Menegur dan ditegur ialah dua perkara yang berbeza, namun kedua-keduanya membawa kebaikan kepada kita. Ditegur, bila kita menerima teguran atau nasihat dari seseorang, biasanya atas kesilapan yang kita lakukan, sama ada sedar atau tidak.
Hm, manusia memang tak lepas dari melakukan kesalahan, kan? Teguran yang diterima agar kita dapat menjadi seorang yang lebih baik, dan membetulkan kesilapan, hasilnya dapat pahala.
Tapi perlu diingat, nak tegur orang, atau menerima teguran, perlu dengan niat yang ikhlas, hati yang terbuka, berasaskan iman, bukan nafsu semata. Dan perlu berlapang dada serta berbaik sangka dengan orang yang menegur kita. Pernah fikir tak benda-benda ni semua?
Ada juga orang yang tak suka menegur atau ditegur. Kalau tegur, takut orang terasa hati dengan kita. Dan ada juga yang fikir,
“Siapalah aku ni nak tegur dan nasihat orang…aku ni pun bukannya baik sangat.”
Jujurnya, saya pun pernah fikir macam tu. Mungkin dengan nasihat kita dia dapat jadi lebih baik dan tidak mengulangi kesilapan yang sama, mana tau? Mungkin melalui teguran kita tu dia akan dapat hidayah dan berubah, mana tau?
Paling penting, teguran itu juga untuk diri kita sendiri. Adakalanya bila saya bersembang dengan kawan-kawan saya akan bagitau
“Saya cakap ni pun pantul kat diri sendiri jugak, nasihat untuk diri sendiri .”
Jangan lupa, sahabat yang baik umpama cermin untuk sahabatnya. Betul tak? Sahabat yang baik akan membetulkan kesilapan yang kita lakukan, bukan menyokong segala apa yangkita lakukan tak kira benda tu betul atau salah.
Menegur pun ada caranya, jangan sampai orang terasa hati dengan kita. Islam pun ajar supaya menegur dengan berhikmah. Lebih-lebih lagi kalau nak tarik mad’u, kena kenal mad’u kita dalam kategori mana. Jangan terlalu syadid.
Tak semua orang boleh terima teguran dengan hati yang terbuka. Kenapa? Sebab masing-masing ada ego. Lebih-lebih lagi kalau yang menegur orang lagi muda dari dia, atau orang bawahan mungkin. susah, kan? Saya sendiri seorang yang agak sensitive, dan mudah merajuk. Huhu…
Sahabat-sahabat yang terdekat tau la saya ni macam mana orangnya. Tapi benda-benda yang negative dalam diri, saya cuba ubah. Untuk berubah pun perlukan masa juga. I’m trying to be a better person. Dah berapa kali dah kena ‘basuh’ ni…;p
Kalau ikutkan, memang tak boleh lari dari terasa hati dan kecil hati bila orang tegur ni. Tapi saya sentiasa belajar untuk memandang segalanya dari sudut yang positif. Teguran itu tak lain tak bukan untuk mendidik hati (egokah aku?) dan akhlak kita. Siapalah kita ni sampai orang tak boleh tegur langsung, hebat sangat ke, sempurna sangat ke? Kan? Kan? Kan?
Life is not about finding ourself but it's about creating ourself. Kita bukan mencari kesempurnaan dalam hidup,sebaliknya kita perlu belajar menampung kekurangan dan menerima ketidaksempurnaan dalam kehidupan. Isn’t it?
Hari demi hari saya cuba jadikan sebarang teguran daripada orang-orang sekeliling sebagai muhasabah untuk diri. Sebab saya sedar saya ada banyak kelemahan, ramai orang tak puas hati dengan saya, mungkin juga ramai yang terasa hati dengan saya, walaupun mereka tak cakap. Benda-benda macam ni memang ada, selagi mana kita bergelar manusia.
“Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat.”
(Al-A’laa: 9)
(Al-A’laa: 9)
Dalam banyak-banyak teguran, ada teguran yang kita tak sedar-teguran dari Allah. Betapa halus dan amat bermakna teguran dari Dia. Kita mendapat teguran dari-Nya secara tak langsung. Kadang-kadang melalui lisan sahabat-sahabat di sekeliling, kadang-kadang melalui rasa insaf yang terbit di hati nurani, melalui perasaan dan kesedaran.
Banyak cara Allah boleh tegur. Mungkin melalui musibah yang menimpa, kita jatuh sakit dan sebagainya. Allah tegur supaya kita jadi lebih bersyukur. Yang paling halus, apabila kita buat salah pada seseorang, kemudian timbul penyesalan dan rasa bersalah dalam diri. Pernah tak rasa macam tu?
Sama-sama kita renungkan…
Andai sayangnya seseorang bukan kerana Allah, pasti kebaikannya tidak memberi erti, kesilapannya disalah erti, hatinya sering dilukai, jiwanya selalu disakiti…
Namun, jika sayangnya seseorang kerana Allah, pasti segala kebaikan dan kesilapannya dipandang dengan mata hati, jiwa tak terguris dek rasa hati, hati tak terluka dek gurisan caci.
Selamat mengatur langkah, moga lelahmu dihargai Ilahi walaupun dicemuh insani.

6 comments:
salam jie..
betol tu jie..
kadg2 nk tego member2 pon takot dorang terasa..sbb kite sndiri pon byk agy yg xbetul kn..
n klu nga kwn rapat lg laa.. lg sensitiv jadinye..
tp,klu niat kita baek n sama2 nak betolkn diri krn Allah, insyaAllah, teguran tu boley memberikn faedah kpd kedua pihak.. ;)
hmm,kuat merajuk jugak anti ni ye..hehe..
ana setuju dengan anti..
kita memang manusia biasa yg punya hati dan perasaan yg kadangkala sukar utk ditafsir,bkn saja org lain,tapi juga diri kita sendiri..
Allah juga mengingatkan pentingnya sentiasa memberi peringatan yang sememangnya akan membawa kebaikan kepada ummah secara keseluruhannya. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” - (Surah az-Dzariyat, ayat 55)
apa2 pun,nice post,ukhti..=)
to miss eliana,
w'slm..
sambil tegur orang sambil kita betulkan apa yang kurang pada diri sendiri jugak.
tengok orang tu cmn la, ada yang boleh tegur direct, ada yang kena berlapik, bergurau, cakap berkias..banyak cara boleh guna kan..
that's rite, yana..semuanya bgantung pada niat kita..yana pun tegur la jie jugak kalau ada pape..=)
to niesa imana,
masa kecik2 dulu memang suka merajuk, dah besar ni kurang sket..hehe
kadang2 perlu jugak merajuk, baru ada orang pujuk..;p
jazakillah 4 ur comment..^^,
ololor..manjenye die..
nampak comel la ukhti..huhu..^_^
tapi dgn ana,jgn la merajuk..
sebab dalam bab2 pujuk2 org ni,memang ana x pandai..hehe..
Wa iyyakum..
mudah-mudahan article ni dapat memberikan manfaat kepada sahabat2 yg lain..insyaALLAH..
to niesa imana,
janganla cakap gitu, segan..huhu
bese la budak2 kan, sekarang ni pun xberapa matang lagi, bila ntah nak matang..;)
xpe, saling memberi dan menerima dalam nasihat menasihati..^_~
Post a Comment