Followers

Wednesday, January 19, 2011

~♥~ Ujian hati ~♥~


Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda bahawa Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingatkan kita dalam usaha kita mengingatkan orang lain! 
-Ustaz Pahrol Md Juoi.




"Kalau lah hati ni boleh ditukar..." saya mengadu.



"Hati tak boleh ditukar, dik..tapi boleh dibersihkan. Ambil wudhu', dan terus menghadap Allah..."

"Ya Allah, Kau tahu aku tak mampu, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi perkara ini.." 

"Sebaik-baik pertolongan sebenarnya adalah dari Allah. Semua ujian yang Allah beri, sebenarnya tujuan DIA satu je dik, Allah nak kita dekat dengan DIA. Dekatkanlah diri jie pada DIA..banyak-banyak munajat pada DIA. Akak cuma boleh ingatkan jie apa yang jie terlupa tapi selebihnya, jie yg kena kuat mujahadah. Nak dapatkan cinta Allah, bukan boleh bertolong dik, jie sendiri kena buat. Akak cuma bagi direction je." 

Memang benar. Saya perlu tolong diri sendiri. Tiada siapa yang boleh bantu melainkan diri sendiri. Nak harapkan orang doa untuk kita, boleh. Tapi kalau kita sendiri tidak berdoa, apa gunanya?

"Kenapa mesti kita yang sibuk-sibuk nak meng'judge' apa yang manusia buat kat kita? Biarkan...yakin Allah akan balasnya. Yang jie kena belajar, cuba untuk bertenang dan senyum. Tersenyumlah wahai ukhti habibati. Semua ni, pelajaran dari Allah, nak mengajar kita. Macam jie, Allah sedang mengajar jie cara untuk mujahadah. Tapi jie tak faham, dan jie tanyakan pada akak." 

"Tapi kerja sekolah siapa yang buat murid-murid? Jie lah yang buat. Nampak? Sebab tu akak kata, akak tak boleh nak masuk campur tadi. Jie yang kena kuat mujahadah. Yang akak boleh buat, bila jie buat macam ni, jie tanya kat akak, "macam ni ke?"

"Kalau salah, akak bagitau. Kalau betul, jie boleh hantar terus kerja rumah tu. Insya Allah, kalau jie nak bertanya apa-apa kat akak, insya Allah akak cuba bantu apa yang patut. Takpe..yang penting, jie kena terus berjalan dan tersenyumlah..kerana senyuman tu lah menjadikan jie bahagia dengan ujian Allah."


Bait-bait itu cuba saya cernakan dalam minda, resapkan dalam jiwa. Ada ketenangan yang mengalir, memadamkan keresahan yang bersarang di sanubari. 


Alhamdulillah. 


Tika diri masih berperang dengan emosi, ada siraman nasihat yang mendinginkan hati.



Terasa banyak sangat tompok-tompok hitam yang melekat. Makin lama, makin tebal, cuma tak dapat dilihat. Andai hati mampu dibersihkan umpama mencuci kain, pasti akan saya sental habis-habisan! T_T


"Allah nak seimbangkan perasaan kita. Kalau sebelum ni jie dah selalu gembira, seronok, sekali-sekala Dia bagi perasaan sedih pula. Rasa terluka, sakit, semua tu ujian, dik. Kifarah dosa-dosa yang lalu."

~Muhasabah lagi untuk diriku.~

 Ingin bernafas dalam cinta-Nya. 
 Kerana hati ini milik Dia. 
♥ Moga Allah redha.


No comments: