Followers

Monday, August 16, 2010

Pesananku untuk renungan bersama....


“Apabila seorang perempuan memakai minyak wangi dan kemudian melintasi sekumpulan manusia dengan maksud untuk mereka itu menghidu wangiannya, maka perempuan itu adalah penzina. Dan setiap mata itu adalah penzina jua” [Hadith riwayat al-Nasaa'ie, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban]
Biasanya kaum hawa ni memang suka memakai wangi-wangian. Ada yang tak suka ke? Tapi, biarlah berpada-pada, jangan sampai semua orang sekeliling pun boleh bau. Aisy...tak kena la tu. Lagi-lagi perempuan, sembur sikit-sikit sudah lah ye, tak perlu nak bagi satu kelas bau dan perasan minyak wangi yang kita pakai tu.
Pernah masa final exam dekat CAC, saya duduk kat depan sekali, meja di sebelah masih kosong. Then, datang seorang student perempuan mengambil tempat di sebelah saya. Baunya masyaallah, mengganggu konsentrasi. Huhu... Tapi rasanya lagi kesian kat golongan adam.
Sama juga dengan bab menutup aurat, bab pakaian, bab bertudung, dan sebagainya. Itu kan syariat yang Allah tetapkan, so kenalah ikut. Kalau peraturan manusia kita boleh ikut, kenapa peraturan Allah perlu dipertikaikan? Tak kesian ke dekat mak ayah kena tanggung dosa kita? 
Nak berhias tak salah, tapi jangan sampai melampau batas. Kalau tak nak ada bau yang tak menyenangkan, jaga kebersihan diri, pakai minyak wangi sekadar yang perlu. Pakai pakaian yang menutup aurat, bukan sekadar bertudung, bukan sekadar menutup rambut, tetapi menutup aurat dengan sempurna. 
Tak semestinya pakai tudung labuh, dalam Qur'an pun sebut asalkan melebihi paras dada. Itupun dah cukup syarat. At least kesian la dekat orang lain, apa salahnya tolong mereka jaga pandangan dengan cara kita menutup aurat dengan sempurna?
Yang tertutup dan terpelihara itu lebih indah dan lebih 'mahal'. Kerana diriku begitu berharga. So, kenalah jaga dari pandangan orang-orang yang tak sepatutnya, kan? Sama-sama kita fikirkan. :)

No comments: