"When one door of happiness closes, another opens, but often we look so long at the closed door that we do not see the one that has been opened for us..."
~Helen Keller~
Kalau ada masalah, luahkanlah. Kongsi dengan sahabat yang kita percaya, yang kita selesa untuk bercerita. Ringankan beban di hati. Tak salah untuk berkongsi. ^_^
Saya ada ramai sahabat baik. Kalau orang tanya siapa yang paling rapat, susah nak cakap. Sebab ramai yang saya rasa rapat. Kakak-kakak pun sangat ramai. Sampai nur pernah cakap, "Sape la yang tak jadi besfren akak kan". Eh, ada je orang yang tak jadi kawan akak, dik. Hehe..
BFF ada, husna namanya. Tapi husna jauh. Rindu sangat kat husna. T_T
Kadang-kadang orang yang baru jumpa pun boleh jadi sahabat baik. Walaupun berkenalan melalui alam maya. Tapi proses taaruf boleh dipanjangkan, pertemuan boleh diaturkan. Allah juga yang mengikat hati kita. ♥◕‿◕♥
Tak boleh pendam lama-lama, nanti meletup. At least kena share juga dengan someone. Sebab tu jie bagitau akak. Jie tau akak boleh tolong. Jazakillah. Sangat bersyukur dapat kenal akak. Nanti kita dating sama-sama ye? (◕‿◕✿)
Biasanya bila orang cerita masalah kat saya, boleh je nak nasihat, bagi semangat, dan lain-lain. Tapi bila diri sendiri yang menghadapinya, tetap kena cari someone untuk berkongsi. Dapat luahkan pun jadilah. Tapi kalau orang tu dapat bagi jalan penyelesaian, itu lebih baik.
Hakikatnya, penyelesaian bergantung pada diri sendiri. Kita ada Allah, kan? Mengadulah pada Dia. Gantung hati sungguh-sungguh pada Dia. Tawakkal.
Terima kasih Ya Allah, kerana menghadiahkan teman-teman ini untukku. Hadirnya mereka penguat semangatku. Ukhuwwah adalah sebuah anugerah yang terindah. (。◕‿◕。)
Sharing is caring. ღ♡ღ

No comments:
Post a Comment