Followers

Tuesday, October 14, 2008

BAYANGKANLAH…

Bayangkan benda ini berlaku pada anda…
Suatu hari pada masa sembahyang jumaat yang dihadiri lebih kurang seribu jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Tak nampak apa-apa cuma 2biji mata dan membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki itu bertempik, “Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”.
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk pak imam. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah pak imam sambil berkata, “Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang jumaat”.
Lalu kedua-dua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah…
Macam mana…adakah anda terasa lawak dengan cerita di atas, selain terhibur…anda fikir-fikirkanlah…
“Lawak kan, dari 1000 orang yang mengaku dia Islam hanya 40 yang betul-betul beriman”.
“Lawak kan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan Allah bila menghadapi bahaya. Kedua-dua lelaki itu hanya membawa mesin gun, dia tak kata pun nak bunuh, tapi generasi sekarang amat lemah, baru kena ugut sikit dah lari lintang-pukang, lupa tak sembahyang jumaat lagi…”
“Lawak kan, ramai orang percaya kepada gossip dan apa yang ditulis oleh suratkhabar daripada apa yang tercatat dalam al-Qur’an”.
“Lawak kan, berapa ramai orang yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”.
“Lawak kan, kita boleh bersembang dengan boyfriend/girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada Allah, alahai…tak cukup masa…
Wallahu a’lam…

1 comment:

rindu madinah said...

kelaka jgk bila kedua-dua lelaki tu berpaling dan meningalkan jemaah..hipokrit jgk rupanya..konon nk cari salah org,salah sendiri tak tahu..huuhuu