"Kak, nak tanya..." seorang adik mendekati saya.
"Ye...?" saya memandangnya.
"Erm..boleh ke pakai purdah masa solat?"agaknya dia pelik tengok saya berpurdah selepas mengaminkan doa.
"Setahu akak, memang tak boleh. Kenapa?" saya bertanya kembali.
"Jadi masa solat tadi akak buka purdah ye?" saya tersenyum dengan soalan itu.
"A ah, lepas bagi salam baru akak tutup balik." saya menjelaskan.
Masa tu ada majlis liqa' wada' dan solat hajat untuk anak negeri. Buat di tempat terbuka dan tiada penghadang. Jadi saya hanya buka purdah selepas imam mengangkat takbir dan terus pakai semula sebaik saja selesai memberi salam.
Hanya secebis kisah yang ingin dikongsi. Ini pula perkongsian dari blog sahabat saya, syahida. Artikel penuh boleh baca di sini. :)
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸. ••.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.••.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
"Macam mana awak makan, pakai penutup muka ni?"
"Saya makan macam mana orang lain makan, macam mana awak makan? Macam tulah sy makan. Tak tahulah kalau awak makan pakai tiub hospital.."
******************************************************************
"Boleh bernafas ke pakai macam ni?"
"Tak pernah pulak dengar doktor pakai mask untuk bedah org, tiba-tiba mati mengejut sebab tak dapat udara cukup? Org yg takutkan H1N1 pun okey je berjalan...Apatah lagi kain ni labuh dan ikut sepoi-sepoi angin."
*****************************************************************
"Fanatik. Extreme. Menjauhkan bukan islam pada islam."
"Saya fanatik pada apa? Kain ni tak sampai semeter. Lainlah kalau saya buat niqab dari bendera Malaysia dan buat satu bendera jadi jubah saya..itu namanya fanatik. Extreme? Saya tak pernah keluar bawak M-16 atau Hk Gun. Macam mana nak katakan saya extreme?? Menjauhkan? Islam tidak lahir dari pakaian. Jadi mengapa perlu lari darinya? Dan mana yang awak fikir menjauhkan....memakai skirt pendek, masuk club dan bercumbuan padahal IC trang tang tang ISLAM, atau berniqab?"
*******************************************************************
"Orang pakai niqab ni tunjuk baik je. Padahal lebih teruk. Saya ni pakai tudung labuh jugak. Tapi takdelah sampai tak nak berkawan dengan org lain. Macam awak tu seorang je yg fasih agama. Nak cari yang geng dengan dia aje.."
"Bergantung pada niat seseorang. Pakai niqab kerana apa. Pandangan manusia? Pandangan ilmu? Pandangan hati? Atau semata-mata kerana untuk pandangan Allah swt? Jangan kita biasakan menuding pada orang, tak perlu salahkan org lain, salahkan diri kita dahulu. Berlapang dadalah.. Jika rasa mampu untuk menegur, tegurlah dengan penuh hikmah. Memakai niqab bukan untuk tunjuk diri lebih bijak dari org lain. Tapi untuk menghijabkan diri dari yang fatamorgana. Cubalah duduk memecah kesayupan hati gadis berniqab. Mereka mahukan tarbiyyah, bukan tundukan semangat.."

"Wajib ke pakai ni? Bagi hadis ke apa2 yang boleh mengukuhkan hujah korang pakai benda ni? Mengarut dan dianggap macam bida'ah. Takde dalam al-quran. Dan hadis pun. Bukan ke wajah dan tapak tangan bukan aurat? Yang nak tambah2 perkara ni dalam Islam buat ape?"
"Berlapanglah dadamu wahai sahabat.....Aku titipkan hadis yg dikutip dari perkongsian bersama sahabat-sahabatku..:
Hukum wanita menutup muka dengan menggunakan niqab semasa ihram haji atau umrah adalah tidak boleh berdasarkan hadis Rasulullah saw :
لا تنتقب المرأة المحرمة ولا تلبس القفازين
Janganlah wanita yang sedang berihram (haji / umrah) menutup mukanya (memakai niqab) dan memakai sarung tangan.
(Hadis Imam Bukhari : 1012 dan Imam Malik dalam al-Muwattho : 633)
Maka berdasarkan kepada hadis di atas , seseorang wanita yang sedang ihram haji / umrah itu tidak boleh menutup mukanya.
Adapun tentang hadis Saidatina A'isyah r.a yang menutup mukanya ketika berada bersama-sama dengan lelaki ketika ihram sebagaimana hadis dibawah boleh dijadikan hujjah untuk para wanita menutup muka :
كنا إذا ساوى بنا الرجال أسدلنا على وجوهنا وإذا سبقناهم كشفنا وجوهنا
Ketika kami berada bersama-sama (sebaris) dengan lelaki , kami akan menutup wajah kami , dan ketika kami mendahului mereka , kami akan membuka wajah kami.
Wa Allahu A'alam.
.....terfikir kah sahabat, bukankah ini sebahagian 'hint' di zaman Rasulullah SAW, lebih-lebih lagi Saidatina Aisyah r.a. memang memakai niqab. Jadi kenapa mempertikaikan?? Lebih rela menegur wanita yang memberatkan aurat daripada membuka auratnya?"

