Followers

Thursday, November 4, 2010

Jaga exam semasa musim exam...

Final exam masih belum selesai. Tapi dah buat tugasan lain-jaga exam. :)

Hari ini saya dan beberapa orang sahabat ke selayang, jaga exam untuk budak-budak PASTI. Pagi-pagi lagi dah bertolak dari UIA. Exam bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi. Sejam je. Seronok tengok kanak-kanak comel ni menduduki peperiksaan. Macam-macam gelagat.

Semua rilex je, tak ada yang nampak stress. Tapi ketika masa hampir tamat, ada yang menangis sebab tak dapat jawab soalan. Kesian! Huhu...

~sebelum peperiksaan bermula~

~peperiksaan sedang berlangsung..tak macam exam sangat pun..huhu~

~tekun menjawab soalan..sempat lagi snap..hehe~

Biasalah budak-budak, memang tak boleh duduk diam. Sampai kena tegur suruh duduk elok-elok. Sekejap pandang kiri kanan, sekejap kotak pensel jatuh, sekejap kertas jatuh, paling banyak yang bertanya sebab tak faham soalan. Tak semua mampu membaca dengan baik. Ada yang dah berkali-kali terangkan kehendak soalan pun still tak faham juga.

Lepas kutip kertas soalan, terus check masa tu juga. Best juga sekali-sekala marking kertas peperiksaan budak-budak PASTI. Senang je, tak ada skema jawapan pun. So, pandai-pandai sendiri la nak tanda. :P

~sedang memeriksa kertas peperiksaan~

Biasanya memang mak ayah yang hantar dan temankan budak-budak ni. Ada seorang kakak, dia pegang baby. Apalagi, saya pergi dekat kakak tu, "Comelnye dia...kak, pinjam jap." Tak malu betul. Lalala~ (◕‿◕Tapi sempat la beramah mesra dengan kakak tu sekejap. (◡‿◡✿)

~syaza huda~

~tak nak senyum la pulak time amik gambar ni...~

Next paper sabtu ni. Kena pulun betul-betul sementara masih ada waktu yang berbaki. Sempat lagi update blog. Ok, sambung study! Sekian. (◕‿◕✿)

No comments: