Bermalam di bilik seorang sahabat. Pagi esoknya, ada seorang sahabat lain datang. Buat kerja sambil bersembang, katanya tengah sibuk, banyak kerja, kelam-kabut, terkejar-kejar nak buat itu ini.
“Dahlah semalam tak solat dhuha, tak senonoh betul”, katanya merujuk kepada diri sendiri.
Saya cuma diam, terasa macam terkena kat diri sendiri.
Saya cuma diam, terasa macam terkena kat diri sendiri.
~Allah nak tegur~
Situasi 2
Dalam bilik, waktu pagi. Tak kiralah waktu ada kelas atau tak, kadang-kadang ternampak roommate (junior) compartment sebelah sedang solat dhuha, sedangkan waktu tu saya belum solat dhuha, atau tak terasa nak dhuha pun.
Jadi ‘ter’malu sendiri. Susah sangat ke nak buat? Tak pun.
Jadi ‘ter’malu sendiri. Susah sangat ke nak buat? Tak pun.
~Allah nak tegur~
Situasi 3
Hari minggu. Masuk bilik air, basuh cawan dekat sink. Antara dua, nak amik wudhu’ ke tak. Padahal boleh je amik wudhu’ terus, bukan susah pun. Lepas tu kawan bilik depan masuk bilik air, nampak dia amik wudhu’, sah-sah dia nak solat dhuha. Sempat tegur sekejap. Lepas dia keluar, saya pun amik wudhu’, sebab rasa macam takkanlah nak keluar macam tu je, alang-alang dah kat bilik air.
~Allah nak tegur~
Situasi 4
Sedang berusrah. Salah seorang adik usrah cerita, semasa gap antara dua kelas, dia ke masjid. Lecturer dia (yang akan mengajar next class) nampak dan tanya dia nak ke mana, dia bagitau nak solat dhuha sementara tunggu kelas seterusnya. Lecturer dia pun nak ikut solat jugak, tapi kat bilik lah. Dan dia bagitau tentang kelebihan solat dhuha pada lecturer tu. Allah dah bagi macam-macam nikmat, takkanlah ‘kedekut’ sangat nak solat dhuha 2 rakaat?
Muhasabah lagi, saya ni ‘kedekut’ sangat ke nak luangkan masa untuk dhuha?
Muhasabah lagi, saya ni ‘kedekut’ sangat ke nak luangkan masa untuk dhuha?
~Allah nak tegur~
Banyak lagi 'teguran' Allah sebenarnya.
Bukan hanya tentang Dhuha.
Dalam situasi lain juga.
Mungkin cuma saya yang tak perasan.
Atau terlepas pandang.
Kalau agak-agak hati tu ‘keras’ sangat, cuba ‘ketuk’ sikit.
Bila Allah dah ‘tegur’ macam tu, masih nak buat tak tau lagi ke?
Untuk diri yang bernama Nazirah terutamanya.
Bukan hanya tentang Dhuha.
Dalam situasi lain juga.
Mungkin cuma saya yang tak perasan.
Atau terlepas pandang.
Kalau agak-agak hati tu ‘keras’ sangat, cuba ‘ketuk’ sikit.
Bila Allah dah ‘tegur’ macam tu, masih nak buat tak tau lagi ke?
Untuk diri yang bernama Nazirah terutamanya.
Terima kasih atas ‘teguran’-Mu. :’)



2 comments:
huhu.. T__T
subhanallah..pengajaran buat diri ini jga..
~ sharing is caring..(^_~) ~
Post a Comment