Followers

Saturday, July 18, 2009

Merakamkan kehidupan...

Kalau dulu orang ambil gambar kaler hitam putih je, sekarang dah colourful. Kamera pun canggih-cangih. Tak payah guna filem dah, guna memory card je. Tak cukup dengan itu, handset pun boleh guna untuk ambil gambar. Jadi, di mana-mana pun boleh bergambar. Bukan setakat ambil gambar, siap rakam guna video lagi.

Saya pun suka ambil gambar, merakamkan aktiviti dan merakamkan alam ciptaan Allah yang Maha Indah. Rakaman itu boleh diabadikan dalam dijadikan memori yang sangat bermakna untuk kehidupan kita pada hari-hari yang mendatang. Bila dah tua esok-esok mesti kita akan tersenyum sendiri bila tengok gambar masa muda-muda dulu, kan? Sekarang ni muda lagi, tapi kalau tengok pun dah senyum-senyum dah..hehe…


Biasanya apa yang kita buat sebelum ambil gambar?

“Nanti dulu, saya nak duduk elok-elok.”

“Tunggu sekejap, nak betulkan tudung ni.”

“Eh, nanti dulu, tak sedia lagi.”

“Ala, tak cantik. Delete yang ni, ambil yang lain.”


Dan pelbagai reaksi lagi. Adakah saya dan anda termasuk dalam dialog-dialog yang disebutkan di atas? Fikir-fikirkan, renung-renungkan. Tapi biasanya gitu la kot..huhu


Cuma mungkin kita terlupa akan petugas-petugas Allah yang Dia hantar untuk merakamkan setiap aktiviti seharian kita. Sama ada kita sedia atau tidak, sama ada amalan yang baik atau tidak, sama ada bersendirian atau bersama kawan-kawan, semuanya dirakamkan tanpa mengira masa dan tempat. Dari saat kita dilahirkan sehinggalah menuju ke liang lahad.


Tapi, bolehkah (pernahkah) kita berkata kepada petugas atau jurukamera Allah untuk bersedia sebelum gambar kita diambil?


“Nanti dulu, saya nak solat, saya nak baca Qur’an…”

“Nanti dulu, saya nak buat ibadah, saya nak buat amalan sunat…”

“Nanti dulu, saya nak bersedekah, saya nak buat kebajikan…”


Astaghfirullahal’azim, kita lupa semua ini. Akibatnya, kita biarkan gambar kita diambil sedang kita leka dengan urusan duniawi, ketika sedang lagha dan larut dalam maksiat, ketika kita lupakan akhirat, ketika hati jauh dari mengingati Allah…berapa banyak mazmumah yang melekat dalam hati kita tak tahu.


Kalau gambar yang kita tak suka kita delete, kalau gambar kita yang tak lawa kita delete, lalu bagaimana dengan gambar-gambar yang tak elok yang diambil oleh para petugas Allah itu? Delete lah dengan istighfar, delete lah dengan taubat, delete lah dengan amal ibadah dan taqarrub pada-Nya. Mudah-mudahan gambar kita yang cantik dapat menutup gambar yang tak baik itu. Bila Allah dah buka aib kita di padang mahsyar esok-esok, tak ada tempat lagi dah untuk kita bersembunyi. Bila gambar-gambar kita dijadikan pameran pada masa tu, tak ada tempat lagi dah untuk kita sorokkan muka.


Sebagai muhasabah dan peringatan bersama. Mengislah diri, suatu proses yang berterusan.

Dan diletakkan kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: “ Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang jua pun.”

(Al-Kahfi: 49)


No comments: