Followers

Thursday, December 30, 2010

Hiking lagi...

Weekend hari tu mendaki bukit di banting, program nisa'. Weekend yang baru ni sekali lagi mendaki bukit. Tapi kali ni tak jauh mana pun, dekat-dekat sini je. Konvoi ramai-ramai naik motor. Best juga merempit ni. Tapi terbang-terbang purdah, lain kali kena pin. Huhu...












Kali ni sangat mencabar kalau nak dibandingkan dengan hiking masa kat bukit jugra hari tu. Penatnya tak payah cakaplah. Berbatu-batu, curamnya pun boleh tahan. Bila sampai atas, tak taulah berapa ketinggiannya, tapi...ok, saya dah mula rasa gayat. Tapi nak juga pandang bawah. :P




Sekejap je kami semua dah bermandi peluh. Bila nak turun balik, macam tak percaya je kami panjat setinggi itu dan lalu di tempat tu tadi. Lutut dah mula menggigil-gigil. Ramai cakap kaki dah shaking. 








Copy paste dari sahabat saya, credit to azlina. Like your words..^_^

Tahniah buat  yang berjaya buat anjurkan program ni. walau rancang nya lain, jadi nya lain..Baru nak rancang tengok santa kat KL ..

Tahniah buat yang dah ada lesen tapi takot2, tapi redah jugak, akhirnya sampai dengan selamat...



Anda sudah tidak menjadi liabiliti. Anda sudah menjadi aset...Tapi saya masih.

Tahniah buat yang takde lesen, tapi bawak orang yang ada lesen pun jadi la, alhamdulillah tak de road block..


Tahniah buat yang hiking pakai kasut cantik, yang sepatutnya sesuai untuk g kelas je, tapi sampai gak.


Tahniah buat yang dah sampai cek point pertama, tapi dah pancit, tapi masih bersemangat nk sambung. 


Tahniah buat yang demam, tapi mengalah kan orang tak demam, semangat punya pasal.


Tahniah buat yang berjaya cabar semangt kita semua, konon buat provokasi la , "hanya org lemah yang tinggal", alih2 kita semua sambung lagi, provokasi anda berjaya.


Tahniah untuk yang sanggup tak naik, semata untuk merangka modul.


Tahniah untuk yang tak naik hanya untuk menemani perangka modul..(pun boleh)


Tahniah buat yang tak hadir kerana anda telah berjaya mengorbankan perasaan anda utk bersama sahabat demi perkara yang lebih penting.


Tahniah, tahniah utk semuanya..






Dan juga kata-kata dari madihah...


"Sepanjang pendakian semalam membuatkan ana terfikir panjang, bila kita bersama (even benda tu modul) apa jua halangan kita mampu redahi sebaiknya, sehabisnya, semampunya..bayangkan beberapa tahun akan datang bila tiada lagi kawan seperjuangan di sisi (time tu ramai yg dah kahwin, ada yg posting jauh2, menetap di kampung halaman dsb), bolehkah kita berdikari sendiri menempuh pelbagai mehnah & tribulasi yang takkan pernah sunyi?? Bolehkah lagi kita mendaki seperti sebelum ini untuk menyambung perjuangan orang-orang terdahulu (imagine kisah ust rahmat abdullah dalam sang murabbi)?? Jujur, ada ketakutan, keresahan yg bersarang di hati tika ini.."





Panjang kisahnya. Perancangan asal nak "merentas kota" masa cuti krismas. Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Last-last jadi hiking. Perubahan perancangan ni hanya diketahui semasa hendak bertolak. Sebab tu ada yang tak pakai sport shoes pun. Crocs pun jadilah kan? Nasib baik semua pakai seluar panjang. Maklumlah nak merempit. Hehe...


Ada yang ada lesen, tapi takut nak bawa motor, tapi yang tak ada lesen tu berani pulak. So couple2 kan yang berani dan yang tak berapa berani, yang ada lesen dan tak ada lesen. Nak tergelak pun ada.




Oleh sebab kuantiti kami yang agak ramai dan tak semua orang ada kenderaan, maka kami telah membuat pinjaman motor dan helmet untuk ke tempat kejadian. Ada sahabat-sahabat yang tak boleh join, so infakkan motor dan helmet. Alhamdulillah. :)


Semuanya sendirian berhad ye. Rancang sendiri-sendiri je dengan sahabat-sahabat. Tarbiyah jasadiyah sungguh. Huhu... Lepas turun bukit, muka masing-masing dah merah padam macam udang kena bakar. Yang bermandi peluh tu tak payah cakaplah. 


Terima kasih aina sebab tolong k.jie semasa sesi mendaki hari tu. Memang susah nak panjat. Maklumlah, saya ni lemah-lembut sikit (sikit je) orangnya. Huhu...




Tak lama kemudian, masa dah balik, baru perasan ada sedikit kesan lebam di pergelangan tangan kanan dan sedikit kesan calar di lengan kiri. Rasanya dapat 'tanda' tu masa hiking kot. Tabah jelah.


Semoga kenangan yang tercipta akan mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kita. Jangan lupa lagu tema masa nyanyi kat atas bukit ramai-ramai tu. Lagu itu juga yang kita nyanyi masa majlis perpisahan dengan adik-adik dan sahabat-sahabat di pondok (muslimat sahaja) 2 tahun lepas. Sweet memory! v(^_^)v

4 comments:

.: raudhatunnisa' :. said...

woooohooo~
g xajak pon.

Muhammad Hamidi Zamri said...

bukit kat mane ni kak???

sufygirl said...

>> raudhatunnisa'

akak gi dengan sahabat2 uia je pun.
nak ajak awak jauh sgt la, syg..



>> hamidi

apa ntah nama tempat tu, tapi tak jauh mana pun.
(tanya min kitorang)

ajak la batch awak gi sana, best..
sangat (4 me) mencabar utk muslimat sebenarnya..huhu

Muhammad Hamidi Zamri said...

dalam pertimbangan.. tp nk jugak taw nama tmpt 2..huhu