Followers

Wednesday, January 5, 2011

Entri baru.


First entry untuk 2011. Kesuntukan masa untuk meng'update' blog. (Ye ke?) Harapnya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Sudah tertunaikah azam tahun lalu?


Muhasabah.


Tahun ni tak pergi sambut (operasi) tahun baru seperti tahun-tahun sudah. Ada perkara lain yang perlu diutamakan.


Hari isnin lepas first time tinggal kelas untuk sem ini. Terima kasih iffah sebab teman k.jie ke klinik. Dapat MC sehari. Tapi masa pergi kelas semalam masih rasa kurang stabil. Jalan pun rasa macam nak tumbang je. Hari ni alhamdulillah, dah sihat. Dah lama tak rasa 'nikmat sakit'. :)


Saya terjumpa ini. Mahu pergi? Jom. :P







Gambar2 ini saya curi di fb Malaysia Chocolate Fair(●*∩_∩*●)

6 comments:

Helme Zulkipli said...

Salam...

terdapat dua perkara yang boleh kita imbas kembali dengan datangnya tahun baru ini. Biarpun dalam kalendar Hijrah mahupun kalendar Masihi.

kedatangan 1 Muharram 1432 telah membuatkan kita perbetulkan semula iltizam dan niat serta mempertingkatkan keazaman kita dalam menempuhi ujian yang bakal dilalui sepanjang tahun 1432H tersebut. ia adalah suatu proses yang biasa kita lakukan iaitu 3B-Buka Buku Baru.

manakala kedatangan 1 Januari 2011 pula akan membuatkan kita mengimbas kembali apakah manifesto yang kita lakarkan pada 1 Muharram 1432 yang lalu sedang berjalan di dalam landasannya atau tidak.

Seandainya masih belum bermula sedikitpun manifesto kita yang terlafaz pada 1 Muharram di saat 1 Januari menjelang, pasti ada yang tidak kena dengan 'Kerajaan Perpaduan' antara 'Akal' dan 'Hati' kita.

Fikirkan kembali apakah 'Kerajaan Akal' telah melompat parti ataupun 'Kerajaan Hati' yang mengkhianati janji.

Walau apa pun hasilnya, ia tetap berpaksikan pada keimanan kita sendiri. Semuanya Dari Dalam Diri.

Wassalam...

Zinnirah al Jannah said...

Oh, choc fair? Sangatlah menerujakan~ :D

Sakit di tahun baru? Syafakillah~ Selamat tahun baru 2011 Jie~ :)

Anonymous said...

salam...

jaga kesihatan...

-wafi

sufygirl said...

>>helme

w'slm wbt.

jazakallah akh.
what a meaningful message.
thanx for drop here.

'Kerajaan Perpaduan' antara 'Akal' dan 'Hati' ~ suka term ni. :)

sufygirl said...

>> zinnirah

hai, syg! rindu kamu~
awal2 dah dapat kifarah..alhamdulillah. ^_~

sebelum ni jadi komiti choc fair kat uia (okt'2010)
ni nak gi tengok choc fair kat luar plak..hehe

sufygirl said...

>> wafi

w'slm wbt.

insyaallah.
syukran 'ala ziarah.