Satu statement yang saya jumpa (di ruangan komen blog syahida), tentang kenapa berniqab, "Ana berniqab, kerana dahulu ana sangat liat untuk bangun solat subuh dan solat 5 waktu.. Apabila niat ana utk berniqab, ana merasakan ada kekuatan di niqab ini. Ana berasa malu dengan kain yang sepanjang 1/2 meter ini di muka tetap setia di wajah ana. Tetapi jasad ana tidak setia sujud syukur kepada-Nya. Maka setiap kali ana terlewat solat, ana akan beringat, jagalah nama baik niqabis yg lain".
~Masih dan sentiasa dalam proses mengislah diri~

17 comments:
Awak buat saya tersenyum baca entry ni... ^_^
hai, syg! ^_~
bukan ke jie memang selalu buat husna tersenyum? lalala~
salam akak......
perkongsian cerita2 niqob yang besh~
i like ^_^
heheh
salam akk... i like this entry ^____^
w'slm, dik..
kalau nak cite sume memang sangat banyak kisah & insiden yang berlaku..hehe
kongsi sikit2, amik yang mana baik je..:)
Bismillah.
syukran ukhty..
jawapan yg menarik dn prkongsian yg best! ^^
Islam tidak lahir dri Pakaian..~
bkn berniqab itu sbgi fesyen.
bkn jg sbgi tarikan / ekstrim..
tp itu slh satu pnghijab hati dn diri...dr dunia..
dr fitnah dunia..
bkn smua mnusia yg fhm..
tidak mnjadi mslh jka mreka mngata sbaliknya..(= namun, Allah tahu tujuan kita memilihnya..kan?
syukran 'ala ziarah. :)
setiap orang bebas membuat pilihan sendiri, asal tidak lari dari landasan agama.
yang penting tutup yang wajib, selebihnya terpulang.
wallahu a'lam. ^^,
"Macam mana awak makan, pakai penutup muka ni?" ~ pakai mulut ler..takkan pakai hidung..adoyai..tu pon nak tanya =))
"Boleh bernafas ke pakai macam ni?" ~ ckp je, tak nampak ke saya tgh bawak tangki oksigen ni kat belakang ni..hehe..
kelakar dgn soklan2 pelik..ngeee
pape pon kamu kan model iklan colgate ~ lalala ~ mana anas tak datang2.ngee
ahmad, dah lama k.jie nak tanya sebenarnya, kenapa guna nama 'batrisya qistina' tu? siapakah? :P
kamu selalu kenakan saya dan buat saya tergelak sorang2..lalala~
tiba2 je..xhabis2 dengan nak sakat orang, lagi2 bila geng ngan anas..sabar jelah..huhu
adik k.jie yang tu tengah exam.. :)
hmm, tuan punya blog mungkin memiliki kecantikan pesona zulaika..ha,ha bergurau sahaja maaf kiranya terasa. saya berpandangan macam ini. hmm agak kesian bila tgok waktu diorang makan itu saja...apa-apa saya menghormati pilihan masing-masing...:) jangan marah ya
salam..bagus entry pasal niqab ni.. tetapi..sedikit peringatan ringkas..jika rase memakai niqab or tudung labuh dpt memberi impak kepada islam, tdk membuat org lain pandg buruk pada islam, maka pakailah, tetapi jike belum bersedia, sehingga kerana kite seorang, org memandang buruk kepada semua org yang bertudung labuh or berniqab.maka, cukuplah sekadar menutup aurat dengan baik seperti yang disarankan islam.. bile mane kite berniat mengislahkan diri, bukan sahaja dari segi pakaian, tetapi juge amalan, akhlak dan adab seorang muslim.. waAllahua'lam..
kalau hebat cubala teka..ngeee~
Mungkin adat orang yang tidak memakai niqob begitu. Bila dia dah pakai, baru dia tahu. Bak kata org, tak kenal maka tak cinta kan? hehe.
Alhmdllh , semoga Allah beri kekuatan pada kita semua (esp niqabis) utk istiqamah dalam redha Allah.
Jzkk ukhti ;)
en.ahmad, saya tidak sehebat awak untuk berteka-teki..
dengan k.jie pun nak berahsia..berkira betul! huh! :P
jazakumullah atas pandangan semua.⎝⏠⏝⏠⎠
teringat pesanan seorang senior sewaktu di sekolah dahulu "jangan takut untuk dikritik & jangan terlalu mengharap untuk dipuji".
penampilan luaran manusia mampu menilai, itu cuma dari pandangan zahir. hakikatnya hanya Dia yang mampu menilai hati kita.♥◕‿◕♥
moga sama2 diberi kekuatan untuk perbaiki akhlak & istiqamah, insyaallah..:)
~nobody is perfect~(◡‿◡✿)
salam..kak jie..tebaiklah entry..anyway moga istiqamah..
w'slm, dik..
sharing is caring..
doakan..ameen.ツ ✿ ✰
Post a Comment