"Manakala engkau terSENYUM, sedangkan hatimu yang sarat dengan duka nestapa, maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan.
Janganlah ragu-ragu untuk terSENYUM, kerana dalam dirimu ada kekuatan besar yang meluap dengan terSENYUM. Jangan menekan kekuatan itu, kerana dengan menekannya bererti engkau memaksa jiwamu masuk ke dalam botol penderitaan.
TerSENYUM tidak akan membahayakanmu. Bicaralah dengan orang disekitarmu dengan bahasa qalbu. Alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dengan bahasa SENYUM."
Janganlah ragu-ragu untuk terSENYUM, kerana dalam dirimu ada kekuatan besar yang meluap dengan terSENYUM. Jangan menekan kekuatan itu, kerana dengan menekannya bererti engkau memaksa jiwamu masuk ke dalam botol penderitaan.
TerSENYUM tidak akan membahayakanmu. Bicaralah dengan orang disekitarmu dengan bahasa qalbu. Alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dengan bahasa SENYUM."
(Ust Pahrol Md Juoi)
Kita adalah hamba-Nya, maka kita layak diuji. Ujian itu pula datangnya dalam pelbagai bentuk. Ada orang diuji dengan masalah pelajaran atau akademik, masalah hati, masalah family, masalah dengan rakan-rakan, masalah kewangan, dan sebagainya.
Satu perkara yang kita kena yakin, percaturan Allah adalah yang terbaik. Walau seburuk mana pun perkara tu pada pandangan kita, walau sesukar mana pun masalah yang kita hadapi, letakkan setinggi tawakkal pada Allah.
Sebab saya seorang yang normal, maka menghadapi perkara yang men'stress'kan adalah perkara biasa. Rapuhnya jiwa bukan bererti lemah kerana cabaran itu semakin menguatkan. Yang penting harus bangkit kembali. Jie, sila stabilkan emosi!
Hidup ini tidak selalunya indah, tidak semuanya manis. Andai pelbagai perencah yang menyedapkan masakan, begitu juga dengan hidup ini. Penuh warna warni. Ada tawa, ada duka. Seperti juga ombak, ada masa tenang, ada masa bergelora. (Apa yang saya tulis ni? Ok, takpe masih ada kaitan. Huhu)
Kebelakangan ni hidup terasa sedikit terumbang-ambing. Ke'huru-hara'an telah melanda diri dan emosi. Hati menangis, tapi diri masih mampu tersenyum. (Menangis juga selepas solat, selepas baca Qur'an. Murahnya air mata waktu tu..T_T)
Saya selalu pujuk diri, cakap dengan diri sendiri.
"Sabar ye, jie."
"Kuat ye, jie."
"Kena tabah."
"Jie boleh. Semangat2!"
"Jangan sedih2, jangan tension2. Senyum!"
Senang je sebenarnya. Tak payah tunggu orang lain bagitau. Sebab kita boleh bagitau kat diri sendiri. Just a few words. Kadang-kadang saya tulis atau conteng-conteng kat kertas. Nak cakap depan cermin pun takpe kot. :)
Terima kasih pada kak atiqah sebab tak jemu-jemu bagi nasihat dan semangat. Kadang-kadang Allah nak tegur atau pujuk melalui sahabt-sahabat sekeliling. Memang cantik dah tarbiyah dari DIA. Cuma kita je kena sentiasa husnuzzon. Jangan putus asa dari rahmat Allah.
Pesan pada hati, sila tabah! ^_^
Tabah jelah kan, kak yuz kan? (Tetibe je masuk nama akak) Suka baca celoteh k.yuz.
"Come on. Kuatkan diri. Jangan hidup dalam fantasi.
Kepahitan adalah perkara WAJIB di atas dunia ini.
Memahami yang itu, kekuatan akan hadir di dalam diri."
~Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu~



10 comments:
sbr ye jie..lalalala ~
jgn lupa gosok gigi..hakhak :D
AGM SRC aritu best kan? :p
Salam Jie~
Sejak kebelakangan ni asyik entry sedih2 je. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan? Semoga Allah permudahkan segala urusan Jie~ ;)
p/s: Harap TABAH ye! :D
salam....
semoga Allah kuatkan hati k.jie menghadapi segala mehnah dunia ini...
ingat k.jie ada Allah di sisi sentiasa...
amad,
do call me 'kak jie' ok! >=)
dahla guna nama ppuan, nama sape ntah dia rembat..huhu
best ke keje sekarang, en.lawyer?
mesti stress bganda3 kan?
harap tabah!
dah bkerjaya tu kena la belanja kami2 yg masih student ni..:P
zinni,
w'slm w.b.t
"asyik" kah? hehe..
saja meluah perasaan yang tak berapa stabil sket ni..:P
sekali-sekala best jugak melalut2,
aci tabah jela baca yep! (pinjam ayat k.yuz, hee~)
ameen..thanx a lot, dear!
jie dah senyum2 baca zinni tulis. ^_^
ummu zahra,
w'slm w.b.t,
adik ni sape ye?
pape pun tq sudi singgah.
salam ukhuwwah. :)
salam.kak jie yg tabah..no more sad,be happy k.InsyAllah u find your way..(^-^)
terkadang, diuji bukan semata2 untuk mengalirkan air mata. Terkadang, diduga juga bukan bermakna utk berjaya menyelesaikannya. Terkadang, pengujian itulah yg kita perlukan agar kita tidak leka dan terus-terusan terbuai leka dgn alam sangkaan kita..
inilah dunia tarbiyah, yang membawa maksud, "DIA nak kita dekat dengan DIA sebenarnya.."
Maha Suci Allah..
Maha Suci Allah..
Maha Suci Allah..
Maka bergembiralah bagi manusia yg bersabar dan redha atas ujian itu, kerana DIA sdg melihat dan menyayangi kita..
Subhanallah..
Subhanallah
Subhanallah..
tetaplah tabah kerana ketabahan itu boleh sahaja menjadikan bibir yg kelat tanpa senyuman, terukir senyuman bahagia..
Tenanglah, sabarlah, dan berbahagialah..
(~_^)
hah?pe dia kakjie? ;p
best tol agm src..hahahahaha ;p
belanja belanja..tau la kaya..
best2..mcm roti cicah dgn air tea o panas..sedap wooo =))
rahmah & k.atiqah,
thanx a lot! ^_^
ahmad,
ye2, agm src mmg best.
(lepas apa jadi kt ofis src...alahai, tak bertamadunnye org yg buat keje 2...)
amad g ke?
sila tingkatkan ketabahan yep! ;)
Post a Comment