Followers

Wednesday, February 2, 2011

Berwajah baru..^_^

Dengan ini diumumkan, saya telah melakukan 'pencerahan' terhadap blog ini. (◠‿◠)

Sebenarnya dah lama sangat-sangat-sangat (rosak bahasa melayu) nak tukar template blog, nak tukar background, tapi asyik tangguh je. Setelah berada di rumah baru terlaksana, alhamdulillah. Baru je tukar semalam. :)

Awal-awal buat blog dulu, saya pernah guna warna pink, lepas tu tukar hijau, lepas tu tak ingatlah. Yang pasti, paling lama saya guna warna hitam. Sebelum guna template warna hitam (sebelum tukar yang sekarang ni) juga dah pernah guna warna hitam beberapa kali. Rasa cantik je background hitam. Lawa kan?

Kali ni rasa nak tukar warna cerah pula. Yang mendamaikan, yang menenangkan, yang sejuk mata memandang. Tak kisahlah pandangan orang, yang penting saya suka. Blog saya, saya punya suka la kan? :P

Sewaktu bersembang dengan fiza, my ex-roommate merangkap classmate saya, dia pernah cakap,

"Tukar la background blog k.jie tu, hitam..gelap je kite tengok."

"Tukar? Warna apa?" saya bertanya kembali.

"Warna...apa-apa la.. Pink ke..." dia memberikan cadangan. Budak kecik tu memang fanatik pink.

"Pink??? Tak naklah!" dengan tegasnya saya membangkang. Huhu..

Sebenarnya agak leceh kalau nak tukar template banyak-banyak kali, ada la benda-benda lain nak kena adjust. Yang ni nasib baik link tak hilang, kalau tak memang jenuh la nak buat balik semua link tu. Widget pun ada lagi.

Kalau ikutkan, saya memang suka warna yang cerah-cerah. Tapi untuk blog, rasa cantik je warna hitam. Pada mata saya lah. Lama juga fikir sebelum tukar ni. Tapi saya dah rasa puas hati dengan yang baru ni. Tak ada sesiapa yang suruh pun, memang saya sendiri rasa nak ubah. Gambar bunga kat belakang tu pun saya suka. Saya memang suka bunga. Biasa la perempuan. (◡‿◡✿)


Header blog tak tukar pun. Yang tu pun ok je kot. Saya ni tak pandai sangat edit-edit gambar, sikit-sikit bolehlah. Kalau time ada mood, time rajin, time ada masa, baru saya buat. Itu pun guna photoscape atau ulead je. Tak reti-reti lagi nak guna adobe photoshop. Complicated. Kena menuntut dulu. Ke ada sesiapa yang nak buatkan header baru untuk saya? Sangat dialu-alukan. :D

7 comments:

batrisya qistina said...

awak berwajah baru?gigi baru ke..ngeh2..lmbt weyh nak makan nasi minyak..lalalala

sufygirl said...

wajah saya sama je, ttp comel..:P

sengal la kamu ni, mmg x sah kalau xmenyakat org.

kamu 2 dah berkerjaya, cuba la jadi matang sikit. (wpun awak adik, xkisahlah)

jadi, sila kawen dulu. saya student lagi..lalala~

eliana said...

haa...cerah cket.. suke2.. :)

batrisya qistina said...

haha..byk benda sy nk wat lagi..kalu kawen t sapa nak tolong wat impian sy..;p

sy adik yang hot meletup hbs,besala kan =))

dgr kata awak takut gemuk ea..hahaha..gemuk tak pernah nak kawan dgn sy..lalala

Fieza said...

hahhaha.. finally! ngeh3..

sufygirl said...

>> eliana,

thanx yana! jie pun suka gak..hee~


>> ahmad,

kalau kawen nanti suh la isteri awak tolong..haila dia ni..

senget!

awak yg cekeding! :P


>> fieza,

dah lama sangat postpone nye, pasang niat je..ni baru tertunai..hehe

batrisya qistina said...

haha..isteri sy pon confirm tak dapat menolong kegemukan sy..ngee..barakallahulakuma kak jie :p