Bila dah balik rumah, maknanya sedang bercuti la! ^_^
Sampai rumah je dah boleh release tension. Adakah sangat stress bila berada di kampus? Er, tak jugak. Ada banyak waktu yang menggembirakan sebenarnya. Tetapi oleh kerana kesibukan sebagai seorang student (sibuk la sangat kan), kadang-kadang stress tu datang. Maka bila balik rumah, otak pun boleh rehat. :)
Sudah masuk hari ketiga saya berada di rumah. Belum belek nota pun lagi! Bila nak study ni jie? =_='
Cuti seminggu yang agak kurang best, sebab baru lepas 1paper untuk mid-term. Hari selasa next week ada 3paper berderet. Sedih kan? T_T
Memang tension, tapi kalau tak study, balik UIA nanti lagi lah berganda-ganda tension nya. Perlu tabah menghadapi saat-saat sebegini. Ok, saya dah mula melalut. Abaikan.
Bila baca entri salah seorang adik saya tentang balik kampung membuatkan saya tergelak sendiri. Izzat, izzat..kelakar la awak ni. Tapi balik rumah tetap best!
Masa nak balik hari tu, pinjam beg abang. Beg yang besar. Sebab banyak sangat barang yang nak dibawa balik. Lebih sikit la dari sebelum-sebelum ni, dengan buku-buku lagi. Itu pun masih baaaanyak lagi dalam kotak. Er, bukan buku akademik, tapi buku ilmiah, plus buku sirah dan haraki sikit-sikit.
Biasanya kalau naik bas dalam UIA, jalan kaki je dari mahallah ke tangga besar. Sampai sana memang sangat penat. Jauh kot! Dengan beg besar gedabak, tak larat. Bukan seorang, dengan azlina. Memang selalu dengan dia kalau nak balik kampung atau balik UIA balik.
Hari tu, minta tolong orang hantar. Tanya dulu, survey kalau ada sesiapa yang free dan ada kereta. Adik ni ada meeting, kakak tu dah balik, last-last ada la seorang adik dapat hantar. Alhamdulillah. Terima kasih ye, awak. Akak tau awak memang suka disusahkan. :P Bila lagi nak berjasa kat kakak kan? Bertambah pahala awak.
Tambah tolak, ada 5 hari je lagi kat rumah. Weekend ni pulak, kawan-kawan sekolah nak kahwin. Maknanya, ada 3 hari yang betul-betul free untuk study. Bila nak start ni jie? Nak kena siapkan assignment jugak, report lagi. Sabar, sabar. Jangan merungut.
Hargai masa cuti.
Hargai saat-saat sewaktu berada di rumah.
Hargai sisa-sisa waktu yang berbaki.
Home sweet home!
Esok start study ye? :)

No comments:
Post a Comment