Followers

Monday, February 28, 2011

Aku rindu

Aku rindu ...




Aku rindu...zaman ketika “halaqoh” adalah kebutuhan, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan

Aku rindu...zaman ketika “membina” adalah kewajiban, bukan pilihan apalagi beban dan paksaan

Aku rindu...zaman ketika “dauroh” menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelengkap pengisi program yang dipaksakan

Aku rindu...zaman ketika “tsiqoh” menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan

Aku rindu...zaman ketika “tarbiyah” adalah pengorbanan, bukan tuntutan dan hujatan

Aku rindu...zaman ketika “nasihat” menjadi kesenangan, bukan su'udzon atau menjatuhkan

Aku rindu..zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da'wah ini

Aku rindu..zaman ketika “nasyid ghuroba” menjadi lagu kebangsaan

Aku rindu..zaman ketika hadir di “liqo” adalah kerinduan, dan terlambat adalah kelalaian

Aku rindu..zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan ongkos ngepas dan peta tak jelas

Aku rindu..zaman ketika seorang ikhwah benar-benar jalan kaki 2 jam di malam buta sepulang tabligh dakwah di desa sebelah

Aku rindu..zaman ketika akan pergi liqo selalu membawa uang infak, alat tulis, buku catatan dan Qur'an terjemahan ditambah sedikit hafalan

Aku rindu..zaman ketika seorang binaan menangis karena tak bisa hadir di liqo

Aku rindu..zaman ketika tengah malam pintu depan diketok untuk mendapat berita kumpul subuh harinya

Aku rindu..zaman ketika seorang ikhwah berangkat liqo dengan ongkos jatah belanja esok hari untuk keluarganya

Aku rindu..zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya

Aku rindu zaman itu, Aku rindu...

Ya ALLAH,
Jangan Kau buang kenikmatan berda'wah dari hati-hati kami
Jangan Kau jadikan hidup ini,hanya berjalan di tempat yang sama




(Allahyarham KH. Rahmat Abdullah)

Thursday, February 24, 2011

Di kala hujan...

Entri ini agak mengada-ngada, sila tabah membacanya. Pinjam trademark k.yuz comot comel. :P

Petang ni hujan. Lebat. Sangat.

Nasib baik bawa payung. Memang sentiasa ada dalam beg. Lepas kelas tadi pergi library sekejap, pulangkan buku. Semalam buat assignment sampai tak tidur. Siapa suruh buat kerja last minit? Sebelum ni pun macam tu juga, tak tidur semalaman, lepas subuh collapse kat sejadah. Kepala berat sangat! Macam mana la 'biological clock' tak rosak...isy3...



Lepas pulang buku, terus balik. Walaupun hujan masih sangat lebat, dengan guruh yang tak berhenti, kilat lagi, takut juga la...tapi dengan gigihnya saya terus melangkah.

Air bertakung tu tak payah cakaplah. Kasut pun dah tenggelam dalam air. Hujung jubah pun sama. Redah jelah. Payung cuma berfungsi untuk melindungi sebahagian badan. Huhu.

Balik lalu ikut celpad macam biasa. Sebelum melintas, pandang kiri kanan. Jaga keselamatan itu penting ye. Tiba-tiba ada satu kereta lalu dan.....

Debushhhhh!!!

"Astaghfirullahal'azim! Agak-agak la sikit kalau nak bawa kereta tu pun." saya mengomel. Memang tak ada siapa yang dengar pun. Jangan risau, tak ada sesiapa yang accident. Tapi, tadi cuma basah di bahagian hujung jubah je, sekarang ni memang dah basah bahagian atas sekali. Wuwuwu...T_T

Kereta tersebut memang bergerak agak laju. Sangat tak patut! Hati-hati la sikit drive tu, apa salahnya bawa slow-slow time hujan macam ni. Kesian kat pejalan kaki macam saya. Tabah jelah.

