Hari ni ada kelas EAW pukul 8.30-10.00 pagi. Clash dengan kelas ganti waktu yang sama. Tapi kelas english tu habis awal macam biasa. Dalam pukul 9 lebih mdm dah stop. Tapi jumpa mdm sekejap bincang pasal 1st draft yang mdm betulkan. Nanti kena submit 2nd draft pulak.
Lepas tu pergi kelas ganti. Masuk je kelas semua orang pandang. Yelah, dah datang lambat. Sir yang tengah bagi lecture pun berhenti kejap. Dahla tak bagitau awal-awal ada kelas lain. Huhu... Tapi ok je, sir tak marah pun. Nasib baik la dua-dua kelas ni tak jauh, kat HS jugak.
Lepas habis kelas, ingatkan nak pergi library tapi tak jadi, masuk masjid. Sebelum tu singgah kiosk. Beli crunchie dengan nescafe, sebab mengantuk. Then sambung taip assignment. Sampailah khutbah jumaat pun still menaip lagi. Tunggu orang habis solat jumaat, saya solat zohor. Tapi ramai je sisters+muslimat yang solat jumaat.
Pukul 2.45 ada briefing untuk internship program. Student yang akan praktikal la maknanya. Tapi dah pukul 3 lebih baru start. Biasala tu, memang susah nak punctual. Bajet habis pukul 4.30 tapi pukul 5 baru habis.
Terkilan. Sedih.
Sebab, tak dapat pergi akad nikah k.hidayah nisa' selayang. Uhuk3...(emo la pulak). Sahabat-sahabat lain pergi sebelum asar, memang planning macam tu pun. Ingatkan sempat, tapi memang tak sempat join diorang. Nak buat macam mana. Tak ada rezeki nak pergi.
Lepas tu masuk masjid lagi sekali, solat asar. Sebab briefing tadi pun dekat ADM LT1, sebelah masjid je. Lepas solat still duduk sini, cari ketenangan. (Macam apa je..huhu) Sekarang ni pulak rasa macam nak merapu kat blog sebab dah lama tak menulis, main copy paste je. Tak sempat nak update. Sibuk buat benda lain. Yela tu, sibuk la sangat.
Takpelah, yang penting doa. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Maaf ye kak, nak sangat pergi tadi tapi betul-betul tak sempat nak ikut.
Buat k.hidayah dan ustaz iskandar, semoga Allah merahmati kalian berdua hingga hujung nyawa. Barakallahu lakuma. =)
~entri yang entah apa-apa..(sekali-sekala takpe kot?)~

No comments:
Post a Comment