Followers

Monday, January 24, 2011

Temu janji dengan si dia..:)

Bermula dengan chatting di YM.


"Akak, bila kita nak dating ni?"


"A ah la, bila ye..."


"Jie cuti next week, mid-break seminggu."


"Kalau macam tu, kita jumpa lepas jie cuti boleh?"

"Ok."

Tak lama kemudian...


"Kak, kita jumpa weekend ni terus jelah nak? Lambat sangat la lepas cuti."


"Hehe...akak pun fikir gitu jugak."

Maka temu janji kami diaturkan, jumpa hari sabtu K.atiqah cadangkan untuk bertemu di KL sentral, katanya dah biasa jumpa kawan di situ, sambil makan kat secret recipe. Wah, nak belanja secret recipe la pulak. Dah lama tak makan ni. Best2! ^_^

Saya tak berapa sihat sebenarnya, asyik batuk tak berhenti dan selesema. Malam tu, sebelum tidur dah minum soluble yang dilarutkan dalam air. 

"Kak, doakan jie sihat esok ye..." sms dihantar.

Pagi tu minum lagi sekali, tapi macam tak berkesan langsung pun. Virus selesema ni lagi kuat dari soluble tu kot. Huhu...

Keluar dari bilik lebih kurang jam 9.45 pagi, kemudian tunggu bas dalam 10 minit. Naik LRT setengah jam dari terminal putra ke KL sentral. K.atiqah dah keluar rumah awal-awal sebab naik komuter dari seremban. 


"Kak, jie dah sampai kat KL sentral." saya mesej sebelum keluar dari LRT.

"Akak pun dah sampai, baru nak keluar dari komuter ni." dia membalas.

Alhamdulillah, elok-elok je sampai sekali. Tak sangka kami berdua tiba serentak. Tak payah saling menunggu. Dari jauh saya nampak k.atiqah. Tersenyum. Bila lalu depan dia saya cuma menjeling dan jalan straight. Konon tak kenal la. Saja nak test k.atiqah cam saya tak. Sebab waktu tu pakai niqab arab yang warna hitam, memang nampak mata je, dahi pun tutup.

"Jie." kak atiqah pandang saya. Saya dah tergelak masa tu. Cam jugak rupanya ye? Hehe...saja nak kenakan akak. Ini kali kedua kami bertemu. Kali pertama masa dia datang UIA cuma berborak sekejap. 

"Kenal jugak akak ye? Ingatkan tak cam. Saja je pakai macam ni, sebab nak bagi akak jeles!" k.atiqah dah lama nak niqab arab macam yang saya pakai. So, baik saya pakai masa date dengan dia. :P

"Jie tak sihat lagi ni tau tak, tapi sebab nak jumpa akak...sanggup jugak datang. Mesti akak terharu kan? Kan? Kan?"

"Sabar jelah budak ni..." dia tergelak. Kami berborak sambil berjalan. Destinasi pertama, secret recipe. Tempat tujuan untuk breakfast. Lepas pilih kek, nak pilih tempat duduk pulak. Tak ada kawasan terlindung la pulak, memang open tempat tu. So tak boleh buka niqab. Aci selak jelah nak masuk dalam mulut. Nasib baik kek je.


"Nah, hadiah untuk akak." saya menghulurkan plastik kecil berisi niqab, sama macam yang saya pakai. Rupanya k.atiqah pun ada hadiah untuk saya. Dahla belanja makan, bagi hadiah pula tu. Ok, terharu. :)

~terima kasih untuk ini..:) ~


"Adik akak kan, kalau dia keluar makan dengan akak, mesti dia cakap, "aku suka tengok orang-orang yang tengok kau makan, macam jakun," dia akan perhatikan orang-orang yang tengok akak makan." k.atiqah bercerita. Saya tergelak. Biarlah diorang nak tengok. Kita makan masuk mulut jugak, bukan masuk hidung pun. :P

Tiba-tiba zafirah call. Sahabat facebook, dah pernah jumpa dan keluar sekali. 


Zafirah: Akak dah tutup facebook ye?



Saya: A ah, dah deactivate. Nanti akan activate balik kot, tapi tak tau lagi bila. Tengoklah. Kenapa?


Zafirah: K.syida tanya tadi, tengok facebook akak dah takde.

Saya: Ala, still boleh contact kan...ym ada, sms pun boleh.