Rasa macam nak campak tutup je payung tu dan jalan kat tengah-tengah hujan. Best apa! Alang-alang basah, kan. Tapi nasib baik lah saya tak buat macam tu. Sebab tak sampai hati nak membiarkan diri kehujanan. Dahlah selalu selesema, asyik bersin je tak berhenti. -_-"

Sebenarnya kan, memang rasa teringin berjalan dalam hujan tanpa payung. Sebab dah lama sangat tak main hujan. Tak matured kan? :P

Hujan memang best!

Alhamdulillah.




“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, laludengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) –nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala macam jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (al-Baqarah: 164)

Tuesday, February 22, 2011

Keputusan Pemilihan MPP UIAM (Pilihanraya Kampus)


CONSTITUENCIES (GOMBAK CAMPUS)

AHMAD IBRAHIM KULIYYAH OF LAWS:
Hafizul Faris bin Che Razlan (641)
Muhammad Eizzaz b Redzuan (418)
Muhammad Fitry b Hussin (619)
Muhammad Taufiq b Johari (186)

KULIYYAH OF ENGINEERING:
Mohamad Amir Arif b Ramli
Syahril Uzair b Syahmil Hameed
(won uncontested)

KULIYYAH OF ECONOMICS & MANAGEMENT SCIENCES:
Masyitah bt Md Hassan (540)
Mohammad Iqbal b Ab Wahab (837)
Nashrul Haziq b Mohd Nasir (257)
Nur Sakinah Sulaiman (680)
Wan Mohd Hafiq b Abdul Jalil (726)

KULIYYAH OF INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY:
Siti Aminah Mohd Naim
Wan Zulkarnain Wan Ismail
(won uncontested)

INSTITUTE OF EDUCATION:
Mimi Nor Syahuda bt Setapani (182)
Nik Mohd Hanis Nik Rakami (273)
Mohd Fairul Mohd Nawawi (110)
Nurrul Hafizul Che Hussin (146)
Ahmad Abdussalam Husni (103)

KULIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE & HUMAN SCIENCES:
Mahirah Abdul Rashid (1624)
Mahmud Rajaie Othman (499)
Mohamad Kamal Hakimie Mohd Nazri (355)
Mohd Hazirin Zainordin (262)
Mohd Rizwan b Mat Zain (1337)

KULIYYAH OF ARCHITECTURE & ENVIROMENTAL DESIGN:
Adib Fakhrullah b Azmi
Muhammad Hafizul b Taib
(won uncontested)

INTERNATIONAL STUDENT:
Mohammad Mohiuddin
Abas Abdullah Ahmed
Habib Abu Omer
Noman Bashir
(won uncontested)


CONSTITUENCIES (KUANTAN CAMPUS)

KULIYYAH OF ALLIED HEALTH SCIENCES:
Anis Nadia Hussin Shokri (163)
Farihah bt Abdullah (115)
Muhammad Luqman Hakim bin Roomali (207)

KULIYYAH OF DENTISTRY:
Kamal Amar bin Dahlan
Nurun Hanim bt Othman
(won uncontested)

KULIYYAH OF MEDICINE:
Hanis bt Abdul Rani
Sharif b Ahmad
(won uncontested)

KULIYYAH OF NURSING:
Fauzan b Mohamed (148)
Intan Fazirah bt Mustapha (84)
Nur Zu’aini bt Mohd Sariful Lim (116)

KULIYYAH OF PHARMACY:
Ahmad Mustaqim b Ariffin
Noor Baiti Solehah bt Nu Awi
(won uncontested)

KULIYYAH OF SCIENCE:
Muhammad Shafiq bin Abu Hassan
Siti Aminah Muhammad Imran
(won uncontested)

INTERNATIONAL STUDENT:
Miss Hasna Ahmad
(won uncontested)

Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa

Friday, February 18, 2011

Corat-coret...

Hari ni ada kelas EAW pukul 8.30-10.00 pagi. Clash dengan kelas ganti waktu yang sama. Tapi kelas english tu habis awal macam biasa. Dalam pukul 9 lebih mdm dah stop. Tapi jumpa mdm sekejap bincang pasal 1st draft yang mdm betulkan. Nanti kena submit 2nd draft pulak.

Lepas tu pergi kelas ganti. Masuk je kelas semua orang pandang. Yelah, dah datang lambat. Sir yang tengah bagi lecture pun berhenti kejap. Dahla tak bagitau awal-awal ada kelas lain. Huhu... Tapi ok je, sir tak marah pun. Nasib baik la dua-dua kelas ni tak jauh, kat HS jugak.

Lepas habis kelas, ingatkan nak pergi library tapi tak jadi, masuk masjid. Sebelum tu singgah kiosk. Beli crunchie dengan nescafe, sebab mengantuk. Then sambung taip assignment. Sampailah khutbah jumaat pun still menaip lagi. Tunggu orang habis solat jumaat, saya solat zohor. Tapi ramai je sisters+muslimat yang solat jumaat.

Pukul 2.45 ada briefing untuk internship program. Student yang akan praktikal la maknanya. Tapi dah pukul 3 lebih baru start. Biasala tu, memang susah nak punctual. Bajet habis pukul 4.30 tapi pukul 5 baru habis.

Terkilan. Sedih.

Sebab, tak dapat pergi akad nikah k.hidayah nisa' selayang. Uhuk3...(emo la pulak). Sahabat-sahabat lain pergi sebelum asar, memang planning macam tu pun. Ingatkan sempat, tapi memang tak sempat join diorang. Nak buat macam mana. Tak ada rezeki nak pergi.

Lepas tu masuk masjid lagi sekali, solat asar. Sebab briefing tadi pun dekat ADM LT1, sebelah masjid je. Lepas solat still duduk sini, cari ketenangan. (Macam apa je..huhu) Sekarang ni pulak rasa macam nak merapu kat blog sebab dah lama tak menulis, main copy paste je. Tak sempat nak update. Sibuk buat benda lain. Yela tu, sibuk la sangat.

Takpelah, yang penting doa. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Maaf ye kak, nak sangat pergi tadi tapi betul-betul tak sempat nak ikut.

Buat k.hidayah dan ustaz iskandar, semoga Allah merahmati kalian berdua hingga hujung nyawa. Barakallahu lakuma. =)

~entri yang entah apa-apa..(sekali-sekala takpe kot?)~

Thursday, February 17, 2011

Pro-M menang 13 kerusi tanpa bertanding di UIA

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) telahpun memenangi tanpa bertanding 13 kerusi, termasuk merampas dua 'kubu kuat' pro-Aspirasi selepas penamaan calon ditutup hari ini.


Keputusan tersebut diumumkan oleh ketua jawatankuasa pemilihan, Fauzi Muda - yang juga pengetua Kolej Ali - di Galeri pameran kuliah senibina, UIA jam 3 petang tadi.

Dalam pilihan raya kampus tahun lalu, pro-M memenangi 17 daripada 24 kerusi fakulti yang dipertandingkan.

Bagi tahun ini, 26 kerusi yang dipertandingkan - bertambah dua kerusi baru di fakulti pendidikan, hasil desakan kumpulan tersebut sebelum ini.

Daripada jumlah tersebut, 14 kerusi dipertandingkan di kampus induk di Gombak manakala 12 kerusi lagi di kampus UIA Kuantan.

Timbalan pengerusi pro-M, Ubaid Abd Akla berkata, enam daripada kerusi tersebut dimenangi di tiga kuliah, iaitu kejuruteraan (2), teknologi maklumat (2) dan kuliah alam bina (2) - kesemuanya di kampus induk di Gombak.

Manakala tujuh kerusi lagi dimenangi di empat kuliah di kampus cawangan UIA Kuantan - iaitu kuliah sains (2), farmasi (2), perubatan (2) dan pergigian (1).

Ubaid berkata, pro-M berjaya mempertahankan kubu kuat mereka tanpa bertanding di kuliah sains, farmasi dan perubatan.

Pengundian akan diadakan pada 22 Februari ini yang membabitkan lapan kerusi di Gombak (kuliah undang-undang (2), ekonomi (2), ilmu wahyu dan sains sosial (2) dan pendidikan (2).

Di Kuantan pula, empat lagi akan dipertandingkan, iaitu kuliah sains bersekutu (2) dan kejururawatan (2).

