Alhamdulillah, Allah masih izinkan kita untuk bernafas di bulan yang barakah ini. Ramadhan kareem! ^_^,
Sebaik sahaja berakhirnya meeting kira-kira jam 7.15 petang, saya terus bergegas ke masjid. Dah bawak telekung siap-siap, nak mulakan terawih yang pertama di masjid, dan hari-hari yang seterusnya juga jika diizinkan, insyaallah.
Azan maghrib mula berkumandang. "Dah masuk bulan ramadhan", desis hati saya. Seronok, tenang, damai.
Langkah diatur menuju ke tingkat tiga. Kelihatan beberapa kumpulan kecil muslimat sedang berkumpul menanti untuk berjemaah. Tapi masih banyak ruang kosong di situ.
Selepas maghrib, saya mengambil tafsir Qur'an dan mencari satu sudut yang agak lapang. Di kiri kanan saya juga ada beberapa orang yang mula membaca Qur'an. Selang beberapa ketika saya memandang sekeliling, ramai yang sedang bertadarus. Masyaallah, sejuk mata memandang suasana seperti ini. Hati pun lapang, jiwa pun tenang. {]=)
Usai solat isya', saya memerhati sekeliling dan menoleh ke soff-soff di belakang. Penuh! Masih ada juga yang sedang bersesak-sesak di pintu masuk. Saya memandang pula ke atas, (walaupun nampak samar-samar sebab tak pakai spek, huhu) ada muslimat yang sedang memenuhi ruang tingkat 4. Subhanallah, ramai sungguh yang berterawih di sini...mudah-mudahan momentum ini kekal hingga ke penghujung ramadhan, insyaallah wa biiznillah.
Sama-sama tingkatkan amalan di pesta ibadah...^_~


1 comment:
salam ramadhan..
selamat meningkatkan amal jie! :)
Post a Comment