Followers

Sunday, March 22, 2009

Bila berbicara soal ilmu...

Biasanya bila apa yang dipelajari sekadar teori, ilmu tu cepat 'pergi'. Belajar dan faham, tapi lupa balik. mungkin juga sebab tak amal. Tak taulah dah berapa banyak hadis yang kami hafal masa sekolah dulu. Setiap tahun kena hafal hadis yang berbeza-beza, tapi yang betul-betul ingat,entahlah... Sayang betul.

Masa taaruf week mula-mula masuk matrik dulu, kami ada exam, oral test, untuk menetukan sama ada pelajar tersebut akan masuk kelas fardhu ‘ain atau study circle. Ada juga soalan yang saya tak dapat jawab masa tu, tak ingat bahagian aqidah ke ibadah. Ustaz tu bagi pilihan kat saya, dia tanya,



“Enti nak masuk fardhu ‘ain ke study circle?”


“Em…” saya tak tau nak jawab apa, tapi mana-mana pun saya tak kisah.


“Enti baca Qur’an bagus dah, cuma soalan tu je tak dapat jawab. Sayang la kalau enti tak lepas. Sekarang ana bagi pilihan, enti cakap je.”


“Pendapat ustaz macam mana?” saya membalas dengan persoalan.

“Kalau enti anak ana, ana akan suruh masuk kelas fardhu ‘ain”.

“Kalau macam tu, ana masuk fardhu ‘ain jelah…”


“Ana cakap kalau enti anak ana, ana tak suruh enti ambil kelas fardhu ‘ain”.


“Takpe, ustaz. Ana masuk kelas fardhu ’ain, betul.”


“Ana bagi peluang lagi. Kalau enti dapat jawab soalan ni, kira lepas.”

Then ustaz tu tanya soalan lagi, tentang syarat apa entah, tak ingat. Saya pun senaraikan jawapan yang saya tau, dan mampu jawab pada masa tu.

“Lagi ke, ustaz?” saya bertanya bila ustaz tu senyap je.

“Berapa yang enti bagi tadi?” saya pun ulang balik, ada la empat lima point yang saya cakap masa tu. Sebelum keluar, ustaz pesan lagi,

“Ana bagi enti ambil study circle, tak payah masuk kelas fardhu ‘ain. Tapi enti kena janji dengan ana, balik nanti enti kena belajar lagi. Janji dengan ana enti akan baca buku dan tambah ilmu fardhu ‘ain tu, boleh?”

“Insyaallah, terima kasih, ustaz…” saya melangkah keluar.

Memang sampai ke liang lahad pun kita takkan habis menuntut ilmu. Sebab ilmu Allah sangat luas. Semakin banyak perkara yang kita tahu, baru kita sedar lagi banyak perkara yang kita tak tahu. Ilmu bukan sekadar dalam kelas dan dewan kuliyah, tapi juga melalui ceramah, ta'lim, kuliyah agama, dan sebagainya. Dan yang paling penting, saya selalu ingatkan diri sendiri, ikhlaskan niat dalam menuntut ilmu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak."

Riwayat Abu Daud


Huraian:

.:: Orang yang berilmu dijanjikan Allah kedudukan yang tinggi di dunia mahupun di akhirat kelak.


.:: Islam menuntut keihlasan niat dalam segala perkara termasuklah dalam menuntut ilmu sama ada yang berbentuk keduniaan atau ilmu agama. Dengan perkataan lain, setiap ilmu yang dituntut janganlah terkeluar daripada landasan syariat. Ia mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta mengutamakan kebajikan manusia sejagat bukannya untuk kepentingan dunia semata seperti mengumpul harta, merebut kenaikan pangkat atau mengejar ‘glamour’ dan sebagainya.


.:: Ilmu yang berkat adalah ilmu yang membuatkan seseorang itu semakin dekat dengan Allah SWT bukan menjadikan ia semakin jauh dan lalai sehingga melanggar hukum tuhan dan sanggup melakukan kemungkaran seperti keganasan, menipu, mencuri, merampas hak orang dan sebagainya.

1 comment:

Melawis said...

Salam..good entri.