Awak suka teguran yang macam mana?
- Cakap berkias/berlapik
- Sindir/Perli
- Straight to the point/direct
- Cakap berkias/berlapik
- Sindir/Perli
- Straight to the point/direct
Kalau saya, sindiran atau perlian akan buat saya rasa lagi sakit hati dan tersinggung. Nak cakap berkias atau berlapik pun boleh, tapi jangan sampai buat orang tak faham langsung, nanti tak sampai maksud pula sebab cakap yang tersirat je. Sebaiknya tegur direct, terus-terang je. Tapi, janganlah menghentam habis-habisan atau menghukum terus.
Kita kan ada adab, hati orang pun kena jaga. Tak semua orang boleh terima cara kita. Kadang-kadang, even bergurau pun boleh buat orang kecil hati. Susah kan nak jaga hati orang?
Mungkin, hatinya seperti kaca, mudah tercalar, mudah retak dan pecah.
Mungkin, hatinya seperti kertas, mudah carik dan terkoyak.
Mungkin hatinya seperti marshmallow, senang cair.
Err, ada ke orang buat perumpamaan hati macam tu? ~~”
Mungkin, hatinya seperti kertas, mudah carik dan terkoyak.
Mungkin hatinya seperti marshmallow, senang cair.
Err, ada ke orang buat perumpamaan hati macam tu? ~~”
Saya cuma punya satu hati yang Allah bagi.
Di dalamnya teradun pelbagai ‘rasa’.
Kadang-kadang sukar untuk dijelaskan.
Hati ni kan sifatnya berbolak-balik.
Sebab tu kena sentiasa doa ditetapkan iman.
Teringat semasa mesej dengan seorang adik, katanya lebih ramai orang yang suka bercakap di belakang, berbanding dengan menegur dan membetulkan silapnya. Panjang lebar mesej dengan adik saya ni, tapi saya Cuma mahu kongsikan bait-bait terakhir antara yang disebutkan dalam mesejnya.
“Saya faham. Jazakillah khair atas perkongsian Kak Jie ni, insyaallah akan dimanfaatkan sebaiknya. Life is about learning process. Ada yang rasa ok, ada yang rasa menyampah. Kan? Wallahu a’lam. Tak tau sebab takde orang bagitau, sekadar bersuara di belakang. Tak ramai kawan yang nak bawa ke syurga. Jazakillah kak. Uhibbuki!”
Memetik kata-kata ustaz pahrol, beliau ada menyebut,
“Yang kita harap dari manusia cuma dua - nasihat dan doanya. Itulah dua hadiah yang akan mengeratkan ukhwah kerana Allah. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah... Kerana ada doa dan nasihat yang mengikat hati ketika jauh dan dekat.”
Jadi, sama-samalah jadi sahabat yang menegur untuk kebaikan sahabat kita, yang mahu sama-sama ke syurga. Tak ada yang sempurna, tapi sama-samalah kita ‘menyempurnakan’ antara satu sama lain. Pandang kebaikan sahabat, bukan keburukan. Betulkan kesalahan sahabat kita, bukan mengungkit kesilapannya.
Saya pun tak sempurna. Kalau ada yang salah, tegurlah.
Saya akan sangat menghargainya.
Saya akan sangat menghargainya.
Terima kasih. :)



1 comment:
Assalamualaikum jie .... salam ukhuwah... salam taaruf :p =)
Hehe... syikin mengaplikasikan ke 3 cara tersebut...
yang penting.. better kita menegur , tgg jawab sesama muslim sebab kita sayang mereka kerana Allah.. tak kira sama ada family, sahabat .. dan etc
direct - Mereka yg betul2 hati utuh dan berlapang dada syikin akan gunakan cara ini .. tetapi jarang sgt...
perli - Biasa gurau2 dengan adik2 .. lapiskan sekali... ehem zauj suka guna cara ni kat syikin.. katanya cara ini "menangkap" sedikit... tu yg ada kesedaran cepat insyaAllah.... ( tp bab ni syikin tersinggung kejap.. but after that .. i'll think... kenapa ya si polan ckp begitu kepada syikin ?? )
berkias @ berlapik - cara terbaik syikin gunakan bersama sahabat... biasa ayat kena berbunga sikit... dan berhikmah banyak... Allah.. mesti letak dalil paling penting jika ada =)
tapi kan jie...
kalau syikin tak boleh buat apa...
syikin akan selalu ingt yang ini...
“Cara memuji paling indah adalah dengan mendoakan..Cara mencela paling mulia adalah dengan memberi teladan”
Post a Comment