Followers

Saturday, April 30, 2011

Sesi bercerita? ツ

Rasa macam dah lama tak menulis. Entry copy paste sekadar update blog yang tak seberapa ni. Harap-harap masih ada manfaat yang boleh dikongsi.

Berada di rumah memang lain suasananya berbanding dengan berada di kampus. Apatah lagi bila berjauhan dengan sahabat-sahabat, cuma sms sebagai penghubung. Juga facebook dan ym. Kamu-kamu yang rindukan saya harap tabah ye. Ok, agak perasan di situ. :P

Kalau orang tu seorang yang rajin update blog dan rajin pula bercerita, senang je nak tau perkembangan tentang dirinya. Ada sahabat yang pernah cakap macam tu dengan saya. Dan semasa sedang ber'sms' boleh pula dia cakap, "K.jie jangan termenangis lagi ye". Adeh~ Sebab saya ada tulis dalam blog.

Itupun kalau saya rasa nak menulis lah. Mood menulis masih ada, tapi sekejap naik sekejap turun. Huhu.

Saya tak nak tulis benda yang sedih-sedih lagi dah, nanti ada orang tanya pulak, "Kenapa jie asyik sedih je?" Walaupun tak adalah sedih mana pun. Hehe. Macam tu juga bila saya baca blog sahabat-sahabat lain, ada yang asyik sedih dan down je, diuji dengan pelbagai masalah (banyakkan bersabar ye, kak) ada yang sentiasa happy, ada yang sibuk dengan pelbagai program, aktiviti, etc.

Bagi saya, tak salah untuk bercerita. Ada sesetengah orang berpendapat, hal peribadi tak patut ditulis untuk tatapan umum. (Ada kawan cakap, jawab je "suka hati aku la blog aku...") Terpulang pada pandangan masing-masing. Ambil apa yang baik, tinggal apa yang tak baik.


Ok, sambung.

Ramai sahabat-sahabat yang sedang praktikal sekarang. Tak kiralah course human science, law, engineering, ICT, dan lain-lain. Maka jadilah kami seorang yang berkerjaya (tanpa gaji, ada juga yang dapat elaun) untuk beberapa bulan ini.

Alhamdulillah kerja pun dah mula bertambah. Masa mula-mula masuk office hari tu sangatlah boring sebab tak ada kerja. Baca buku jadi ubat tidur pulak, sebab duduk diam memang akan jadi lagi mengantuk. Haishh... Maka saya pun tanya lah kakak-kakak di situ kalau ada apa-apa kerja yang boleh dibantu. Mereka semua baik-baik, siap ada yang belanja makan lagi. :) Harapnya dapat jaga hubungan baik dengan semua orang.

Agak terkilan tak dapat join rehlah AMAL dengan sahabat-sahabat ex-maahad yang lain, sebab terpaksa menghadiri kursus. Jadi urusetia, bukan peserta.

Bos saya cakap "If you want to learn and gain experience, join lah." Walaupun terpaksa bekerja semasa cuti, it's ok sebab boleh tambah pengalaman. Lagipun program memang diadakan semasa hujung minggu. Sebelum-sebelum ni pun memang dah masuk meeting, sekadar jadi pendengar dan pemerhati. Sangatlah lama. 3 jam ada, 4 jam setengah ada, sejuk pula tu.

Dapat tengok suasana meeting 'orang-orang dewasa'. Of course lah saya yang paling muda. Dan, dressing saya juga tak sama dengan orang lain. Tapi saya tak rasa janggal pun. Tak ada masalah dengan jubah dan tudung labuh, dan tak rasa nak tukar imej pun.

Sebelum ni cuma meeting di kampus time ada program. Meeting pula waktu petang atau malam. Yang ni meeting pagi-pagi, sampai tengahari lah jawabnya. Nasib baik juga dah biasa meeting lama-lama ni. Cuma perlu tingkatkan kesabaran di samping menahan mata yang kadang-kadang hampir tertutup. Sila biasakan diri dengan situasi ini. :P

Ada seorang sahabat muslimin, merangkap adik, sedang praktikal di KL. Dia dan bosnya masing-masing hafiz, katanya bos ajak mengulang sama-sama. Bagusnya. Macam best je. :)

Apa khabar agaknya sahabat-sahabat yang lain ye? Harap-harap semua tugasan dapat dilaksanakan dengan baik. Take it as our amanah dan tanggungjawab, lillahi ta'ala. Insyaallah Dia akan permudahkan segala urusan kita. Kalau ada masa lapang tu, boleh luangkan masa untuk dhuha di pejabat. Tak rugi pun, dan tak lama pun.

2 minggu pertama sudah berlalu, 10 weeks to go. Allahumma rabbi yassir wala tu'assir. Ameen.

P/s: 30 April 2011~ Selamat pengantin baru buat sahabat merangkap adik, 
                                     Lina Mursyidah Hamzah.
                                 ~ Selamat hari ulangtahun yang pertama buat si kembar 
                                    alya syuhada dan alya syahira.
                                    (Permata hati shahid dan amalina)

No comments: