Syukur ALHAMDULILLAH kerana kita masih diberi peluang untuk menghirup nafas di bumi-Nya sehingga saat ini. Tidak terhitung nikmat Allah, tidak terhitung anugerah Ilahi, tidak terhitung kasih sayang-Nya... Mudah-mudahan kita sentiasa menjadi hamba yang berSYUKUR, insyaallah...Medan imtihan semakin hampir, yang dah start exam pun ada. Sekejap je dah hampir ke penghujung semester. Time exam macam ni ramai la yang 'sakit'. Ada yang tension, serabut, tak cukup tidur, tak lalu makan, sakit otak, macam-macam. Semuanya gara-gara exam, nak pulun study, nak score untuk final.
Tapi dalam kesibukan kita study, jangan lupa untuk serahkan segala pengharapan dan tawakkal kita pada Dia. Jangan sampai terabai kewajipan seharian kita. Jaga hablum minallah dan hablum minannas. Saya menulis, pertama sekali pesanan untuk diri sendiri, inzar buat diriku, dan mungkin ada manfaatnya untuk sahabat-sahabat lain.
Ada orang, dia suka sangat bila tiba musim exam ni. Kenapa? Sebab, bila dah masuk fatrah exam, dia akan rajin study, rajin bangun malam, dan pada waktu tu jugak rajin untuk qiamullail. Dia akan gunakan peluang ni untuk lebih mendekatkan diri pada Allah. Mungkin kita ni jenis yang susah bangun malam, jarang qiamullail, kurang amalan sunat dan lain-lain. Apa salahnya kta gunakan peluang ni untuk taqarrub ilallah...=)
Doakan saya ye, risau ni, ada masa lagi kena study betul-betul, jangan mengalah! Doakan untuk sahabat-sahabat lain, moga-moga Allah permudahkan segala urusan dan tenangkan hati kita insyaallah...
"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'.
Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."
No comments:
Post a Comment