Followers

Wednesday, March 18, 2009

Demi 'kekasih' hati...

Bila sebut perkataan 'kekasih' ni, apa yang terlintas di fikiran anda? Saya tak nak cakap apa-apa, masing-masing boleh fikir sendiri. Terpulang. I just want to share something here. Semalam saya dengar kuliyah usuludda'wah dari seorang ustaz, lulusan universiti di Jordan. Ustaz tu sebut pasal amal soleh. Memang banyak yang ustaz cerita, best. Rasa terisi jiwa ni dengan santapan rohani semalam.

Amal soleh bermaksud semua perkara yang dibuat bermatlamatkan keredhaan Allah, yang bertepatan dengan syara'. Penampilan luaran seseorang melambangkan juga 'penampilan' dalamannya. Bila hati kita betul-betul bersih, ia akan terzahir pada penampilan, akan terserlah pada pada akhlak, dan terpancar pada tingkah laku. Seterusnya mencerminkan bagaimana peribadi kita. {]=)

Cubalah ukur iman sendiri, buat penilaian. Boleh ke ukur iman? Macam mana tu? Musykil2...


Iman akan bertambah dengan amal yang baik, dan semakin berkurang bila seseorang itu melakukan maksiat. That's why iman yazid wa yanqus. Nak tau macam mana, mudah je. Kalau kita rasa malas nak buat ibadah, dan rasa ringan nak buat maksiat, maknanya iman kita pada masa tu sedang berkurang. Sebaliknya, kalau kita rasa ringan nak buat ibadah, senang untuk bangun tahajjud, maknanya iman kita berada dalam keadaan stabil, dan bertambah. But of course we have to struggle to achieve that level, right?

Ustaz bagi satu perumpamaan yang simple.

"Kalau kita sayangkan seseorang, kita sanggup bersusah payah dan berkorban untuk dia. Katalah kita berjanji untuk berjumpa dengan 'seseorang' esok, nak pakai baju warna hijau, tapi baju tu dah seminggu tak berbasuh..." Isy, busy sangat kot...huhu. Then ustaz sambung lagi,

"Kebetulan, itulah satu-satunya baju hijau yang kita ada. Malam ni confirm terus basuh, kalau tak kering siap letak bawah kipas lagi, iron awal-awal, dan sebagainya. Semata-mata kerana dah janji nak jumpa 'orang' tu esok, nak pakai baju warna hijau."

Itu contoh manusia dengan manusia. Bagaimana pula dengan pencipta kita? Kalau hati kita bersih, senanglah untuk beribadah. Kita akan sanggup buat apa saja untuk raih cinta Allah, untuk dapatkan mardhatillah. Bila rasa malas nak solat, tanda Allah tak suka kita. Bila rasa malas bangun tahajjud, tanda Allah tak suka kita. Dah tentu, sebab Allah suka pemuda pemudi yang hidupnya taat kepada Allah.

Bila kita fikir macam tu, tentu kita akan bersungguh-sungguh untuk beribadah. Kita akan buat apa saja demi 'kekasih' hati kita. Betul tak? Tak kira sesusah mana pun, kita akan berusaha untuk bangun tahajjud dan bermunajat kepada-Nya. (Moga diri ini diberi kekuatan, ameen...)

Kata ustaz lagi lagi,

"Yang penting mind-setting kita. Perkara sunat, kalau buat dapat pahala, kalau tak buat, tak dapat apa-apa." Faktanya macam tu la, kan?

"Salah tu!" Ustaz yang cakap, bukan saya...=)

"Perkara sunat, kalau buat dapat pahala, kalau tak buat kita yang rugi. Kita kena fikir macam tu, barulah rajin nak buat yang sunat." Betul jugak, kan? So, sama-samalah kita berusaha ke arah itu. Jaga yang wajib, improve yang sunat.

~Dariku untuk diriku-terus mengislah diri~

6 comments:

Anonymous said...

Salam wbt kak jie yang disayangi filah...
ades kak terkena rasenyer bila akak ckp camni...
dah lama rasenyer tak dapat pengisian...
nak seribu daya tak nak seribu alasan kan..
mana ntah silapnya...

huhu..
tul3... kalo sebut kekasih org biase terus tertarik...
bab cinta pun...
adeh kak..
nak minta tolong ni....
pekate akak kejut adik tetiap hari untuk tahajjud..
skang adik selalu kepenatan jd kadang2 susah nak mujahadah bngun tahajud... astaghfirullah...

akak.." ana nak MENJADI dah taknak MENCARI... hehe.."

Anonymous said...

-Bila rasa malas nak solat, tanda Allah tak suka kita. Bila rasa malas bangun tahajjud, tanda Allah tak suka kita.-

tp ada seorang ahli syurga pd zaman Rasulullah dilihat oleh para sahabat yg bermalam di rumahnya (ahli syurga)
kelihatan tidak melaksanakan solat tahajjud.... apakah antara rahsianya jd ahli syurga ? dia memaafkan orang lain....

Anonymous said...

to muhammad afif,

normally, manusia sanggup buat apa sj utk senangkan hati orang yang dia suka. bila manusia cintakan pencipta, dah tentu dia akan berusaha untuk mematuhi pencipta-buat apa yang Allah suka.

memang banyak kisah para sahabat & ulama' yg boleh dijadikan contoh, yang kita boleh ambil pengajaran darinya.

tidak semestinya bangun tahajjud shj, tp kita sgt2 digalakkn utk mengamalkannya. banyak cara & amalan lain lagi yg disukai Allah.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tidak ada sesuatu yang paling berat dalam timbangan orang beriman pada hari kiamat selain daripada akhlak yang baik.” (Hadis riwayat al-Tirmizi, Ahmad dan al-Bukhari)

akhlak yang baik juga sangat dituntut dalam islam, memaafkan orang pun termasuk dalam sifat mahmudah, maafkanlah semua orang setiap kali sebelum tidur...=)

Anonymous said...

to ukhti farhana,

waalaikumussalam adikku sayang..=)
akak pun terkesan bila dengar ceramah ustaz tu, memang kena kat diri akak jugak. so akak nak kongsi apa yang boleh dijadikan peringatan bersama.

itulah, yang penting mind-set & niat kita, check balik apa yang kita buat sebelum tidur, muhasabah apa yang kita buat sepanjang hari (nasihat untuk diri akak jugak, dik)

mula-mula memang susah, kena gagahkan diri, paksa diri, macam akak kalau susah nak bangun, gi tidur kat bilik kawan ke, nanti boleh qiam sama2, suruh dia tolong kejut.
kalau penat sangat miskol pun memang tak sedar dah...
doa la, minta Allah permudahkan kita untuk beribadah kpd-Nya..

apa maksud ana "ana nak MENJADI dah taknak MENCARI" tu?

Anonymous said...

ALLAH MEMBERI NIKMAT SYURGA BUKAN KERANA BANYAKNYA IBADAH KITA....

TETAPI KERANA RAHMAT ALLAH....
KEPADA HAMBA-NYA YG IKHLAS DAN TAWADHUK DALAM MELAKSANAKAN PERINTAH DAN LARANGAN NYA

WALLAHU A'LAM

Anonymous said...

memang betul, kerana rahmat Allah sangat luas.
kasih sayang-Nya melebihi kemurkaan-Nya.