Manakala kumpulan pro-Aspirasi pula menang tanpa bertanding satu kerusi di kuliah pergigian. Tahun lalu, kumpulan tersebut memenangi tujuh kerusi.

Sementara itu, Fauzi juga mengumumkan bahawa kelima-lima kerusi antarabangsa turut dimenangi tanpa bertanding.

Selain UIAM, lima lagi universiti akan mengadakan penamaan calon masing-masing esok, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.

Sumber: malaysiakini
Senarai calon PRK UIAM boleh rujuk di sini.

Wednesday, February 16, 2011

Saturday, February 12, 2011

Quote: Imam As-Syafie Rahimahullah


Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia..

(Kata-kata terakhir Imam As-Syafie Rahimahullah sebelum bertemu Penciptanya)


Wednesday, February 9, 2011

♥ Mengemis Kasih ♥



Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku


Munsyid: Raihan

Sunday, February 6, 2011

Musim kenduri...III (◕‿◕✿)

Pagi tadi tiba di UIA kira-kira jam 8.30 pagi. Sangat lewat dari biasa. Subuh tadi masih berada di bentong, berhenti solat di sana.

Semalam jumpa hajar, datang hantar adik dia yang naik bas sekali dengan saya dan azlina. Lama tak jumpa dia. Seorang di gombak, seorang di kuantan, macam mana nak jumpa selalu. Sempatlah borak-borak sambil tunggu bas sampai. Mak ayah hajar pun ada sekali.

Sabtu, 5 feb 2011

Sibuk duk bermesej dengan kawan-kawan ex-skpp, tanya siapa yang nak pergi kenduri aziema. Nak jumpa pengantin, nak jumpa kawan-kawan juga. Dekat je, kalau jalan kaki pun tak sampai 10 minit. Pergi ke sana dengan zainab, jumpa amni sarah dan dayah. Budak-budak ni tetap sama macam dulu, kecoh. Dayah pun still kalut, tak berubah. :P

Cuma kami berempat yang datang waktu tu. Dah nak balik baru azrina dan shafini sampai. Kawan-kawan lain tak tau la datang tak, cuma yang ni yang sempat jumpa. Dan sempat juga lah bergambar bersama. Dulu kami semua sama saiz, sama-sama kemetot. Hehe. Sekarang ni dah lain, tak sama macam kecik-kecik dulu. Azrina sangat lah tinggi, shafini pun lebih kurang je. Tiba-tiba saya rasa sangat rendah. Huhu.

~tahniah aziema & suami~

Ingatkan pukul 3 dah nak bergerak untuk ke walimah shameera, last-last pukul 4 juga baru gerak. Kami konvoi 3 buah kereta. Kereta su'aidah, farah, dan farah ayuni. Semuanya satu batch, cuma ada yang tak sama kelas dan ada yang pindah sekolah masa form 4. Lagi sekali kecoh bila jumpa budak-budak ni. Tak berubah, cuma makin lawa je. Rindu sangat!

Mula-mula tengok farah ayuni, nyaris tak cam. Bulan 8 nanti nak pergi Ireland, sambung medic di sana. Kamilah pun datang, tengah buat master dah sekarang di UKM. Kami ni degree pun belum habis lagi.

Bila dah berjumpa masa ni lah nak tanya itu ini, cerita perkembangan masing-masing. Dalam kereta pun asyik gelak je. Bila kami sampai di rumah meera, rupa-rupanya ramai yang dah ada di sana, tengah makan. Lagi sekali buat reunion tak dirancang. Best2. ^_^

Sebelum balik shameera ajak bergambar dalam bilik pengantin pula. Masa form 5 dulu saya duduk sebelah dia dalam kelas. Meera ni memang sangat peramah. Dah jadi isteri orang pun sama je macam dulu, tak habis-habis buat lawak. Tak control ayu langsung. Isy3. :P Yang kelakarnya, kami ramai-ramai masuk dalam gambar, suami dia pula yang tolong tangkap gambar.

"Eh, sape yang patut amik gambar sape ni?"

"Ntah, pengantin pulak yang kena amik gambar".

"Takpe". nasib baik suami meera tak kisah.

