Followers

Friday, March 6, 2009

Semua orang pasti buat silap, bertaubatlah...

Setiap orang tak lepas dari melakukan kesalahan. Manusia yang terbaik adalah yang menyedari kelemahan dan kesilapan yang dia lakukan, dan kemudiannya bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.

Kita bukannya maksum pun, setiap hari pasti tak lepas dari dosa. Boleh jadi kita buat silap dalam keadaan sengaja, mungkin secara tak sedar. Dosa mulut, mata, telinga, pasti ada. Perkara-perkara kecil yang kita anggap remeh, mungkin benda itulah yang menggelapkan hati.



Apa-apa pun, yang penting kita sedar dan berubah, berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Selagi masih ada peluang, gunalah sisa-sisa waktu yang ada untuk bertaubat dan perbaiki diri.




Diriwayatkan bahawa seorang salaf berkata,

“Sesungguhnya seorang hamba boleh jadi berbuat dosa, tetapi dosa tersebut menyebabkannya masuk syurga.”



Orang yang mendengar bertanya,

“Bagaimana hal itu boleh berlaku?”



Dia menjawab,

“Dia berbuat suatu dosa, lalu dosa itu sentiasa terpampang di hadapannya. Dia khuatir, takut, menangis, menyesal dan berasa malu kepada Rabbnya, menundukkan kepala di hadapan-Nya dengan hati yang khusyuk. Maka dosa tersebut akan menjadi sebab kebahagiaan dan keberuntungan orang itu, sehingga dosa tersebut lebih bermanfaat baginya daripada ketaatan yang banyak."

(petikan dari majalah i November 2008)


No comments: