Followers

Thursday, February 24, 2011

Di kala hujan...

Entri ini agak mengada-ngada, sila tabah membacanya. Pinjam trademark k.yuz comot comel. :P

Petang ni hujan. Lebat. Sangat.

Nasib baik bawa payung. Memang sentiasa ada dalam beg. Lepas kelas tadi pergi library sekejap, pulangkan buku. Semalam buat assignment sampai tak tidur. Siapa suruh buat kerja last minit? Sebelum ni pun macam tu juga, tak tidur semalaman, lepas subuh collapse kat sejadah. Kepala berat sangat! Macam mana la 'biological clock' tak rosak...isy3...



Lepas pulang buku, terus balik. Walaupun hujan masih sangat lebat, dengan guruh yang tak berhenti, kilat lagi, takut juga la...tapi dengan gigihnya saya terus melangkah.

Air bertakung tu tak payah cakaplah. Kasut pun dah tenggelam dalam air. Hujung jubah pun sama. Redah jelah. Payung cuma berfungsi untuk melindungi sebahagian badan. Huhu.

Balik lalu ikut celpad macam biasa. Sebelum melintas, pandang kiri kanan. Jaga keselamatan itu penting ye. Tiba-tiba ada satu kereta lalu dan.....

Debushhhhh!!!

"Astaghfirullahal'azim! Agak-agak la sikit kalau nak bawa kereta tu pun." saya mengomel. Memang tak ada siapa yang dengar pun. Jangan risau, tak ada sesiapa yang accident. Tapi, tadi cuma basah di bahagian hujung jubah je, sekarang ni memang dah basah bahagian atas sekali. Wuwuwu...T_T

Kereta tersebut memang bergerak agak laju. Sangat tak patut! Hati-hati la sikit drive tu, apa salahnya bawa slow-slow time hujan macam ni. Kesian kat pejalan kaki macam saya. Tabah jelah.

Rasa macam nak campak tutup je payung tu dan jalan kat tengah-tengah hujan. Best apa! Alang-alang basah, kan. Tapi nasib baik lah saya tak buat macam tu. Sebab tak sampai hati nak membiarkan diri kehujanan. Dahlah selalu selesema, asyik bersin je tak berhenti. -_-"

Sebenarnya kan, memang rasa teringin berjalan dalam hujan tanpa payung. Sebab dah lama sangat tak main hujan. Tak matured kan? :P

Hujan memang best!

Alhamdulillah.




“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, laludengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) –nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala macam jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (al-Baqarah: 164)

1 comment:

puteri semut yang pemalu tapi comel (*_^)/ said...

oooo pakai akak nyeee word ekkkk haaa bayar2... hahahha jie yg comot lebih sikit drpd akak....akak rindu kamu... bile nak date ni???