Followers

Thursday, December 2, 2010

~Dua hari di Pahang~

Hari sabtu minggu lepas saya ke Pahang bersama izyan dan azlina. Subuh ahad sampai di Temerloh, kemudian menumpang di rumah lina. 9 jam perjalanan memang memenatkan! Nasib baik rumah lina dekat je dengan terminal Temerloh, sekejap je tunggu lina sampai. 

Tengahari tu adah datang, kami ke pasaraya dulu, cari hadiah. Kemudian meneruskan perjalanan ke tempat yang sepatutnya-walimah ain. 

 ~tengah pilih hadiah walimah~

Dah seminggu ain nikah sebenarnya, tapi tak berkesempatan untuk ke kedah. Jadi, kami berlima ke majlis sebelah pihak lelaki. Sangat dekat dengan rumah lina, depan hospital Temerloh. Alhamdulillah, ain sudah bertukar status. Tahniah ye puan ain, tak boleh panggil budak kecik lagi dah..:P

Pulang ke rumah sekejap, solat zohor dan terus jamak untuk asar. Lepas hantar adah, pergi terminal beli tiket ke kuantan. Cadangnya nak pergi tengok baby nurul, alang-alang dah ada kat pahang ni boleh la pergi ziarah. Jadinya, kami cari hadiah untuk baby pulak. Singgah The Store sekejap. Sori la ye nurul, beli hadiah untuk anak awak je, untuk ibunya tak ada. Hehe...

 ~tengah cari hadiah untuk baby, bukan beli baju pun~

On the way nak balik, lina bawa kami jumpa datuk dan neneknya. Masa kami sampai, nenek lina tengah masak nasi dagang, tapi belum siap lagi. Lina buat air, minum-minum sambil borak-borak. Tak lama pun. 

~minum petang..pandai lina buat air, hehe~

Hampir maghrib dah baru balik. Penat dan mengantuk, tapi bertahan untuk tidak tidur. Huhu... Malam tu, mak ayah lina pergi rumah datuk dia, bawa balik nasi dagang. Rasa macam banyak je makan hari tu, siang nasi minyak, malam nasi dagang pulak. Azlina paling awal 'syahid', belum tengah malam lagi dah mengantuk. Lepas tu saya pulak. Izyan dan lina bersembang sampai pukul 1 lebih kot. Entah apa la dua beradik tu duk bercerita. 

The next day, pagi-pagi dah nak kena bersiap. Lina naik bas jam 9.30 ke KL, balik UIA. Kami bertiga ke Kuantan. Lebih kurang dua jam perjalanan dari Temerloh ke Kuantan. Syahirah datang jemput di terminal. Syirah balik awal sebab nak uruskan final year project, cuti lama lagi, sama dengan UIA gombak juga. Tumpang bilik syirah dulu sampai petang. Ingatkan nak qailulah sekejap je, tapi terlajak pulak. Hehe...


Azlina dan izyan 1st time sampai di UIA kuantan, saya dah banyak kali dah. Lepas makan tengahari di cafe talhah (syirah belanja, tq!), kami masuk library sambil tunggu syirah solat asar di surau KOM (kuliyyah of medicine). Then syirah bawa masuk Kuliyyah of Sciences pulak, tengok lab, sebelah KOD (kuliyyah of dentistry), saja jalan-jalan. Masih lengang sebab tak ramai orang waktu tu.

 ~azlina, izyan, syirah~

Sebaik melangkah masuk ke kuliyyah sains, nampak berderet akuarium kat depan pintu masuk. Ikan dalam tu besar-besar dan setiap satu mempunyai nama masing-masing. Banyak pulak tu.

 ~besar kan ikan ni?~

Dalam 5.30 petang, jumpa sahabat-sahabat lain depan CF (central facilities) sister. Kami bergerak ke rumah nurul. Saya, zai dan adiknya naik kereta syirah. Azlina dan izyan naik kereta ilyani. Nija dan hanim naik kereta amalina. Dah pukul 6 lebih masa sampai rumah nurul. 
Baby yang baru lahir ni namanya Izzul Islam, lahir pada 26 nov 2010, hari jumaat. Awal 3 minggu dari due date asal. Tahniah ye nurul, dah ada sepasang cahaya mata. Best la iffah dah ada kawan, dapat adik baru. ^^, 
Nurul tak nampak macam baru lepas bersalin pun, maintain je dia. Kecoh macam biasa. Jangan marah ye, awak.. :P

~start kami sampai sehinggalah nak balik, baby ni tidur je tak bangun2..huhu~

Dah maghrib baru balik. Dalam perjalanan, singgah di masjid dulu untuk solat, kemudian berhenti makan. Lepas tu baru balik UIA. Sempat la rehat-rehat sekejap. Pukul 10.30 malam naik bas di terminal kuantan, terus balik kelantan malam tu jugak. Izyan stay kat kuantan, duduk rumah mak cik dia seminggu. Saya balik dengan azlina. Terima kasih ye syirah sebab tumpangkan bilik dan hantar k.jie & k.na malam tu.

Sebelum ni masa pergi walimah ex-classmate, kebetulan amalina baru sehari bersalin baby kembar. Sekarang ni pergi walimah ain, kebetulan nurul pula baru tiga hari bersalin anak kedua. Ada hikmahnya tak dapat pergi kedah hari tu. Kalau tak, tak sampai dah kat pahang, tak dapat la tengok baby baru. :)

Ini semua cuma gambar-gambar dalam hp saya, sikit je. Gambar yang banyak-banyak dan lawa-lawa ada dalam kamera azlina dan izyan, tak sempat nak transfer lagi, balik UIA nanti lah baru ambil. 

Semalaman je tidur kat pahang, rumah lina. Dua malam tidur dalam bas. Habis lenguh badan. Balik rumah terus demam. Dah agak dah. Asyik batuk dan bersin tak berhenti. Takpelah, kifarah dosa. Sekarang ni baru baik dari demam, tapi still batuk-batuk lagi. Maklumlah, musim hujan ni boleh kata memang musim demam.

Sedang menghabiskan sisa-sisa cuti yang berbaki sebelum memulakan sem baru lebih kurang 10 hari lagi. Sila jaga kesihatan ye, kawan-kawan. :)

No comments: