Sebiru hari ini, itu tajuk lagu kumpulan edcoustic. Juga lagu tema kami. Hari pertama, tema pakaian fasi adalah biru.
Seungu ukhuwwah kita, ukhuwwah warna ungu? Bukan warna-warni ke? Hehe... Saja je tu. Sebab hari last temanya ungu. Semarakkan gelombang nisa'! (◕‿◕✿)
Ok, let's continue the story.
Sepatutnya malam kedua ada night walk, tapi dibatalkan. Semua orang dah keletihan panjat bukit petang tu. Bukan setakat adik-adik, fasi-fasi pun memang dah tak larat dah. Malam tu tidur dengan lena, sangat kepenatan.
Masa kat atas bukit sibuk bergambar. Posing bukan main. K.shida pun sama. Orang lain dah turun pun sibuk bergambar lagi. Isy3...Dah gaya macam kanak-kanak, posing macam-macam. Kami yang muda dan single ni takpe lagi, puan shida yang dah kahwin pun lebih kurang je. Takpe, simpanan peribadi. Kenangan. Nanti tunjuk kat anak-anak ye kak. ^_^
Boleh baca coretan episod kedua JNS k.shida di sini. Ni dah kira promote blog k.shida dah ni. Boleh baca di sini juga, blog k.yuz. Ada ke patut dia guna gambar tu buat header blog. Owh, akak letak sebab ada gambar jie sekali kan? Lawa kan? :P
Boleh baca coretan episod kedua JNS k.shida di sini. Ni dah kira promote blog k.shida dah ni. Boleh baca di sini juga, blog k.yuz. Ada ke patut dia guna gambar tu buat header blog. Owh, akak letak sebab ada gambar jie sekali kan? Lawa kan? :P
The next day, hari last ada gotong-royong. Team B sahaja yang terlibat. Adik-adik team A ada pengisian lain. Kemaskan khemah dan..buat apa lagi ye? Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan kawasan rumah ibu tunggal, masjid, dan tanah perkuburan. Rasanya tiga tempat ni je kalau tak silap.
~membersihkan kawasan perkuburan~
~semangatnya adik-adik ni mengecat~
~rajin betul kakak-kakak fasi ni berkebun~
Saya perasan ramai yang jalan tak berapa betul sikit hari tu sebab sakit kaki. Termasuklah saya. Lutut sebelah kanan memang dah sakit sebelum datang ke program sebab terjatuh sebelum ni. Sakit la jugak, berlaku sedikit hentakan di bahagian lutut. Tapi buat tak tau je. Huhu...
Then, ditambah pula dengan semangat yang berkobar-kobar untuk memanjat bukit walaupun tanpa warming up. Lagi la best kesannya.Jangan risau, sekarang dah ok. Sapu minyak je pun.
Saya belajar trademark baru dari k.yuz. Biasanya saya akan sebut "sabar jelah", tapi k.yuz selalu sebut "tabah jelah." Dan lagi, "harap tabah ye", "kita kena sentiasa bertabah". Entah betul ke tidak tatabahasanya, main tibai je. (◡‿◡✿)
"K.yuz! Akak jalan macam penguin la!" kesian tengok dia jalan, tapi dalam masa yang sama saya gelakkan dia. Best gelakkan akak, sebab akak selalu buat jie gelak.
"Tabah jela..." ayat tu lagi yang terkeluar. Dengan intonasinya, dan suaranya yang comel, rasa nak gelak je. Tabah jelah layan ketua fasi yang seorang ni.
Itu sahaja aktiviti pada hari terakhir sebelum berlangsungnya majlis penutup. Ada penyampaian hadiah untuk tiga kumpulan terbaik dari team A dan team B. Tahniah kepada yang berjaya.
Majlis selesai sekitar waktu zohor. Semua fasi naik ke pentas dan beratur untuk bersalam dengan adik-adik peserta. Ramainya orang nak kena salam. Senyum jelah. Tapi k.shida dengan penuh semangat bagi pesanan kat adik-adik setiap kali salam. Huhu...
Majlis selesai sekitar waktu zohor. Semua fasi naik ke pentas dan beratur untuk bersalam dengan adik-adik peserta. Ramainya orang nak kena salam. Senyum jelah. Tapi k.shida dengan penuh semangat bagi pesanan kat adik-adik setiap kali salam. Huhu...
Selesai bersalaman dengan adik-adik, salam sesama fasi dan urusetia pula. Ada yang menangis. Of course not me! Nanti basah lagi purdah saya. Masa nak salam dengan k.yuz, matanya dah berkaca-kaca. Touching la pulak...
"Akak janganla nangis, nanti dah tak comel..." Jie tau mesti akak sedih sebab nak berpisah dengan jie kan? Lalala~ Sila tabah ye.
"Akak, takde sesi fotografi dengan semua fasi ke? Jomla, jomla...." mengada-ngada dengan k.shida sekejap. Ramai lagi fasi yang tengah bersalam masa tu.
"Ok, kejap lagi kita ambil gambar ramai-ramai." k.shida memang memahami. Selepas itu beliau telah membuat pengumuman kepada fasi-fasi yang telah turun ke bawah untuk kembali semula ke pentas bagi sesi fotografi yang kesekian kalinya. Hehe. Terbaik!
~gelombang aura ungu barisan fasilitator...srikandi anggun!~
Suka-duka (rasanya banyak suka je tak ada duka) bersama sahabat-sahabat fasilitator memang satu pengalaman berharga. Walau kita bersama dalam tempoh waktu yang singkat, mudah-mudahan kenangan yang terukir akan kekal sampai bila-bila. Harapnya begitulah.
Majlis bersurai, tamat program. Tapi sebelum balik, perlu solat zohor dan makan tengahari. Yang bestnya, semua orang dapat aiskrim free. Lupa nak tanya k.shida, siapa yang sponsor sebenarnya? Ke pak cik lori aiskrim tu yang belanja? :P
~sedang beratur dengan tabah~
Boleh tahan la beratur menunggu giliran untuk mengambil aiskrim. Saya duduk dengan ezza kat dalam dewan, makan aiskrim sambil borak-borak sekejap. Lepas tu balik bilik pergi solat. Yang lain-lain tengah makan tengahari waktu tu, ada juga yang sedang berkemas. Saya tak sempat makan sebelum balik. Tabah jelah.
Risau juga takut sampai lewat di UIA nanti. Alhamdulillah dapat tumpang bas para peserta yang balik ke gombak dan selayang. Lebih kurang pukul 4 bas mula bergerak. Kebanyakannya memang lena dalam bas. Letih dan mengantuk. Kira-kira pukul 6 tiba di selayang, turun di situ.
Sekali lagi Allah mudahkan urusan kami bertiga (saya, imad dan atirah) untuk pulang ke UIA. Salah seorang adik yang jadi peserta tumpangkan kami, pak ciknya hantar sampai ke UIA. Selamat tiba dalam 6.30 petang. Alhamdulillah~
Semoga segala penat lelah kita tidak sia-sia. Terima kasih untuk semua. Kita berukhuwwah atas dasar satu akidah, maka rahmatilah kami Ya Allah. Ameen. Sayang kamu lillahi ta'ala~

5 comments:
wah2..sesedap rasa nampak..aci tabah jek akak baca... hahha.. terasa cam femous lak diri kat blog awk!! wakaka...apepun hidup kiteni tak selalu lawa tak selalu ada pelangi..kadang2 terpijak duri..leh jadi sipi2 nak terlanggar tiang..apepun tabah jek..apa de hal..Allah kan ada!! (*-^)/
aci tabah je ye? lawak2..:P
akak ada pijak duri ke? patutla jalan macam penguin..kui3..
jangan marah ye, nanti hilang kecomelan 2..bestnye kenakan akak! ^_^
eh tak marah lah
suka2!\(^_^)/
demi mengekalkan kecomelan dan kemanisan apa saje..
wakaka..
mereng lak rasa... perasaan betul
memang tabah la..hope takdek sape2 yg rasa loya mendgr pengakuan ikhlas drpd puteri semut yg pemalu tp comel ni ekkk... hehhe..
salam jenguk. uh, promot blog greencastle kak ;) ni nk kena belanje ker? ehehe..
mnjwb bbrp soalan & nk btuikn skit keadaan semasa...
OPKIM pd awalnye ada 10 tmpt.
tmasuklah Pantai Kelanang, Pantai Morib. tapi, bile mlm post mortem jd 5.
tup tap, pg ahad, tmbh lg 2. akhirnye.. tmpt-tmpt tpilih adalah :
1. Masjid Permatang Pasir
2. Masjid Sg. Raba
3. Masjid al AZim (tmbhn)
4. Masjid Sg Buaya (tmbhn)
5. Tanah Perkuburan (area Permatang PAsir)
6. PASTI. yg mmg xdpt nk pastikan PASTI yg mana... huhuu.. fenini lg kompiuss dibuatnye hinggakan jm10, team shafiqah belum sampai tmpt yg dituju!
tntg ais krim.. itu mmg ais krim sponsor..huhuu..kak xdan nk mkn. dh busy..sibuk... last, mase nk ke lori tu.. dh xde org. :( sediss btul.. (itu namanya TIADA rezeki utk hr ini..)
ais krim didtg khas dr PEMUDA PANDAN. Ketua Nisa' Selangor yg mmbwkan khas utk semua yg terlibt dlm JNS.. so, kena thankful to team PANDAn ;)
futhermore..alhamdulillah, kenangan & ukhwah dicipta + tercipta.. ada hikmah tiap yg berlaku. to dik yuz ;) mmg mantop! uh, xlupe pd huda sakinah juge.. u've done marvelous job!!
buat semua adiks FASI.. keep in touch + keep up our momentom sinergi DAKWAH ye! jumpe lg..next NISA' programmmes...
sayang jie ;) ups..sayang semuanya...
*** kena cipta lagu seUngu hari ni...=D insyaallah menunggu ILHAM yg kunjung tiba....hihii.
panjangnya explanation k.shida..
boleh tulis lagi 1 entry..hehe
insyaallah kalau takde pape jumpa JNS kali ke-3 next year..:)
Post a Comment