Followers

Sunday, July 12, 2009

Kembali meneruskan tugas, menggalas amanah...

Tempoh dua minggu berlalu bagai sekelip mata. Terasa berat hati untuk kembali ke bumi uia setelah begitu lama berada di rumah. Hakikat yang tidak boleh diubah, amanah yang perlu digalas, tanggungjawab sebagai pelajar tetap perlu diteruskan. Kembali berdamping dengan buku, nota, assignment, berdepan dengan lecturer, 'bertapa' di library, bersengkang mata untuk study, dan yang sewaktu dengannya. Er, kenapa macam skema sangat ayat ni? Huhu...

Lepas register dan check-in pagi tadi, maka bermulalah sesi memunggah barang dari bilik lama ke bilik baru. T-shirt, jubah, blazer, 3 lapis tu, mana tak berpeluh. Dari level 3 turun ke level 2, nasib baik tak jauh, tapi...penat! Lama tak 'exercise'. Yang kena tukar blok lagi kesian, yang kena pindah mahallah tu laagi la kesian. Takpe2, tarbiyah jasadiyah tu. =)

Sesi mengangkut dan memunggah berjalan lancar, alhamdulillah. Tapi belum sempat kemas dah 'syahid' dulu, tak tahan sangat. Dalam bas semalam pun bukannya boleh tidur. Sudahnya lepas zohor baru start mengemas.

Apa-apa pun, selamat kembali belajar, tugas yang tidak pernah selesai. Menuntut ilmu biarlah kerana Allah, mudah-mudahan Allah redha dengan ilmu yang kita pelajari itu. Semester baru, azam baru, dan semangat baru. Semoga terus cekal dan tabah meniti hari-hari yang mendatang. ^_~

Ya Allah, kuatkan hati ini dalam merentas benua mehnah-Mu. Aku bimbang, karam di tengah samudera-Mu. Kuatkan ranting-ranting perjuanganku, agar tidak goyah bilamana hadir ribut dugaan yang membikis perjalananku, yang menyekat nawaitu ini, yang menghalang gerak langkah menyusur arahmu. Qudusnya kasih-Mu, paut dan genggamlah erat-erat diriku agar tidak jauh dari-Mu…Ameen…

No comments: