Followers

Saturday, January 8, 2011

Dah lain ye?

"Dulu selalu mesej, makan sekali, banyak luangkan masa bersama. Tapi lepas kawan saya tu kahwin tak macam tu lagi dah. Sedihla saya..." seorang teman meluahkan rasa hatinya kepada saya.

"Orang dah kahwin, memanglah..tak sama macam orang belum kahwin. Dah ada suami, ada tanggungjawab lain." saya membalas mesejnya ketika itu.

"Sebelum ni, kalau cuti ke apa, mesti kawan saya mesej dengan saya, ni lama dah tak mesej tanya khabar. Saya rasa makin jauh je dengan dia. " teman saya menyambung.

"Biasala tu. Mana sama situasi sebelum dan selepas kahwin, kenalah faham keadaan dia." Saya cuba memujuk. Memang tak sama kan? 

Hm..sahabat-sahabat yang seusia dengan saya sudah ramai yang berkahwin, malah yang lebih muda pun. Tak dinafikan, memang ada yang membuatkan sesetengah orang terasa 'jauh' setelah sahabat ini ini bertukar status. Tapi ada juga yang sebaliknya, merasa semakin rapat setelah dia berkahwin. Saya mengalaminya. Mungkin sebab masa tu baru kenal, dan ukhuwwah kami berpanjangan setelah sahabat ini mendirikan rumah tangga. (◕‿◕✿)


Pada saya, terpulang pada individu itu sendiri. Ada yang semakin 'jauh', dan ada yang semakin menghargai orang-orang di sekelilingnya. Cuma, jangan abaikan sahabat-sahabat yang sentiasa bersama dengan kita. Lebih-lebih lagi teman rapat. Saya pun tak tahu masa depan sendiri macam mana.

"Akak kalau dah kahwin nanti jangan buat macam tu ye. Jangan lupakan saya tau." mesej seterusnya masuk ke inbox.

"Taklah, insyaallah akak akan jaga ukhuwwah dengan sahabat-sahabat. Awak pun jangan lupakan akak. Tapi hal akan datang kita tak tau kan. Doakanlah kita dapat saling menjaga. Ingatkan akak juga." pesanan itu lebih kepada diri sendiri sebenarnya. Susah nak jaga hati orang. Sangat susah nak puaskan hati semua orang. Tapi cubalah. Usaha.

Tahniah buat sahabat-sahabat yang bakal mendirikan baitul muslim tak lama lagi. Cuti mid-sem nanti (sekali dengan cuti raya cina), banyak mendapat undangan walimah dari sahabat-sahabat uia dan sahabat-sahabat ex-maahad. 


Tapinya, negeri lain-lain dan tarikh pula clash. Aishh...Makanya, pergi yang mana paling dekat jelah. Barakallah untuk semua. ~May Allah bless~ ◕‿◕



1 comment:

Brilliant Marjan said...

Salam...

Biasanya memang macam tulah bila dah berumah tangga...tapi kita pun kena faham, sebab tanggungjawab dah lain..tapi mostly ramai perempuan yang dah berkahwin akan macam tu...

~memang susah nak puaskan hati semua pihak..tapi cukuplah berpada-pada..