Kononnya nak balik awal, tapi dalam 5.30 juga baru bertolak pulang. Tapi memang puas hati sebab dapat jumpa kawan-kawan lama walaupun sekejap.

Terima kasih kepada yang tumpangkan kenderaan dan hantar pulang ke rumah. Tahniah lagi sekali buat sahabat-sahabat yang dah bertukar status. Next wedding nak buat reunion di rumah siapa pula ye? :)

~tahniah shameera & suami~

Saturday, February 5, 2011

Musim kenduri...II (◕‿◕✿)

Ingatkan nak tulis dalam satu entri je, tapi macam panjang sangat la pulak. Jadinya, next walimah masuk dalam next entry.

"Apa perasaan jie bila kawan-kawan dah nak kahwin?" K.atiqah bertanya masa keluar jumpa dia hari tu.

"Happy untuk diorang. Seronok la, tumpang gembira." Memang itu yang saya rasa.

"Jie tak rasa nak kahwin jugak?" tiba-tiba soalan itu yang dilontarkan.

"Hm, tak." saya menjawab jujur. Mungkin pernah terdetik, tapi memikirkan amanah dan tanggungjawab lain, jawapannya ialah 'tidak'. :)

Jawapan lain, tunggu putera kayangan. Berangan! Lalala~

Jumaat, 4 Feb 2011

Hari ni walimah fatiha, salah seorang sahabat baik semasa di maahad. Akad nikah semalam, sama dengan azie. Saya dengan fatiha satu batch, tapi tak sama kelas. Masa tu fatiha jadi ketua pengawas, saya jadi ketua badan dakwah. Jadinya, memang banyak masa bersama, sebab dia pun salah seorang exco badan dakwah masa tu.

First time kenal dia masa peralihan, pun tak sekelas, tapi kami seusrah. Saya ingat lagi, mula-mula kenal terus serasi dengan dia. Start form 3, kami sama-sama jadi naqibah pula. Bezanya, dia pengawas, saya tak. Eh, ni nak cerita apa sebenarnya ni? Huhu...

Plan asal nak jumpa dekat wakaf bharu jam 2.30 petang, konvoi ramai-ramai. Tapi hampir 3.30 petang baru farah sampai di rumah saya. Tunggu ayahnya balik baru boleh guna kereta. Lepas tu singgah rumah samihah, jemput dia dan nuha, dekat je rumah saya.

Kami yang paling lambat, bila sampai di tempat yang dijanjikan semua orang dah ada. Tak perasan pula berapa buah kereta semuanya, motor pun ada. 'Meriah' sungguh tengok budak-budak ni. Memang gaya nak pergi kenduri la, semua lawa-lawa. Nasib baik cam.

Salah satu perkara yang paling best ialah dapat berjumpa kawan-kawan lama. Reunion secara tak langsung semasa walimah. Ada yang dah bertahun-tahun tak jumpa. Rindunya kat korang!

Perasaan, sangat happy, sangat excited, sangat teruja. Ada yang tak jumpa langsung lepas keluar sekolah. Time walimah memang waktu yang sesuai dan tempat terbaik untuk ber'reunion'. ^_^

"Kita ni datang kenduri kahwin ke datang reunion?" konfius2..:P

Dahla semangat bergambar. Tak taula berapa banyak kamera. Termasuklah kamera encik photographer, pun masuk juga muka kami ni. Siapa yang jadi pengantin sebenarnya ni? Musykil. Kesian pengantin penat bergambar. Yang bestnya kawan-kawan sekolah semuanya perempuan. Rasanya memang terlebih kecoh la budak-budak ni. Saya cool je. :D

Lepas tu boleh pula sekat fatiha untuk bergambar dengan dia, padahal suaminya dah get ready untuk makan beradab. Budak-budak ni memang la. Er, termasuk saya sekali la tu. Hehe. Rasanya dah lebih 4 tahun saya tak jumpa fatiha.

"Jie, jom masuk bilik pengantin." zahidah mengajak.

"Boleh ke? Pengantin tengah makan tu." saya agak ragu-ragu, tapi memang nak masuk jugak sebenarnya.

