Saban tahun ramadhan datang mengunjungi kita. Bagaimana layanan kita terhadap tetamu yang istimewa ini ye? Adakah sama, lebih baik, atau sebaliknya? Saban tahun, Allah ‘hadiahkan’ bulan yang penuh barakah ini kepada hamba-hambaNya. Inilah peluang kita untuk menyucikan jiwa, menyucikan hati, dan memperbaiki amal ibadah yang selama ini terumbang-ambing. (terutamanya untuk diriku)
Pernah saya mesej seorang sahabat,
“Macam mana nak hilangkan rasa tak puas hati kat orang? Dia dah minta maaf tapi kita still tak boleh nak lupakan... Macam mana ye?”
“Kena cuci hati sendirilah...” sebaris pesanan ringkas dibalas. Dush! Terkena. Nampak sangat hati masih kotor. T_T
Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambaNya, kemudian dibalasNya pula dengan syurga. Allah sangat pemurah kan? Cuba fikir, kalau orang buat salah dengan kita, lepas tu dia minta maaf, adakah tiba-tiba kita nak bagi hadiah kat dia? Tak terfikir pulak saya, huhu.. Kalau dia minta maaf, kita maafkan jelah kan?
Tapi Allah tak macam tu, walaupun kita dah buat silap, dah buat dosa, Dia masih bagi kita peluang untuk baiki diri dan berubah, masih bagi peluang untuk bertaubat, malah dihadiahkan pula bulan Ramadhan untuk kita berlumba-lumba dalam beramal.
Bukan itu sahaja, segala amalan yang dilakukan, ganjarannya berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang biasa. Ada lagi, dalam bulan Ramadhan ini juga dihadiahkanNya lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan.
Allah sentiasa beri ruang dan kesempatan untuk manusia membuat kebaikan dan menambah pahala. Sayangnya Allah kat kita kan? Gunakanlah bulan Ramadhan ini sebagai satu wasilah untuk kita mentarbiyyah diri dan hati untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mudah-mudahan kita mampu untuk terus istiqamah, fastabiqul khairat. :)

No comments:
Post a Comment