Followers

Monday, January 17, 2011

Sayang ke benci?


Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menolak kerana Allah, maka telah sempurnalah imannya.” 
[Shahih Sunan Abu Daud, no: 4681]


Mencintai dan membenci kerana Allah. Senang untuk dilafazkan, tapi susah untuk diaplikasikan.


Kenapa ye? Lazimnya manusia mudah menurut hawa nafsu. Bila suka, sayang. Begitu juga sebaliknya. Bila amarah mengawal emosi, maka benci mula menguasai diri.


Tak semua orang sukakan kita. Kita pun tak suka semua orang kan? Kalau ada yang benci, masih ada yang sayang. Tak payahlah nak sedih-sedih. Perlu ke bersusah hati disebabkan hanya ada seorang yang tak sukakan kita? Sedangkan masih ramai lagi yang sayangkan kita. Ada family dan sahabat-sahabat di sisi.




Perasaan itu adalah anugerah. Allah yang mewujudkan perasaan sayang terhadap sahabat-sahabat. Bila terasa manisnya ukhuwwah, itu hadiah dari Allah. Bersyukur. Kalau ada salah faham, itu normal. Cuba untuk selesaikan. Bincang baik-baik. Boleh gunakan orang tengah jika perlu.


Kenapa sayang?


Kenapa pula benci?


Fitrah, naluri manusia. Ada benda yang kita suka, dan ada benda yang kita tak suka. 


Bila wujud rasa benci atau dendam, buangkanlah jauh-jauh. Tak ada gunanya simpan "sampah" tu dalam hati. Buat menyemak je kan? Nanti bertambah stress. Bila dah masuk dalam recycle bin tu, clear kan. Biar hilang terus. 


Maaf adalah penawar yang terindah. Kerana itu, maafkanlah. :)




Semoga bahagia bersama kasih sayang Allah. Dan bahagia bersama kasih sayang orang-orang yang mencintai  Allah. Mudah-mudahan. Ameen.


~Hidup perlu diteruskan~

No comments: