Followers

Saturday, April 16, 2011

Sayonara.

Berakhir sudah sisa-sisa waktu di UIA untuk semester ini. Perasaan yang bercampur-baur. Sebab cuti yang sangat panjang? Sebab berpisah dengan kawan-kawan? Entah.

Final exam dah habis, alhamdulillah. Tapi risau dengan result pula. Haishhh, banyak sangat fikir ni. -_-" Doa dan tawakkal.

Barang masih dan sedang dikemas (sempat lagi update blog). Sakit kepala menyerang semalam, pagi ini masih terasa. Sengaja tak mahu mengambil panadol (boleh je nak telan paracetamol, stok banyak kakak bagi). Petang nanti abang datang ambil barang, insyaallah malam ni bertolak balik. Lusa dah mula praktikal. Lepas 3 bulan masih ada cuti yang berbaki, boleh isi dengan aktiviti lain pula nanti.

Cuti selalu sinonim dengan kenduri. Dah banyak jemputan dari sahabat-sahabat UIA. Insyaallah cuba untuk menghadirkan diri. Dan...anak saudara saya juga bakal menamatkan zaman bujangnya, he's 28 already. Tak lama lagi jadi 'nenek saudara' lah pula? Oh, tuanya! Huhu.

I'm gonna miss my UIA, dah tak boleh nak 'bercinta' dengan masjid UIA lepas ni especially time ramadhan nanti~iftar, terawih, tadarus... Lamanya...

Mood sekarang, entah. Tapi lebih kepada sedih. :( Apahal pulak ni? Dah, dah, dah...sambung kemas barang.


No comments: