(( كان يعلّمنا الاستخارة في الأمور كلّها))
Maksudnya : Adalah dia (Nabi s.a.w.) mengajar kami beristikharah dalam semua perkara
(Riwayat Tirmizi)
(Riwayat Tirmizi)
Bukan mahu mengulas, sekadar ingin bercerita.
Gembira bila dapat menggembirakan orang lain. ( ◕‿◕ )
Buku ini saya beli dua. Satu untuk saya, satu hadiah untuk mira, ex-roommate. Birthday mira dah lama sebenarnya, tapi baru berkesempatan untuk bagi hadiah. Best kan dapat hadiah? Bagi hadiah kat orang pun best jugak tau!
Semasa saya ke bilik mira, jihan yang buka pintu. Jihan pun ex-roommate saya sebelum ni.
"Tolong bagi buku ni kat mira." pinta saya saya sambil menghulurkan buku tersebut.
"Mira? Ok." Jihan menyambut.
Saya kembali ke bilik di level 3. Bilik kami berhadapan, cuma biliknya berada di level 2.
"Salam, kak jie. Terima kasih bagi hadiah. Datang senyap-senyap ae..." saya tersenyum membaca mesej mira.
"Mana ada senyap-senyap. Dah ketuk pintu la tadi. Dah lama nak bagi sebenarnya, maaflah lambat, tak berbalut pula tu..huhu.." reply.
"Eh, takpe. Buat susah-susah je. Terharu, hehe... Lepas ni ada la buku baru buat teman tidur. :) "
"Ha, baguslah tu. Dapat petunjuk terus dalam mimpi nanti..:P " saya mengusik.
Kenapa buku ini?
Dah lama teringin nak beli, tapi tak beli-beli juga. Banyak sangat pasal istikharah, tak tau nak pilih mana satu. Baru pilih buku, dah konfius. Dah start baca dan sudah sampai separuh, ada sesiapa yang nak pinjam? :)
Sebelum ni, selalu juga tanya pandangan sahabat-sahabat tentang sesuatu perkara. Ada ketikanya, kalau ada orang tanya saya tentang sesuatu yang saya tak dapat bagi jawapan, saya akan panjangkan kepada sahabat-sahabat lain. Tak salah untuk berkongsi.
Ini antara jawapan dan pandangan sahabat-sahabat saya bila ditanya tentang membuat sesuatu keputusan.
"Guna fatwa hati, tawakkal kak, sebab hati yang dipandu iman akan tenang dengan perkara yang baik dan gelisah dengan perkara yang sebaliknya. Wallahu a'lam."
"Pendapat saya kan, mula-mula kaji baik buruknya setiap pilihan tu. Sambil solat hajat supaya dapat pilihan yang tepat, dan solat istikharah agar dipandu pilihan kita. Bila hati dah rasa agak tenang dengan mana-mana pilihan, solat hajat banyak-banyak agar itulah pilihan yang terbaik untuk kita, dan kita kuat menghadapinya, serta tawakkal lah, serah kat Allah the rest. :) "
"Akak bagi pandangan ikut pengalaman la ye. Of course pertamanya minta doa, supaya Allah bagi petunjuk di samping solat istikharah. Akak juga biasanya akan tanya pendapat family, sahabat-sahabat dan orang di sekeliling yang dah berkecimpung atau terlibat dengan pilihan yang kita nak buat. Then kita buat timbang tara before decide the final answer."
"Istikharah sampai yakin. Selagi tak yakin istikharah lagi. Berbeza bila keputusan tu dari Allah. Cuba jie baca buku tentang istikharah."
Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama. Sekadar copy paste buah fikiran sahabat-sahabat. Sedikit info berkenaan buku ini.
"Hebatnya Kuasa Istikharah merungkai segala kekeliruan, salah tanggap dan persoalan yang melingkari konsep solat Istikharah. Buku ini membantu dalam memberi kefahaman yang tepat dan jelas menerusi dimensi yang lebih menyeluruh, sekaligus memimpin kita memanfaatkan solat Istikharah dengan efektif.
Hebatnya Kuasa Istikharah juga mengadun aspek ikhtiar manusia dalam membuat keputusan dan memilih tindakan berdasarkan ketetapan Ilahi. Semoga kita kekal optimis dan sentiasa percaya kepada hikmah atas segala kejadian."


No comments:
Post a Comment