Followers

Thursday, April 21, 2011

Kerana muhasabah itu perlu.

Tadi, seorang sahabat merangkap adik tegur saya melalui YM. Dan dia tak suka dipanggil 'adik'. :P Tak apalah, tak letak nama pun.


Adik: Kenapa status FB semalam?


Saya: Yang mana?


Adik: Yang last semalam.


Saya: Kenapa tanya 'kenapa'?


Adik: Sebab ia memerlukan jawapan. 


Saya: Akak dah cakap, masalah akak, i won't tell u.

Saya: 

Saya: Tak ada apalah, cuma ada sedikit 'teguran' untuk akak muhasabah.

Adik: 

Status yang dimaksudkan...

Kifarah tarbiyyah dari Ilahi... 
Allah...halus sungguh teguran-MU...
~Be rational, don't be emotional. Sila kawal emosi~





Ada perkara yang kita boleh kongsi dengan orang di sekeliling, ada perkara yang kita cuma boleh 'berkongsi' dengan Dia sahaja. Walau apapun, muhasabah itu sentiasa perlu. Kadang-kadang (malah selalu) kita melakukan kesilapan tanpa menyedari kesilapan tersebut. Bila fikir dan renung balik, baru sedar yang kita dah buat silap. Astaghfirullah~


Banyak cara yang Allah boleh tegur. Saya jadi 'ter'malu sendiri dengan teguran tak langsung dari seorang sahabat (yang thiqah). Yang menyebabkan saya rasa hampir mahu menangis. Tak perlu berkongsi 'kesilapan' tersebut. Saya rasa itu adalah common mistake yang selalu orang buat. Lagi-lagi bila diri sedang dikawal emosi, bukan kita yang mengawal emosi.


Jadi, jangan cepat melenting atau terasa hati kalau ada sahabat yang menegur, sebaliknya fikir dan muhasabah kembali. Sahabat yang baik umpama 'cermin' kan? :) Belajar bertenang dan fokus juga. Kalau dapat improve sedikit demi sedikit pun ok dah.


Konklusinya, kalau nampak atau rasa saya ada buat silap, cepat-cepat tegur ye. Saya pun nak jadi baik juga. Tolong betulkan dan ingatkan. Sama-sama kita cari redha Allah.


"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, 
dikurniakan-Nya seorang teman yang soleh. 
Apabila terlupa diingatkan dan apabila teringat ditolong oleh temannya itu."  

4 comments:

puteri semut yang pemalu tapi comel (*_^)/ said...

hari2 Allah pujuk kita dengan pujukan yg lembut...kite jek yg tak perasan... huhuhu

sufygirl said...

k.yuz..

time kasih cik puteri semut.
chumell nye profile dia..hehe~

Yup, banyak yg kte xperasan.
Kita tak pernah sepi sebab kita sentiasa ada Pemerhati. :)

sufygirl said...

*profile pic

puteri semut yang pemalu tapi comel (*_^)/ said...

takpe awk jgn risau ek...awk lg comell drpd akak..(^_^)/