"Jap..farah, jom masuk bilik pengantin. Ni zahidah ajak." saya mencuit farah.

"Eh, saya pulak." zahidah mengelak.

Last-last memang semua orang masuk. Dah minta izin dah. Pengantin tengah makan lagi masa tu, kami pula yang sibuk bergambar dalam bilik pengantin. Kenangan itu penting ye. :)

Balik pun farah hantarkan. Dah dekat pukul 6 masa tu. Lama betul group saya (yang naik kereta farah) duduk sana. Yang lain-lain dah balik dah. Banyak betul ambil gambar dengan kamera farah. Berhenti tu pun sebab bateri kamera dia dah habis. Kalau tak mesti duk sibuk bergambar lagi kan farah?

"Bateri habis dah? Hm, dia bagi signal suruh balik la tu." zahidah dah gelak dah.

Laju je farah upload gambar kat facebook. Lepas ni kecoh dalam fb pula, sibuk duk berbalas-balas komen.

Alhamdulillah seorang demi seorang dah settle. Ada lagi sahabat-sahabat yang akan menyusul lepas ni. Sangat gembira untuk kamu. ^_^ Ada lagi walimah lain, sambung dalam next entry pula.

~tahniah fatiha & suami~


Malam ni nak balik UIA dah. Cepatnya seminggu berlalu. Masih banyak tugasan yang menanti dan amanah yang perlu dilaksanakan. Rasa macam tak nak balik boleh tak? Huhu...

Friday, February 4, 2011

Musim kenduri... (◕‿◕✿)

Ramai yang mengambil peluang pada musim cuti ini untuk mendirikan baitul muslim. Alfu mabruk kepada yang telah sempurna separuh agamanya, alhamdulillah. Maaf kerana tidak dapat memenuhi kesemua undangan yang diterima.

Untuk bulan-bulan yang seterusnya pun saya sudah mendapat jemputan. Insyaallah andai tiada apa-apa halangan saya akan bersama-sama meraikan hari bersejarah sahabat-sahabat yang lain. 

Khamis, 3 Feb 2011

Lepas zohor, k.jie datang jemput saya. Then kami ke rumah k.ain, ayah k.jie hantar dengan kereta. Lama juga duduk di rumah k.ain, dalam 2 jam. Ingatkan nak pergi terus ke tempat kejadian, rupa-rupanya lepas asar baru bertolak. Panjang ceritanya kalau nak tulis semua. Pendek cerita macam tu lah.

Dalam 5.30 lebih kami bertolak dari rumah k.ain. Saya, k.jie, k.ain, dan encik driver nya adik k.ain. Ada la body guard seorang untuk jaga kakak-kakak ni. Hehe. Memandangkan ada dua orang "JIE" yang jadi penumpang di belakang, asyik tanya je "JIE" mana satu bila k.ain sebut "JIE". Alahai...

Sebenarnya jerteh dengan kota bharu tak jauh mana pun, dalam sejam atau tak sampai sejam perjalanan. Tapi sebab ada tunggu orang, sekejap nak jumpa kat tempat tu, sekejap nak jumpa kat tempat ni, beberapa misscommunication berlaku menyebabkan sedikit kelewatan dalam perjalanan. 

Kami solat maghrib di masjid hadhari. Cantik masjid tu. Akad nikah selepas isya'.

Dah jumpa pengantin lelaki di masjid, tapi bukan nikah kat situ ye. Saya pergi ni dengan rombongan sahabat-sahabat sebelah pengantin lelaki. Join batch k.jie dan k.ain. Tapi, pengantin perempuan tu ex-roommate saya tau! (◡‿◡✿)

Sepatutnya akad nikah di rumah pengantin perempuan, tapi ada sedikit masalah di pihak tok kadi maka akad nikah dijalankan di rumah beliau. Maka, kami ke rumah pengantin perempuan dulu untuk menjemputnya ke rumah tok kadi. Nasib baik tak jauh sangat. Yelah, naik kereta kan, bukan jalan kaki. 

Cantiknya azie! Sweet sangat, dik...

Dengan sekali lafaz, mereka sah sebagai suami isteri. Alhamdulillah.

