Alhamdulillah program Jambori Nisa' Selangor sudah pun berakhir.
Sekali lagi saya berpeluang menyertai program ini sebagai fasilitator, walaupun bukan warga negeri selangor. Nyaris tak jadi pergi, tapi alhamdulillah sampai juga ke PULAPES kira-kira jam 10 malam setelah melalui perjalanan yang panjang dari gombak. Tahun lepas bertempat di bukit lagong, abang yang hantar. Kali ini pergi sendiri.
Memang agak jauh. Naik bas (ke terminal putra), LRT (ke KL sentral), KTM (ke kajang). Dah macam sardin masa dalam komuter. Padat dan mampat. Sangat crowded. Sabar jelah!
Setelah tiba di kajang, saya, imad dan atirah bertemu dengan fitrina, sahabat imad sejak sekolah. Bertambah seorang kenalan sementara menanti haziqah (kenal masa JNS tahun lepas) menjemput kami dengan kereta.

Sempat terlelap sewaktu dalam kereta. Memang sangat mengantuk sebenarnya. Jumaat pagi ada kelas. Selepas kelas masih ada beberapa perkara yang perlu diuruskan. Balik ke bilik sekejap, kemas barang. Pukul 3 ada briefing untuk student yang akan praktikal semasa short sem nanti. Hampir pukul 6 baru keluar dari UIA. Imad dan atirah dah bertolak lebih awal, menunggu saya di KL Sentral.
Tiba di PULAPES lebih kurang jam 10 malam setelah 2 kali tersalah lorong. Masuk dalam kawasan kebun kelapa sawit. Sunyi sepi. Gelap gelita.
"Kita kat mana ni? Takutnya aku..." haziqah yang sedang memandu menyuarakan kebimbangannya. Tapi saya nak tergelak pula dengar dia cakap macam tu. Sorry ye, dik. :P
Alhamdulillah jumpa juga signboard PULAPES. Memang kawasannya agak tersorok dan jauh ke dalam. Terpaksa melalui kawasan perkampungan orang cina. Nampak ada orang buat persembahan opera. Cuma seorang, dan tiada audiens pun. Scary...huhu...
Memang agak menakutkan semasa melalui jalan itu. Nasib baik tak terlanggar orang yang sedang mabuk, tiba-tiba je muncul. Dan banyak anjing. First time sampai, gelap gelita, pedalaman pula tu, mana tak seram. Pengalaman sungguh.

Malam tu taaruf fasi, ramai juga. Ada yang memang dah kenal, ada yang muka nampak macam familiar, tapi tak tau pernah jumpa di mana. Ada la tu "somewhere" kot..hehe
Seronok dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat baru. Ada yang masih belajar, baru habis belajar, sedang sambung MA, bekerja, mengajar, baru berkahwin, akan berkahwin, macam-macam. Agak mengambil masa juga untuk mengingati nama-nama fasi, maklumlah ramai. Sahabat lama saya, aziezan pun ada.
"Jie datang jugak ke? Sihat?" aziezan menegur sewaktu fasi sedang beratur di depan adik-adik untuk memperkenalkan diri.
"Alhamdulillah. Mesti zan rindu kat jie kan? Tau dah." ayat perasan. :P
~barisan fasi sedang memperkenalkan diri..tema biru~
Selepas memperkenalkan barisan fasi, aktiviti diteruskan dengan slot ice-breaking bersama adik-adik. Selepas adik-adik tidur, selagi lagi kami bertaaruf sesama fasi sebelum mendengar briefing dari ketua fasi, kak yuz yang comot. Eh, silap! Kak yuz yang comel..hehe.. Pukul 1lebih baru berhenti. Perlu mengumpul tenaga untuk hari esok!
Ingatkan fasi pun tidur dalam khemah, kami ditempatkan di chalet rupanya. Tapi itupun tak muat semua, ada yang tidur di surau. Fasi dan urusetia. Tahun lepas saya dapat adik-adik team A (13-15 tahun), tahun ni dapat adik-adik team B (16-18 tahun).
~kami bermalam di sini~

~sedang menyampaikan ceramah~
~fasi dan urusetia bergambar dengan ust Asyraf & isteri~
Hari kedua, selepas dhuha dalam pukul 9 pagi ada slot bersama Imam Muda Asyraf. Ceramah diadakan di dewan, gabung team A dan team B untuk slot ini. Then ada sesi fotografi bersama bersama beliau.
Sama macam JNS tahun lepas, program ni banyak aktiviti outdoor. Saya pun berT-shirt labuh je sepanjang program. Langsung tak bawa jubah.
Tapi nya, masa fasi bersama adik-adik dalam LDK tak banyak. Sempat buat sekali je LDK dengan adik-adik. Taaruf, bagi task untuk adik-adik bincang dan buat pembentangan. Memang tak sempat nak luang banyak masa dalam bengkel.

~my group..cantik kan lukisan adik ni..~
~semasa sesi pembentangan~
Petang tu ada explorace, fasi-fasi jaga checkpoint. Buat di kawasan sekitar je, tapak perkhemahan, surau, dewan utama, dewan makan, dan pondok tempat berehat. Tapi boleh tahan juga nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain tu. Alhamdulillah cuaca baik, cerah sepanjang masa. Kalau hujan pun tak lama.
~berkumpul mendengar taklimat sebelum explorace dimulakan~
After asar panjat bukit. Hiking ke puncak bukit jugra, ada rumah api kat atas tu. Saya tak warming up langsung pun. Baru jalan 10 minit dah tercungap-cungap kot. Kuatkan semangat!
~alang-alang mendaki, biar sampai ke puncak~
~misi berjaya!~
Lebih kurang setengah jam akhirnya kami sampai di puncak bukit. Subhanallah, indahnya alam ciptaan-Nya. Masing-masing sibuk bergambar, merakamkan pemandangan di sana.
~pemandangan~
Sebelum balik, kami sama-sama membaca doa wehdah. Laungan takbir bergema di puncak bukit. Allahu akbar!
~sedang membaca doa wehdah di puncak bukit~
Selepas maghrib ada ceramah lagi. Tapi kali ni diasingkan peserta-peserta team A dan team B. Selain slot bersama Imam Muda Asyraf, slot-slot lain (game, LDK, hiking) memang diasingkan. Kecuali waktu makan dan solat, berjemaah.
Berhenti solat isya', sambung balik slot muhasabah. Bersama kak anis, memang best lah. Sentuh soal tanggungjawab, amanah, halatuju hidup, mak ayah, kematian, dan lain-lain. Sebak. Memang menangislah. Bila adik-adik dah ramai yang teresak-esak, kak shida datang ke bahagian belakang tempat fasi berkumpul. Masa tu dah tutup lampu dah.

"Fasi tolong tengok kalau ada adik-adik yang menangis teruk sangat pergi tenangkan diorang."
Ezza mendekati seorang peserta yang duduk di depan saya. Saya nampak ezza pegang bahu dan gosok belakang adik tu, tapi tak dengar dia cakap apa.
Lepas tu ezza bangun duduk tempat dia balik, sebelah arikah. Arikah duduk bersebelahan dengan saya waktu tu. Rupa-rupanya ezza yang menangis! Adeh, sabar jelah... Patutnya dia yang tenangkan adik yang tengah menangis tu, sebaliknya dia pulak yang menangis, huhu...

Bersambung in next entry..tak nak tulis panjang-panjang sangat. Walaupun memang dah 'ter'panjang sebenarnya ni. Dan malas nak edit gambar. Letak jelah yang mana ada. Juga boleh baca coretan kenangan JNS di blog k.shida.

6 comments:
Ehem2... Dah pernah singgah lah blog ni sebelum ni. Tak sangka sahabat di JNS rupanya. :D
Macam wrong info je yang nama saya tu. Dan bukan ke ada fasi lain yang menangis jugak, sampai basah purdah? :P
Wrong info? Salah eja ke?
Ye2, memang basah purdah jie masa tu..huhu
Tapi nak gelak jugak masa tengok ezza nangis..:P
Eh, tak. Nama betul je. Tapi rasa macam tak duduk sebelah je. Hehe...
Fasi pun duk tengah nangis, tiba2 suruh tenangkan adik2 kan. Lagi lah banjir nya~ :D
ha...tau dah! jie tertukar zini ngan asma'..huhu
nanti edit balik..hee~
Assalamualaikum... m..terasa nama saya disebut2 ni.. (ehem2)... ooo..kak jie.. rindu kat sy la tu.. hehe.. memang kelakar juga bila fikir.. nak tenangkan org..last2 diri sendiri yang berjurai air mata.. T__T hehe..sebelah sy ariqah lah akak~
p/s: feel awesome for your blog! syg kak jie...syg kak zini~
ops, salah lagi! huhu..
1st tulis nama zini, 2nd tulis nama asma'..
rupa2nya arikah..ok dah betulkan-edit balik..hehe
Post a Comment