Pejam celik pejam celik, ramadhan sudah berlalu, syawal pula bertamu. Bagaimana dengan puasa kita ye? Tepuk dada tanya iman. Sama-sama lah kita muhasabah kembali amalan-amalan kita sepanjang bulan ramadahan ini. Berdoalah mudah-mudahan kita masih berpeluang dipertemukan dengan ramadhan tahun-tahun yang seterusnya, untuk kita sama-sama perbaiki diri dan amal ibadah yang lain. Jadikan madrasah ramadhan sebagai madrasah tarbiah buat diri, untuk menjadi hamba yang lebih baik di sisi Tuhannya bukan sekadar pada bulan ramadhan.
Teringat zaman sekolah dulu selalu dapat kad raya. Seronok. Paling banyak pernah dapat lebih kurang 50-60 keping kad raya dalam setahun tu. Bila posmen datang je, asal ada kad raya je, mesti ada bahagian untuk saya. Tahun ni sekeping pun tak dapat, huhu… Maklumlah sekarang semua pakai sms je, hantar testi kat friendster, guna e-mel, dah canggih dah… Tapi saya tetap simpan semua kad raya yang pernah saya dapat. Sayang. Yang ada muzik pun ada. Dapat kad raya la paling best sebenarnya.
Sejak 2-3 hari ni inbox dah stat penuh dengan mesej-mesej raya yang kawan-kawan bagi. Bila dah penuh sangat tu, nak tak nak kena jugak delete. Macam-macam pantun ada mesej raya tu. Tapi saya nak kongsi satu mesej daripada seorang sahabat di sini,
Ramadhan semakin pergi, Qur’an semakin ditinggali,
Cinta-Nya dialih beri, siwak baginda tiada di hati,
Muda hanya sekali enjoylah kawan sepuas hati,
Mati sekadar diamati,
Dunia dipandang tinggi, kononnya ladang ukhrawi,
Berbuka lagi diperhati, manisnya qiam jarang dirasai,
Bersahur subuh bersepi, azan sekadar dihormati,
Ihya’ ramadhan diaturi, bagai sekolah tiada dipenuhi,
Protokol yahudi dipelajari, commandment dibandingi,
Konsep trinity didebati, ajakan yang SATU susah dituruti,
Aidilfitri disiap rapi, Ramadhan pergi dipandang sepi,
Gagal exam gundahnya hati, Qur’an sekadar syarat diberkati,
Terabainya Qur’an tiada ditangisi…
Semoga ini bukan natijahnya…
Ingatlah teman kita ‘kan pergi…
Kalau ada sesiapa yang dapat mesej sama tentu tahu siapa yang bagi. Thanks ye, yanie..=) Memang kita semua akan pergi mengadap Ilahi suatu hari nanti, kerana itu ketentuan yang pasti, tertulis di Luh Mahfuz sejak azali. Saban hari saya teringatkan arwah k.hajar, dan saya tetap mendoakannya, mudah-mudahan arwah sentiasa tenang di sana.
Ma’as salamah wa ilal liqa’ ya Ramadhan…
Semoga Ramadhan yang ditinggalkan menjadi tapak semaian yang subur, sebagai persiapan untuk membawa kita ke detik kelahiran semula, fitrah kejadian manusia, dalam Syawal yang mulia…
Semoga Aidilfitri ini berqudrat menghantar kita untuk menyertai arus perjuangan menegakkan Islam sebagai deenul haq…
Salam semulia ramadhan seindah lebaran, maaf zahir & batin…(.”)(“,)

No comments:
Post a Comment