"Tahniah azie, semoga bahagia sampai akhir hayat." saya memeluk azie usai akad nikah dan bacaan doa. 

"Terima kasih, k.jie. Berdebar ni." azie senyum segaris. Manis.

"K.jie pun tolong berdebar untuk azie jugak tau." pelukan dileraikan. Yang lain-lain sudah mula melangkah keluar. Perlu bergerak ke rumah pengantin perempuan. Tapi saya dan k.jie yang menumpang k.ain terpaksa pulang dulu. Memang azie beria-ia ajak kami singgah dulu, tapi memang terpaksa balik terus. Perjalanan masih jauh. Maaf ye, dik. Huhu...

Sampai di rumah dah tengah malam. Ma dengan abah memang dah tidur pun. Tapi adik belum tidur lagi.

Terima kasih k.ain dan encik driver adik k.ain tu sebab sudi hantar sampai ke rumah. Takkan nak tinggal tepi jalan pula kan? :P Terima kasih juga sebab belanja makan. Tak dapat hadir ke majlis perkahwinan (esoknya), dapat pergi majlis akad nikah pun dah sangat bersyukur. Sebab dapat tengok detik-detik bersejarah tu.

Nasib baik boleh tumpang sekali. Lepas ni tunggu giliran k.jie dengan k.ain la pulak. Kamu kan sudah grad. :)

~tahniah azie & rauf~

Wednesday, February 2, 2011

Berwajah baru..^_^

Dengan ini diumumkan, saya telah melakukan 'pencerahan' terhadap blog ini. (◠‿◠)

Sebenarnya dah lama sangat-sangat-sangat (rosak bahasa melayu) nak tukar template blog, nak tukar background, tapi asyik tangguh je. Setelah berada di rumah baru terlaksana, alhamdulillah. Baru je tukar semalam. :)

Awal-awal buat blog dulu, saya pernah guna warna pink, lepas tu tukar hijau, lepas tu tak ingatlah. Yang pasti, paling lama saya guna warna hitam. Sebelum guna template warna hitam (sebelum tukar yang sekarang ni) juga dah pernah guna warna hitam beberapa kali. Rasa cantik je background hitam. Lawa kan?

Kali ni rasa nak tukar warna cerah pula. Yang mendamaikan, yang menenangkan, yang sejuk mata memandang. Tak kisahlah pandangan orang, yang penting saya suka. Blog saya, saya punya suka la kan? :P

Sewaktu bersembang dengan fiza, my ex-roommate merangkap classmate saya, dia pernah cakap,

"Tukar la background blog k.jie tu, hitam..gelap je kite tengok."

"Tukar? Warna apa?" saya bertanya kembali.

"Warna...apa-apa la.. Pink ke..." dia memberikan cadangan. Budak kecik tu memang fanatik pink.

"Pink??? Tak naklah!" dengan tegasnya saya membangkang. Huhu..

Sebenarnya agak leceh kalau nak tukar template banyak-banyak kali, ada la benda-benda lain nak kena adjust. Yang ni nasib baik link tak hilang, kalau tak memang jenuh la nak buat balik semua link tu. Widget pun ada lagi.

Kalau ikutkan, saya memang suka warna yang cerah-cerah. Tapi untuk blog, rasa cantik je warna hitam. Pada mata saya lah. Lama juga fikir sebelum tukar ni. Tapi saya dah rasa puas hati dengan yang baru ni. Tak ada sesiapa yang suruh pun, memang saya sendiri rasa nak ubah. Gambar bunga kat belakang tu pun saya suka. Saya memang suka bunga. Biasa la perempuan. (◡‿◡✿)


Header blog tak tukar pun. Yang tu pun ok je kot. Saya ni tak pandai sangat edit-edit gambar, sikit-sikit bolehlah. Kalau time ada mood, time rajin, time ada masa, baru saya buat. Itu pun guna photoscape atau ulead je. Tak reti-reti lagi nak guna adobe photoshop. Complicated. Kena menuntut dulu. Ke ada sesiapa yang nak buatkan header baru untuk saya? Sangat dialu-alukan. :D