Followers

Tuesday, January 25, 2011

Seharian bersama.


“Lain dari yang akak fikir. Jie nampak matang.” Kak atiqah memandang sebaik saya menanggalkan niqab.


“Memang biasa orang cakap macam tu pun. Ala tak kisah je. Jie gi amik wudhu’ dulu ye.” Saya berlalu, kak atiqah jaga beg. Masih belum tengok muka dia lagi masa tu.


Selesai saya berwudhu', “Akak nampak...sangat lain lah. Lain sangat.” Giliran saya pula cakap macam tu. Dan dia pula tersenyum.


Saya solat zohor, k.atiqah terus jamak. Masa sampai di surau, baru pukul 1.45, tapi keluar surau dah dekat 3.30 petang. Itu pun k.atiqah macam tak nak keluar je. Banyak sangat cerita dia. Dari sekecil-kecil perkara, sampai lah kepada masalah ummah. Bab akidah, ibadah, sirah, akhlak, semua masuk.

“Kita nak gi mana pulak ni?”

"Emm..."

“KFC?"

"Jom.”

Macam biasa, cari tempat hujung-hujung atau yang terlindung. Sambil-sambil tengah beratur nak order pun sempat lagi k.atiqah snap gambar dengan hp dia tu.

“Akak ni, kang orang cakap apa pulak, buang tebiat ke apa budak-budak ni.” Layan jelah.


~our lunch~


Walaupun baru kenal, (baru jumpa) tapi macam dah lama sangat kenal. Macam-macam perkara kami kongsi. Tapi sesi taaruf kita still belum selesai lagi kan? Dah seharian bersama pun tak cukup lagi. Tunggu la next meeting pula, kita sambung agenda seterusnya. Agenda apakah? Tunggu.. :P


Bila kak atiqah bercerita, saya mendengar, sekali-sekala mengangguk. Ada masanya termenung dan berfikir. Fikir apa yang akak cakap tu la, bukan fikir benda lain. Dan beberapa kali juga dia menitiskan air mata.


“Sebab akak dah sayang sangat dengan dia, kami terlalu rapat.” Bergenang lagi air matanya. Dia pernah cerita tentang adik tu sebelum ni, tapi saya tak tau kisah keseluruhannya, tak tau rupanya begitu complicated. Ramai sangat adik-adik dia.

Aishh, ni yang tak best ni. Saya saja buat tak layan, lepas tu tukar topik lain. Kisahnya, tak perlu diceritakan di sini. 

Jie bukan tak sampai hati tengok akak menangis, tapi silap haribulan jie pun menangis sama, tak ke haru? Dah la susah nak jumpa, tiba-tiba pulak keluar cerita sedih, tak best. Kalau ye pun nak buat sesi muhasabah, tunggu hari lain. Lagi satu, pilih tempat yang sesuai sikit ye.

Jujurnya, saya pun dah rasa rapat dengan kakak ni. Tapi kena faham, even kita rapat macam mana sekalipun dengan sahabat tu, dia masih ada sahabat-sahabat lain, yang dah lama kenal, yang lagi rapat. Sayang pun kena berpada-pada.


Kak atiqah ada bagitau, ada seorang adik ni, dah mula rapat dengan dia. Sampai satu masa, dia cemburu bila ada orang lain rapat dengan kakak. Sedangkan dia tau, kakak ni masih ada ramai adik-adik yang perlu dijaga dan diberi perhatian. Susah juga kalau dah jadi macam ni kan?


Sabda Rasullulah SAW " Sayangilah seseorang itu dengan sekadarnya kerana dia mungkin akan menjadi org yg paling kamu benci dan benci lah seseorang itu dengan sekadarnya kerana dia mungkin menjadi org yg kamu paling sayang.."



Banyak sangat yang dia pesan. 


"Jie kena ingat, apa-apa masalah yang jie lalui sekarang, cuma sikit. Kalau nak banding dengan apa yang akan jie lalui pada masa depan, banyak lagi cabarannya. Jie akan hadapi benda yang lebih besar. Kalau yang sekarang ni pun jie tak mampu nak mujahadah, macam mana jie nak berdepan dengan perkara yang lebih berat nanti?" saya cuma menadah telinga mendengar kata-katanya.


"Masalah jie sekarang kecik je. Cuba fikir, jie akan berhadapan dengan dunia luar nanti, macam mana bila dah kerja, macam mana bila dah kahwin... Semua tu memerlukan kekuatan dalaman. Paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah," dia menyambung.

Konklusinya, terima kasih banyak-banyak for the inspiring words. Insyaallah jie akan terus kuat. Kena tabah! ;)


Ingatkan nak balik awal, tapi rasa cepat je masa berlalu. Dah hampir pukul 5 petang. Sekali lagi ke surau untuk solat asar. Dalam surau pun ambil gambar lagi. Lepas tu saya ajak kak atiqah masuk bilik air ambil gambar depan cermin. Hehe...:P


Dah pukul 6 petang baru kami berpisah. Itupun ada je lagi benda yang nak dibualkan. Macam tak nak berganjak je.


“Tak balik la kita macam ni.” Kak atiqah bersuara.


“Ok, ok..dah, jom balik!” saya pun dah banyak kali tengok jam sebenarnya. 

"Jangan sedih-sedih ye, kak. Kalau rindu miskol je. Lain kali jumpa lagi insyaallah. Nanti belanja lagi ye." sambil memeluknya.

"Insyaallah." 

“Terima kasih sebab jadi kakak jie.”


“Terima kasih juga sebab jadi adik akak.” Dia membalas.


Dan kami pun berpisah. Saya ke kaunter LRT, kak atiqah ke kaunter komuter. Hampir pukul 7 sampai di terminal putra. Masa sampai di bilik dah masuk waktu maghrib. Disebabkan masih tak berapa sihat, sangatlah penat seluruh badan. Rasa macam gi panjat bukit pula, padahal jalan-jalan je pun.


Seronok dapat kenal akak, jumpa akak, dan habiskan masa dengan akak. Thank you for everything. :)

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum dik...

Aih, tergelak-gelak akak baca yang ni..seb bek dok sorang2 je kat umah..kalau kat library, kang ada yang orang kata apa pulak kang...kui3..

Syukran jugak dik..untuk semuanya..

Jaga kesihatan, dan jaga diri..>:D<

Anonymous said...

Ramai sangat adik-adik dia.

wah..akak rasa cam...oh..oh..jie ni kan..sabo jolah..hahahaha..

Ta'aruf said...

Salam ziarah...
Sekadar bertanya...

Apa pendapat akak tentang membeli barangan-barangan muqoto'ah (boycott products) eg. KFC, McD, Pepsi etc...

Maaf, sekadar meninjau pendapat orang ramai...

Anonymous said...

bismillah. alhamdulillah. assalamualaikum.

sekadar berkongsi. marilah kita renungi artikel ini. insha-allah.

http://id-id.facebook.com/note.php?note_id=170053926359708

semoga allah melindungi kita semua. ameen.

Anonymous said...

bismillah. alhamdulillah. assalamualaikum.

utk Imran Jaamat:

sila rujuk url ini:

http://www.islamqa.com/en/ref/20732

wallahu'alam~

islam bukan sekadar pendapat, tetapi quran dan sunnah yg sahih. difahami dgn cara yg benar~