Borak-borak lebih kurang 10 minit, kesian k.atiqah..huhu.. Lepas tu, nur pula yang call. Kak atiqah menghabiskan saki baki kek di dalam piringnya.


Nur: Ooo...melepak ae?


Saya: Ha? Fira report kat nur ke? Dia baru je call akak tadi. Dia call nur jugak?


Nur: Taklah, dia mesej je.

Saya: Ooo, ingatkan dia call. Akak bagitau dia akak ada kat KL sentral ni, jumpa k.atiqah.

Nur: Bestnya dia makan kat secret recipe. Akak, lepas ni jangan mengada-ngada nak ambil gambar.


Saya: Oh, itu mesti! (terus memotong)

Nur: Lepas tu jangan nak sibuk update blog pulak, letak gambar semua tu.

Saya: Confirm, kena update blog!

Nur: Lepas tu saja nak bagi orang jeles pulak.

Saya: Mesti dah! Nanti akak tulis, nur sila jeles! (sambil gelak)

Nur: Akak....!

Best dapat kenakan adik saya ni. Kak atiqah cuma memandang. Lain kali kena keluar semua sekali ramai-ramai. Nur dengan fira belum jumpa k.atiqah lagi.

Saya: Nur tau tak, akak dengan k.atiqah, kitorang belum tengok muka masing-masing lagi. Padahal duk berbual lama dah ni.

Nur: Ha? Takpe2, tengok gambar IC, tak pun tunjuk kad matrik.

Adui buat lawak pula adik yang seorang ni. Sebelum ni memang saya ajak nur untuk keluar sekali, tapi dia ada kelas, tak boleh nak ikut.

~sedapnyeee~

~batuk+selesema, tapi still nak minum benda ni..huhu~

"Tiba-tiba ramai pula yang call hari ni. Diorang kirim salam kat akak." selepas menamatkan perbualan dengan nur. Saya menghabiskan kek yang berbaki.

Lama sangat duduk situ. Lebih kurang sejam setengah. Macam-macam perkara yang dibualkan. Zohor lambat lagi. Takpelah, jalan-jalan dulu. Walaupun saya sebenarnya risau takut k.atiqah tak larat, kaki belum kuat lepas accident hari tu. Tapi dia asyik cakap, "Insyaallah boleh."

Bukan boleh percaya sangat kat akak ni, asyik perasan 'macho' je. =_='

Masuk kedai buku, tengok-tengok je, tak beli pun. Tengok barang-barang yang dijual, belek-belek beg, jam, baju. Semuanya cuma tengok je. Hehe.

"So, kita nak ke mana pulak ni? Surau?" waktu tu dah zohor.

"Jom."

"Ha, lepas ni boleh la tengok muka kita kan!" macam kelakar pulak. Dah berjam-jam bercerita, makan dan jalan-jalan tapi belum tengok muka lagi. Sabar jelah. K.atiqah gelak je bila saya cakap macam tu.

“Akak tak cantik pun.”

“Ala akak ni, jie pun tak cantik la, comel je..” perasan!

"Biasanya kalau keluar jalan-jalan jie memang tak pernah pakai tudung hitam pun. Tak nak orang nampak syadid sangat. Tapi dah pakai niqab ni, kena la pakai tudung hitam. Tu yang pakai t-shirt dengan skirt, tak pakai jubah." lagipun rasa secure sikit bila berlagak 'macho' ni. Pinjam ayat akak jap, hehe.

"Mula-mula kan, akak ingat jie ni lemah-lembut, ayu, sopan-santun, sensitif...sekali bila dah jumpa, huru-hara rupanya. Sabar jelah." itu juga ayat yang k.atiqah cakap masa mula-mula jumpa. Ha, jangan tak tau. Jie ni ayu bertempat, tau. Dengan akak takpe nak jadi 'ganas' sikit, 'macho' sikit, huru-hara ke apa ke...tak payah penat-penat nak control ayu. :P

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

aiwah..kalau ada tape recorder, mesti dah record semua ni..kelakar betul adek akak ni..

Syukran atas kesudian bertemu untuk kali kedua. Semoga Allah memudahkan untuk pertemuan yang akan datang, insya Allah.

Sayang Jie Selalu Kerana Allah..(~_^)..

sufygirl said...

wa'alaikumussalam w.b.t.

owh itu mesti! banyak sangat mutiara hikmah, rugi tak rakam..:P

doakan, biiznillah.

sayang akak juga.
nanti baca next entry. ;)