamba ambil gambar kat situ.
Kemudian kami sama-sama berjalan kaki balik mahallah. Sambil menghayati keindahan alam, sambil merakamkan keindahan alam. ^_^
Sekian sahaja aktiviti bersama wan selepas exam petang tadi. Tapi langit itu memang sangat cantik kan? (●*∩_∩*●)





2 comments:
i LOIKE!!! hehehe...
jie patot amik photography skills! hehe
Post a Comment