Followers

Friday, July 17, 2009

Kalau cinta, rindu untuk bertemu…


Bagaimana sikap kita dengan janji temu (solat) dengan Allah? Apakah kita datang seawal waktu atau sering menungu-nunggu masuknya waktu solat? Jika ya, itu petanda kita cintakan Allah. Sekiranya setiap kali menjelang waktu solat kita telah siap sedia berwudhu’, menunggu di saf hadapan dengan pakaian yang paling bersih, ditambah pula dengan haruman minyak wangi…Alhamdulillah, itu petanda cinta. Jika kesempatan ‘dating’ dengan kekasih ditunggu-tunggu saat dan ketikanya, maka seharusnya lebih-lebih lagi solat dengan Allah yang kita cintai.


Jika solat lewat (apalagi langsung tidak solat), datang dengan enggan, muka masam, berat tulang, dan pakaian berserabut, itu petanda tidak cinta. Tidak fokus. Sambil lewa pula. Solat mahu selesai cepat. Apakah seorang kekasih ingin segera berpisah dalam pertemuannya dengan kekasihnya? Adakah seorang kekasih sampai lewat untuk janji temunya? Atau berpakaian serabut, kusut masai dan berbau ketika menemui kekasihnya? Tidak mungkin. Tetapi jika itulah sikap kita, ertinya kita tidak cinta kepada kekasih itu. Maka begitulah juga ukuran cinta kita kepada Allah. Perlu ada rindu, bukan jemu untuk bertemu.

Sumber: “Tentang Cinta” ust pahrol mohd juoi

1 comment:

~PaMpeRed bY worDs~ said...

Salam Ziarah

Penuh keinsafan..
Thanks ats peringaan yg begitu terkesan...