Followers

Friday, October 17, 2008

Blog...untuk apa?

Semalam chat dengan wani law kejap, lama tak jumpa dia. Maklumlah mahallah jauh-jauh, pastu kuliyyah pun berlainan. Boleh je nak jumpa, time ada hal ke, time kebetulan ke.. Saya pun suruh la dia update blog, lama sangat dah tak update. Lepas tu dia tanya apa benefit yang kita dapat dari blog ni...apa ye? Kenapa kita menulis? Kenapa saya menulis? Kenapa saya buat blog ni?

Sebenarnya saya ni bukan seorang yang suka atau pandai menulis. Awal-awal buat blog dulu pun main copy paste je, biasanya saya cari tazkirah or something like that, bukannya letak benda-benda mengarut. Bila baca blog orang, rasa lagi seronok kalau dapat tulis sendiri, tak kisahlah tentang apa-apa pun, pasal keluarga ke, pelajaran ke, kawan-kawan ke, masakan ke, macam-macamlah... Saya pun tulis jelah walaupun tak ada bakat menulis pun sebenarnya, huhu...

Ada kawan yang cakap,
"Macam tak bermakna buat blog kalau asyik copy paste je, tak tulis sendiri".
Then saya bagitau dia, "Bukan semua orang ada bakat menulis, lagipun apa salahnya copy paste kalau benda tu bermanfaat, orang yang baca pun dapat something, dapat ilmu baru".
"Betul jugak tu," dia membalas. =)

Bagi saya, semua orang ada pendapat dan pandangan masing-masing. Terpulang pada individu tu sendiri untuk membuat penilaian. Ada orang anggap blog ni macam diari, tulis semua luahan hati dia (er, saya rasa yang ni tak elok sangat kot, semua orang boleh baca). Ada yang tulis pasal isu semasa, politik (saya tak reti sangat nak tulis benda-benda macam ni). Tak kurang juga yang tulis pasal kehidupan seharian, berkongsi petua, tips, resepi masakan (sangat bagus bagi yang tak pandai memasak, macam saya ni..huhu) dan macam-macam lagi.

Bila dah dapat wireless ni rajin la sikit nak update. Lagipun duduk kat bilik je dapat online, nak cari bahan dalam internet pun senang, tak payah dah buang duit kat cc. Maka, hari-hari la saya online...hehe...ops, alhamdulillah...=)

Photobucket Terima kasih kepada yang sudi berkunjung ke sini...

"Ya Allah, kiranya rasul-Mu hidup bersahabat, kurniakan juga aku sahabat... Tapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong yang membenarkan-Mu, seperti kebenaran as-Siddiq, biarlah sahabatku dari pintu-pintu ilmu-Mu, seperti Ali; pintu ilmu kekasih-Mu... Berilah sahabat dari kemuliaan Khadijah yang Kau cipta sebagai pendamping kekasih-Mu... Ya Allah, kiranya itu tidak layak buatku, aku tetap bersyukur ditemukan sahabat seperti insan ini... Mungkin padanya ada segalanya, yang tak pernah ku cuba selongkari... Mungkin padanya terletak apa yang kucari SAHABAT SEJATI..."

No comments: