Followers

Saturday, August 14, 2010

Bila sepasang mata menjadi hadiah

Ingatkah dikau di dalam lipatan sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah
Kenapa engkau mengikutku?
Aku tertarik dengan kecantikanmu
Jawapan yang cukup angkuh
Namun mengundang seibu soalan
Bila bungkusan merah diterima di tangan MUSLIMAT,
 

Contohilah wanita itu Bukan dengan mencungkil matamu
Tetapi dengan menjaga keperibadianmu WAHAI MUSLIMAT, Aku sering tertanya
Bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicara
Kepada lelaki yang bukan mahram
 

Apakah engkau ini berani menguji jiwa lelaki
Yang sememangnya dicipta Allah
Dahaga kepada keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis
Apatah lagi lelaki ini Yang kau tahu cukup ego 
Menganggap wanita sebagai hidangan yang boleh dibelek dan dipilih-pilih BENAR,
Wanita ini telah menemui ajalnya
Namun diiringi keredhaan Tuhan Dan keinsafan seorang lelaki
Yang akhirnya menjadi ahli sufi

MUSLIMAT,
Beginilah jalanmu
Tundukkanlah pandanganmu
Keraskanlah suaramu
Seriuskanlah perwatakanmu
Tampilkan ketegasanmu
Bila engkau di depan atau di belakang
Atau di kiri atau di kanan lelaki


Walau atas apa alasan sekalipun
Ketuk keegoan mereka
Bangkitkan mereka dari mimpi
Jelaskan dengan amalmu
Bahawa percampuran bukan caranya
Bahawa keseronokan adalah palsu
Bahawa di sini tiada kebahagiaan
Hanya kehancuran

MUSLIMAT,
Inilah jalannya. 
Lalu mungkin engkau akan melihat 
Di kalangan remaja ini, akan lahir Rijaluddin berjiwa pejuang
sebagaimana bangkitnya Daie bernama Hassan al-Basri, 
Bila sepasang mata menjadi hadiah...



1 comment:

fiqhullughah said...

MasyAllah ukhtie, begitu manisnya perjuangan itu, kerana galang gantinya juga besar..terima kasih atAs post entri yg cukup bermakna..slm ramadhan