Followers

Friday, March 6, 2009

Baca, baca, baca…

"Iqra' bismirabbikallazi khalaq..."

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..." (al-Alaq:1)

Biasanya kalau orang tanya pasal hobi, mesti cakap ‘membaca’. Tak kisahlah apa jenis bahan bacaan sekalipun. Yang penting thaqafah dan isi yang ada di dalamnya. Saya suka buku berbentuk ilmiah, pengisian rohani, kisah sahabat, sejarah silam, bacaan yang santai dan tidak terlalu berat. Buku-buku motivasi pun bagus. Secara jujurnya saya agak kurang minat buku-buku berbentuk pemikiran dan politik. Kena tanam minatlah kot lepas ni, sebab kena baca semua jenis buku. (Kena ke?)

Sirah nabi masih belum hadam lagi. Buku Raheeq Makhtum dah lama beli, tapi tak sampai separuh pun lagi saya baca. Bila dah berhenti memang susah nak sambung balik. Walaupun banyak lagi tak habis baca, saya tetap tambah koleksi jugak. Huhu… masa max fair hari tu beli lima buah buku, banyak betul. Tapi tak apa, untuk jangkamasa panjang. Memang kena habiskan jugak nanti. Bila la agaknya baru boleh habis baca semua tu, hm...

Buku terbaru yang saya beli bulan lepas “La Tahzan”. Dah lama sangat nak beli, cumanya sebab buku yang ada pun tak terbaca lagi, tapi last-last beli jugak. Hehe… Saya beli yang saiz mini, ada 3 edisi, sekarang masih dalam proses membaca, edisi pertama. Memang sangat best. (^^,)

i
Bab fardhu ‘ain banyak lagi tak settle, banyak yang kurang. Masa kat matrik pj dulu saya ada beli buku “Asa-asas Fardhu ‘Ain”. Memang banyak lagi kena belajar, sama ada melalui pembacaan, dengar kuliyah, ceramah dan sebagainya. Kadang-kadang perkara basic pun boleh terlupa.

Sama jugak halnya masa pergi pondok hujung tahun lepas, benda-benda kecil banyak yang kita terlepas pandang. Perkara yang simple, mungkin dipandang remeh oleh kebanyakan orang, tapi bila belajar dengan ustaz-ustazah yang alim, yang faqih bab hukum, baru sedar benda tu penting dan beri kesan pada amal ibadah kita.

Ustaz pesan, kalau nak menuntut ilmu kena berguru, tak boleh baca je semata-mata. Lebih-lebih lagi bab aqidah, ibadah, dan hal berkaitan hukum-hakam. Penting untuk merujuk orang yang alim dalam bidang tu, tak boleh pakai ijtihad sendiri je. Saya baca buku “Maza Ya’ni” pun tak lepas lagi, baca sekali macam tu je memang tak faham, apatah lagi untuk hadam isinya.


Lagi bagus bila dah habis baca sesuatu, kita share dengan kawan-kawan. Secara tak langsung, boleh bertukar pandangan, idea semakin bercambah, dan sebagai tazkirah juga. Ilmu bila disimpan semakin berkurang (lupa dan sebagainya), tapi bila dikongsi insyaallah akan semakin bertambah. Pesan sahabat saya, dah beli buku tu kenalah baca-I will finish it, insyaallah. Dan katanya lagi, dah baca kenalah amal-yang ni susah sikit kot, huhu...but I'll try.

So, moral of the story is…apa? Think yourself. Selamat membaca! =)

P/s: hobi sekarang makin 'canggih' dah-baca blog...;p

6 comments:

azlishukri said...

sebenarnya banyak membaca lagi seronok..dulu saya ingin menjadi ustaz, tetapi tak kesampaian, tetapi saya meniat mendalam dalam agama, maka saya khatam kitab2 kutub sittah ketika saya masih belajar di universiti lagi, sekarang Alhamdulillah kita ada pustaka indonesia yang sudah menterjemah seluruh kitab2 karangan ulama muktabar dulu ke dalam bahasa Melayu, saya seperti saudari suka baca semua jenis buku, politik, ekonomi, agama, sejarah, sains dan mcm2 lagi, moga2 kita dapat berkongsi maklumat dan idea. wallahualam.

Anonymous said...

Raheeq Makhtum tu buku apa?

sU_sAtRiA87 said...

salam...
dulu suka jgak mngadap buku. tapi skrang dah tak de rase nak membaca. saya lebih suka mendengar,melihat. sebab, kadang2 komunikasi lebih berkesan dari membaca. mace jie oyak tu la.
saya dah mula tak suka membaca sejak masuk uitm ni. mungkin sebab saya banyak main ngan calculation. tapi, insyaAllah, nak jinak2 dgn membaca lagi pasni.thanx jie

Anonymous said...

raheeq makhtum tu buku sejarah hidup rasulullah s.a.w, tajuk asalny dlm bahasa arb "mukhtasar raheeq al-makhtum", mengikut apa yg tertulis dlm buku tu la..

dekat 500ms jugak tebal buku tu, saya baru baca 1/3 je pun..;p

secara ringkas, content dl buku tu
-rwyt rgkas sblm nabi mjadi rasul
-peristiwa hjrh
-perang badar
-penaklukan mekah
-etc

Anonymous said...

su'aidah ke...?
lmny xjumpa awk, kt uitm rupany...

'sharing with the ummah'-kn lbh bermakna 2..;)

thnx jgk sudi bkunjung ke blog sy..

Anonymous said...

salam pembacaan. semoga mendapat redha Tuhan dalam pembacaan. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Menciptakan.

Di samping itu, Disiplin ilmu dengan cara pembacaan juga perlu seiring dengan pembelajaran secara berguru..

(jangan terlalu taksub akan 'skema' dalam pembacaan sahaja.)


WALLAHU A'LAM